20.10.11

bila nak sedar diri?

anak-anak  ni masa kecil bolehlah kita buat main
kita bersenda gurau
kita tegur
kita ajar
tapi bila dah besar
tambah bila dah ada duit sendiri
mana boleh di tegur
lupa diri
besar diri
berdikari
konon
bila tersepit
siapa yang di cari
ehhh...mana ada cari
tak nak la menyusahkan
konon
akal sengkat memanglah berfikir macam tu
bila la nak sedar diri
buat salah
buat silap
kalau tak tahu benda tu salah tak apa
ni tau
sebab sekolah tinggi bertingkat-tingkat katakan
tapi ikut nafsu
nafsu yang bodoh
nafsu serakah
nafsu yang menjahanamkan
sekarang siapa yang susah
bukan diri kau sendiri yang susah
tapi menyusahkan hati mak kau
bapak/mak sedara kau
adik beradik kau
keluarga kau
yang sayang kau
sayang sebab hubungan darah yang ada dalam diri kau tu
eeiiii...bila la nak sedar diri?
otak ada akal letak mana?
nak habiskan umur tu kemana?
nak tunggu tua ke....?
konfiden ke hidup lama?
jangan la ulang .....ulang...ulang kerja bodoh yang sama
aaarrrrgggghhhhh.........


wahai anak-anakku jangan ulangi kesilapan  kedua orang tuamu
jadilah yang lebih dari kami
jadilah yang lebih soleh dari kami.......




19.10.11

U r My Hero

Membesarkan anak ni tak mudah rupanya.
Tak kiralah anak lelaki ke anak perempuan ke, masing-masing ada cabaran yang tersendiri.
Allah telah menganugerahkan ku dengan tiga anak lelaki....syukur kerana sememangnya aku memang mengharapkan kehadiran anak-anak lelaki. Kenapa ye....entahlah.....jangan di tanya tentang perasaan itu. Itu senua diluar kehendakku. Bila tanya suami dia pun seperti tak begitu mengharapkan kehadiran anak perempuan. Errrr...tapi benarkah? Dalam hatinya manalah tahu kan. Cuma apabila di tempat awam dan melihat karenah anak-anak perempuan yang manja hati langsung tak berkenan. Suami pun sama...geleng kepala....selalunya dia akan berbunyi "huuu...anak perempuan macam tu lah....lemasss" sambil senyum dan geleng kepala. Dalam hati aku rasa lega.



Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?





Seorang isteri bertanya kepada suaminya:
"Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?" Suaminya memandang muka isteri dan berkata: "Saat itu belum terjadi lagi."
Si isteri terdiam sejenak. Kemudian dia bertanya lagi: "Dan bila saat itu akan terjadi?" Suaminya berkata:
"Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
di dalam rumah kita di Syurga."

Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya."

(Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

18.10.11

Ini bukan manusia punya kerja.....




KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.


Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



kepada anak-anak gadis yang terbaca coretanku

bukan sekali...bukan dua kali...tapi dah banyak kali tau tak ....
korang ni bodoh bebal sangat ke sampai tak boleh nak tahan nafsu serakah?
dah gatal sangat ke nak berlaki?
kenapa la bangang sangat serah tubuh percuma kat jantan keparat yang kunun2nya kekasih hati tuhh....???
weiiiiii........aku bagi tau kau ye....sehina2 pelacur kat lorong haji taib tu pun dorang tak de nak bagi free2 je kat jantan tau tak.....
ni dah lah mengangkang bodoh2.....pastu mengandung pulak.....dah mengandung membunuh pulak......memang ko ni tak ada otak dan hati perut agaknya
ke memang bapak jin syaitan puaka iblis semua dah penuh sesak kat dalam badan ko tuh sampai tak ada rasa takut akan dosa....
hahhhh...sekarang puas hati ko kan.....
ko dah buat dosa zina....pastu kau tambah lagi ngan dosa membunuh anak sendiri....
hanjing pun tak macam ko!!!!!




kalau tak paham juga cubalah dengar apa kata Wardina nih....




Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”

jangan ngengada sebut perkataan tu lagi....

 
Orang Islam mesti baca nih.....

17.10.11

Anak Malas...anak sape lah niii....


Semalam berbual2 dengan kakak
seperti selalulah bila sesekali berjumpa
topik anak2 tak akan ketinggalan
"aduh Yang......penat dah akak rasa........"
penat? apa yang penat...walhal anak2 semua dah besar...
tak perlu suap makan lagi....tak perlu dimandikan lagi....tak perlu cuci berak dia lagi....tak perlu dodoikan dia lagi...apa yang penat pulak.
---> penat jiwa 
---> penat perasaan
---> penat hati
---> otak pun penat sebab kena memerah fikiran

bukankan sepatutnya bila anak-anak dah besar maka ibu bapa akan senang.....
tak dapat menyenangkan dengan wang ringgit cukuplah dengan menyenangkan hati ibu bapa
bantulah dengan kudrat yang allah beri
suruh pergi kedai beli ikan pun susah...
basuh baju pun nak bersuruh
kedapur malas
mengemas luar rumah lagilah malas

yelah...anak2 zaman sekarang manalah nak susah
teringat kata2 arwah mak
muka je lawa bekilat kalau keluar rumah tapi halaman rumah semak samun orang nak meminang pun patah balik....nampak sangat pemalas...pengotor!!!
mak kata lagi.....yang penting halaman kena bersih....dalam rumah orang tak nampak dr luar....(kata2 motivasi/berleter  semasa suruh anak menyapu halaman)
dah siap sapu halaman mak akan kata...niiiii dapur sental.....lap semua minyak2....jangan kotor...nanti kalau orang tengok orang geli tau tak nak makan minum. (berleter lagi.....)
mak cakap...biar rumah buruk....janji bersih....lantai tak berlendir...tak berbau...blablabla.....(tahan je laaa telinga)

waktu tu pun aku rasa aduhaiiii...penatnya...tensinya.....mak ni tak sporting betullah...mak bila dah penat bebel dia akan cakap...esok kalau aku mati tak tau la macam mana.....sampai ketangga agaknya rumput. 

Memang betullah apa mak kata.....bila mak dah tak ada....halaman yang menjadi kebanggaaan mak dah rupa padang ragut....dulu memang tak merasalah nak berumput halaman rumah....kalau tak kena racun mak akan cabut.....biasanya dengan kakak ipar...aku...dah abah sekali...haha....tapi okey je....tak ada sape yang merungut. 
kakak ipar pulak memang rajin.....dia memang tak boleh tengok mak buat kerja sensorang ni...cepat je dia turun sekali menolong...mak menyuruh memang tidakla......tapi lepas tu mak akan jeling aku.....menjadi kepantangan betul bagi emak kalau kakak ipar buat kerja, aku senang-lenang duduk baca novel.....mak akan sound dengan berhemah.....tak malu ke.....esok dia bercerita dengan orang-orang Ijok ada anak dara pemalas kat rumah ni....grrr...mak ni tak habis2 ugut aku.

tapi sekarang aku rasa kasihan dengan kakak ipar....anak2 dia tak mewarisi sifat dia yang rajin menolong, rasa belas kasihan dengan orang tua.....dimana silapnya tak tahulah. 
kata kakak ipar....anak-anak kau nanti macam manalah pulak....janganlah jadi macam niii..
ya allah.....bila ingat anak sendiri aku pulak yang ngeri...ye lah...aku pun ada anak-anak yang semakin membesar.....rajin ke pemalas mereka ni esok ye.....dahlah  tiga2 lelaki....ada ke anak lelaki yang nak menolong aku ke dapur ye...setakat masak maggi memang dah lepas la....

jumpa kakak lagi sorang.....pun ada je cerita pasal anak2....malas ....haha.....rasakan lah ye....ini lah nasib jadi mak.
tapi aku rasa jadi mak memang kena garang la....biar anak takut sikit. tak payah la jadi mak yang budget sporting sgt....sampai anak dara pukul 8 pun tak bangun lagi...apa ke hal? Aku dulu kalau pukul 7 tak kuar dari bilik boleh roboh pintu bilik.....lagi satu mak aku suka sangat menakutkan aku....kalau pemalas, esok kahwin tak sampai 2 jumaat kena tendang keluar dengan mak mertua....mak aiiii...mak aku ni memang tak alang kepalang dia punya tarbiyah.  
tapi memang betul....baru2 kahwin, di rumah pihak lelaki.... akulah orang pertama yang bangun....sebelum subuh aku dah bangun.
Sudahnya aku yang tercongok2 sensorang kat dapur...nak buat apa ehhh.....dorang lak yang terkejut tengok aku....tu belum lagi ada mak/bapak mertua.....fuhhh...nasib baiklahkan ...Allah sayangkan aku...suami aku ni anak yatim piatu.

Moralnya.....jadi anak jangan pemalas. jangan buat mak macam orang gaji. tolong la buat kerja2 rumah tu. jangan sakitkan hati mak. suatu hari nanti kan kita pun akan kahwin dan ada anak....perkara sama akan berulang...macammana mak kita rasa sakit hati macam tu la yang kita akan rasa juga.....
pesanan untuk aku jugak.

hahhh...apa lagi ...pergi la lipat kain tuuuuu.......tak nampak ke dalam bakul tu dah menimbun kain tak berlipat.
lepas makan jgn lupa basuh pinggan tu....banyak cantik main tinggal je kat sink.
yang anak dara tu....wahhh bukan main lagi ye yunk la....bi laaa.....dah pandai masak ke belum??? cinta tak mengenyangkan okey....!!!!


14.10.11

suami yang baik.....


wahai suami
jadilah suami yang baik di mata isteri
baik dikalangan ahli keluarga
baik di hadapan jiran tetangga
suami yang baik itu
apabila dia menyerahkan wang gajinya kepada isteri
walau hanya untuk di pegang sementara
suami yang baik itu 
sentiasa tampil saat keluarga memerlukan bantuan
suami yang baik itu
dipuji jiran kerana kerap pulang ke kampung isteri
lagi
suami yang baik
menyembunyikan kekasihnya jangan sampai diketahui isteri
suami yang baik 
mendidik anak-anak dengan penuh disiplin
jangan mencuri, jangan merokok,  jangan menipu 
suami yang baik
segara menghukum jika anak melanggar kata
suami yang baik
kena berani bersumpah walaupun berdusta
suami yang baik 
sanggup menanggung risiko atas kata dan perbuatannya
suami yang baik 
sanggup buat apa sahaja
sekalipun menggali kubur
menanam bukti kesetiaannya
suami yang baik 
tak peduli dengan laknat Allah
tak takut jadi munafik
suami yang baik
suami yang sentiasa pulang
suami yang baik
akan segera beribadat
mendekatkan diri pada Allah
bila Allah sudah bukakan pintu hatinya

isteri yang baik 
bagaimana pula.....?
mana ada isteri yang baik
jika dia selalu menyakiti suaminya dengan kata-katanya
mana ada isteri yang baik 
andai selalu sahaja mencurigai suaminya
mana ada isteri yang baik 
bilamana di dalam hatinya tiada kemaafan
mana ada isteri yang baik
bila dia tidak mahu berkongsi dengan perempuan lain
mana ada isteri yang baik
bila dia selalu sibuk bertanya kemana suaminya pergi
mana ada isteri yang baik
bila dia marah dan meninggikan suara bila suami ada kekasih gelap
mana ada isteri yang baik
bila isteri dianggap nusyuz....

isteri yang baik itu 
ialah isteri yang sentiasa taat pada suaminya
selagi suami tidak menyuruh isteri menyekutukan Allah
tak kisahlah siapa suami kita
kerana kita pun bukannya sempurna sangat
sabarlah wahai hati
ambillah kisah ASIAH isteri Firaun 
sebagai pedoman

Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan Allah yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.
Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!
JawabAsiah dengan tegas: Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.
Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!
Jawab Asiah: Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.
Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.
Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.
Katanya: Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan. Berulang kali pula Asiah menjawab: Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.
Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.
Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

ps: gambar atas sekadar hiasan

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...