Dah berapa hari tak ada mood nak buka blog.... tak buka fb.... tak tengok sinetron. Bukan demam atau apa tapi nak menghabiskan satu misi yang saaaaangatttt penting. Misi lah sangat.....!
Misi menelaah novel....muehehehe.
Semenjak dua menjak ni kat news feed asik la lalu lalang tentang novel ni..... macam berantu pulak.... ulasan pulak mangaiiiii...... superb duperb best! kompem rugi tak baca! dan bla bla bla.....
Mana boleh tahan..... kalau ada kepak memang terus terbang la redah kedai buku cari cari saat tu juga.
Akhirnya minggu lepas dapat juga! 3 hari baru habis, Fuhhh..... lega....! Dengan harga RM 31 after less (harga sebenar RM39) memang sangat-sangat berbaloiiiii..... memang rugi tak beli.... lagi rugi tak baca.....(tertakluk kepada terma dan syarat: hanya untuk hantu novel...hehehe).
Bawah ni sinopsis (cilok dari fb)
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Misi menelaah novel....muehehehe.
Semenjak dua menjak ni kat news feed asik la lalu lalang tentang novel ni..... macam berantu pulak.... ulasan pulak mangaiiiii...... superb duperb best! kompem rugi tak baca! dan bla bla bla.....
Mana boleh tahan..... kalau ada kepak memang terus terbang la redah kedai buku cari cari saat tu juga.
Akhirnya minggu lepas dapat juga! 3 hari baru habis, Fuhhh..... lega....! Dengan harga RM 31 after less (harga sebenar RM39) memang sangat-sangat berbaloiiiii..... memang rugi tak beli.... lagi rugi tak baca.....(tertakluk kepada terma dan syarat: hanya untuk hantu novel...hehehe).
Bawah ni sinopsis (cilok dari fb)
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hat
inya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous! Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! “Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan Abang pedas? Eye Mo aku! “Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris “Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect! “Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris “Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya! “Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…” “Dan apa?” - Firman “Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki. Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar. “Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.” Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta… “Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…” |
ulasan aku:
ketika sedang membaca novel setebal 1389ms ni, sepanjang masa aje tersenyum dengan tingkah dan dialog antara Iris dan Firman. Adakalanya terlepas juga ketawa... terbahak2 rasa nak ketuk kepala. Sesekali rasa sayu..... sedihnya.... tapi tak sampai meleleh sangat.... dan yang banyak kalinya rasa terbuai dengan kata-kata yang dituturkan.....walaupun dalam keadaan yang brutal.
Apa menariknya kat Kemboja? Kat kampung aku berlambak rakyat kemboja. Mereka merimaskan!
Tamat membaca pada petang hari ke 3.... tak tau kenapa hati aku rasa kosong dan sepi..... aku buka fb..... tapi fikiran aku masih lagi dipenuhi dengan cerita ILUS....
Sampailah pada waktu senja dan ketika solat maghrib aku terus tak dapat menahan air mata..... tak tau kenapa ketika sedang berdoa aku sangat teringat kepada dua orang kawan sekolah rendah yang bernama KARIM dan MARIAM. (aku terbayangkan FIRMAN DAN ADIKNYA FATIMAH) Masa tu umur aku 12 tahun.... dan mereka berdua ni dipanggil anak kemboja. Di manalah mereka sekarang.....
Sebenarnya pada tahun 1985 (ni yg aku ingat) lagi kampung aku dah mula di limpahi dengan orang kemboja. Sekarang ni tak usah cerita...... rasanya mereka lagi ramai dari penduduk asal kot.
Sambung lagi...... sebak dihati ku bertambah-tambah bila aku terbayang sepasang tua (suami isteri ) kemboja yang menghuni di tepi rumah emak di kampung. Mereka menyewa dan mempunya anak2 yang sudah besar. Sepasang anak mereka dah besar dan bekerja kilang. Betul2 di tepi tanah kami dan menghadap pintu ada sepetak tanah kosong..... tanah tu dibeli oleh orang kemboja juga dan dia mendirikan beberapa pintu rumah sewa.. Ditanah kosong itulah aku selalu menyaksikan suami isteri ni bercucuk tanam...... kejap tanam pokok pisang.... tanam serai... tanam ubi kayu.... tanam sayur....dan entah apa2 lg..... apa sahaja yang ditanamnya hidup.... panas terik tak de hal.... apatah lagi hujan.... dalam hujan pun berkebun. Asalkan jadi duit . Memang kuat!
Apa yang aku baca dalam ILUS seperti aku pernah lihat di depan mata.
Arrhh..... peritnya hidup mereka.
Aku teringat tentang anak-anak kemboja yang ramai berkeliaran. Panas terik dan hujan langsung mereka tak peduli. Mereka merayau-rayau mencari apa2 sahaja yang boleh dikutip. Entahlah.... aku pun tak tahu mereka ni dari mana..... rasanya mereka ni generasi yang baru sampai sebab generasi terdahulu tak pula macam tu.
Apapun novel ni memang best.... berisi... ada ilmu. Bessssttt sangatttt! Nasib baik ketika aku membaca novel ni aku tak lagi tinggal di kg.... jika tidak entah-entah aku dah menggedik mencari lelaki seperti Firman dikalangan lelaki2 kemboja tu....muehehehe.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
1 comment:
Salam Aiyang jelita,
Alhamdulillah9999999999x, semuanya dari Allah.
Terima kasih kerana menyukai ILUS. Jom sebarkan kasih sayang ILUS ke seantero alam.
Post a Comment