24.11.12

Rakyat Singapura paling tidak berperasaan di dunia!


Masih ingat lagi kes seorang lelaki yang bersikap kurang ajar dengan menolak seorang nenek tua keluar dari bas hanya kerana lambat menekan loceng? Kalau lupa sila lihat video  SINI dulu!
Yeee..... mungkin sikap lelaki tersebut ada hubungkait dengan tahap kestressan yang dialami oleh warga Singapura. 



SINGAPURA: Rakyat republik ini memberi reaksi berbeza terhadap satu kaji selidik yang menggambarkan mereka sebagai masyarakat paling tidak berperasaan di dunia.
Kebanyakan mereka mengatakan budaya persaingan di negara itu menyebabkan mereka kurang berperasaan.

“Rakyat Singapura paling sedikit di dunia ini melaporkan mengalami sebarang emosi dalam kehidupan seharian,” kata badan pungutan pendapat berpangkalan di Amerika Syarikat, Gallup mengenai laporan kajian selama tiga tahun yang dijalankan di lebih 150 negara itu. Filipina muncul sebagai masyarakat paling emosi di dunia, dengan negara Amerika Latin mendominasi tempat teratas senarai itu.


Media di Singapura, satu daripada yang terkaya di dunia dan paling stabil memberikan pendedahan utama kepada laporan itu, mencetuskan beberapa reaksi hangat. “Mana ada masa untuk ketawa? Bangun pagi perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren, waktu makan tengah hari perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dan balik kerja perlu bersaing lagi untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren,” tulis Edward Alexzandra Peters di Facebook.

Pengguna Internet, Kok Leong menulis di Yahoo Singapura: “Sangat tertekan hidup di Singapura. Fikiran kita semuanya mengenai $$$ (wang) - bagaimana hendak menjalani kehidupan, bagaimana mahu menyara keluarga, cukai dan lain-lain. Tiada apa yang percuma di sini.” - ST




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Only In China: Rumah ditengah lebuhraya




Luo Baogen dan isterinya berkeras untuk tinggal di rumah mereka yang terletak di tengah laluan lebuhraya di bandar Wenling, di wilayah Zhejiang, China kerana mereka percaya bahawa penempatan semula dan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan tidak mencukupi. Untuk memastikan keselamatan pasangan itu, bilik-bilik yang bersebelahan di dalam bangunan telah dikekalkan tetapi semua jiran-jiran mereka telah berpindah keluar. Jalan ini merupakan laluan untuk ke stesen keretapi Wenling dari kampung Xiazhang dan jalan ini masih tidak dibuka secara rasmi lagi. Pasangan ini kini tinggal di tingkat 5 dan bercadang untuk mengusahakan perniagaan yang sesuai di tingkat paling bawah.






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kemalangan terburuk di US melibatkan 150 kenderaan - saksikan video !!!


TWO people have been killed and up to 120 injured in a 150-vehicle pile up in Texas. The accident happened yesterday, on Thanksgiving morning, in dense fog on Interstate 10 near Beaumont.
Jefferson County Sheriff's Office Deputy Rod Carroll told Reuters: "We have 18-wheelers on top of cars, we have cars on top of cars. It's just catastrophic."
He said uninjured people involved in the collisions had come to the aid of overwhelmed rescue workers. "It's just people helping people," he said.
"The foremost thing in this holiday season is how other travellers were helping us when we were overwhelmed, sitting and holding, putting pressure on people that were injured."
The collision happened as people travelled to Thanksgiving Day celebrations, ITV News reports. The two dead were in an SUV that was crushed by a tractor trailer. Between 80 and 120 people were taken to hospital. Eight of those were seriously hurt.


Read more: http://www.theweek.co.uk/us





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

23.11.12

UMNO mengkhianati umat islam Gaza.. Tgn kanan bg bantuan kpd Palestin, tgn kiri bg 'peluru' kpd Israel



ohhhh...... baru tauuuu.... memang tak tau pun yang rupanya2 Malaysia jual minyak kepada Israel. Agak2nya jiran aku tau tak ehhh..... kakak2 yang selalu duduk bermesyuarat kat port lepak tu tau tak ye.... iskk.... 


KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungakan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.

"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.

"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.

Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.

"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.

"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.

"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.




Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.

Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.

Felda tolak memorandum

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.

Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.



Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Tak suka gangnam style tapi yang ni ai sukeee......


ohoiiiii...... saya tak minat PSY..... dan tak minat gangnam style beliau jugak...... tapi bila tengok video di bawah saya boleh jadi tersukeeee pulak...... sebabnya yang menari itu adalah seorang lelaki yang kacak :P

Amaran!!! Entri ini tidak sesuai untuk tatapan pemerhati politik tanahair. Ini entri gediks..... muehehe.

buat2 paham sudaaaa.......

apa yang gediks sangat ni pagi2 Jumaat ini.....???? istigfar...........

"Seorang perempuan yang baik tidak melihat lelaki lain dan tidak dilihat oleh lelaki lain"


Ni semua gara-gara ILUS..... lepas baca ILUS masuk pulak group ILUS dan berkumpul dengan peminat ILUS baru saya tau betapa gilanya mereka semua! Gila ILUS!!!  Dan lelaki dalam video di atas diangkat sebagai watak utama, hero ILUS. Maka semakin angau dan jiwanglah wanita2 dan gadis2 yang membaca ILUS. Yang 5 kali khatam pun ada.....??? (Aku baru 3 kali khatam dah kena pinjam ILUS aku ....... sabarrrrr.....kerinduan niiii)

Sila layan mata

hero dan heroin ILUS (gambar curik dr group ILUS)

apa??? kecik sangat??? okey tengok bawah lagiiii



hurmmm..... amacam???


last!!


Okeyyy...... cukuplah setakat nih......
tak baik melebih2 memuja lelaki hikhik......
apa pun tahniah kepada penulis novel ni MELUR JELITA.
Ladies yang belum beli ILUS cepat cari... (tertakluk kepada terma dan syarat: hanya kepada yg suka baca novel)

Ins. Ebrahim ~ I love youuuuuuuuu........
Firman ~ I love youuuuuuuu.......
Aku ~ I love you, Stupid! ( cehhhh....perasan tak habis2 kakak nih)

ps: sapa yang blur tidak paham apa kebenda yang aku gedik2kan ni bolehlah pergi  SINI.... wuhuuu... yeaaa nampak tak diva AIYANG DISAYANG di situuuu.....kekeke


credit kepada tuan punya gambar yang sangat pandai dan rajin mengedit.... anda memang jelita!

ohhh.... ASST pun saya dah ada.... dah khatam pat lima kali dah..... nnt saya ulas.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

22.11.12

Ini komen Dr. Maza berkaitan mendoakan kemusnahan sesama Islam





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Justin Bieber dicabul?


wuhuuuu...... rasa tercekik bila tengok gambar bawah ni...eeuuuuwww. 


CUKUP menarik perhatian pada acara American Music Awards (AMA), baru-baru ini, model majalah Playboy, Jenny McCarthy sempat meraba punggung penyanyi kacak, Justin Bieber sewaktu menyampaikan trofi kepadanya.

Ditugaskan menjadi penyampai trofi untuk kemenangan album Justin iaitu Believe menerusi kategori Album Pop/Rock, Jenny mengaku tidak dapat menahan dirinya untuk menyentuh bahagian belakang penyanyi remaja berkenaan yang dirasakan seksi. 

“Memang saya ada menyentuh punggungnya kerana saya geram. Dia sangat mengghairahkan,” ujarnya tanpa berselindung sewaktu mengulas kejadian itu di belakang pentas.

Model berusia 40 tahun itu juga sempat mencium leher Bieber yang turut membawa pulang anugerah Artist of The Year itu sewaktu memberikan trofi berkenaan.

Komen Bieber sambil bergurau, dia rasa seperti dicabul!

Penyanyi lagu hit Boyfriend itu ditemani ibunya, Pattie Mallete pada acara itu.

Sementara itu, Bieber dilihat memegang tangan Selena Gomez sekalipun dikatakan sudah berpisah dengan penyanyi comel itu.

ps: teringat kata2 zizan..... makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan.... purrrr
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

21.11.12

Panggilan Jihad! Siapa Sani Araby Al-Kahery?


Assalamualaikum....
Ada khabar gembira buat anda rakyat Malaysia yang ingin sangat pergi berjihad ke Palestin. Sangat terharu hati ini bila mendapat tahu ada seorang anak muda rakyat Malaysia yakni Saudara Sani Araby  Al-kahery yang kini berada di Gaza dan melaporkan perkembangan di sana. Anda semua boleh ikuti berita detik2 cemas di sana dengan pergi ke fb beliau. Subhanallah...... mari kita doakan agar saudara kita ini selamat dan dilindungi Allah swt. 






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Paris Hilton dikecam buka butik di Mekah

Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Tanah Suci Mekah 

Mekah – Satu penghinaan kepada kota suci Mekah. Itu pandangan ramai gara-gara pembukaan butik mewah milik selebriti bermasalah yang pernah terlibat dengan rakaman seks, Paris Hilton.

Keadaan ini menyebabkan kemarahan umat Islam, seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.
Paris mengumumkan pembukaan butik berkenaan dalam twitternya pada Khamis lalu.
“Butik saya baru dibuka di Mekah Mall di Arab Saudi’’, itu bunyi twitternya.

Pengumuman berkenaan bagaimanapun terus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Salah seorang telah membalasnya `Biar betul?’’

Manakala yang lain pula membalas “Penting sangatkan sehingga Arab Saudi membenarkan Paris Hilton membuka butiknya di Mekah’’.

Ada juga yang mengecamnya kerana ia umpama memusnahkan tanah suci
“Bagaimana seorang yang sanggup merakamkan video seks membuka butik di tanah suci ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya.

Dengan pembukaan butik berkenaan, Paris berharap ia akan menjadi tumpuan terutama ketika umat Islam mengunjungi Mekah untuk menunaikan umrah atau ibadat haji.

Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.
Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia.
Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.

Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan.
Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar. 


sumber



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

20.11.12

tentera israel menangis ketakutan.....


jom lah tengok video di bawah....


nampak aje kejam tapi takut mati rupanya!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Bila Pelakon Azhar Sulaiman mengaku sudah 'MURTAD' di fb, maka........


Salam......
kadang-kadang muka kacak pun tak guna kalau ilmu agama kureng......
belajo tinggi sampai jadi arkitek pun tak guna kalo agama rompong...... iman rapuh.... bila-bila boleh runtuh pegangan agama....
sedih jugak kan bila pelakon yang pernah menjadi pojaan hati suatu ketika dulu keluar kenyataan


Saya ni sebenarnya sudah Murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional..Jadi macam mana untuk saya pulang semula kepangkuan agama Islam.... Harap bantu... Tq
tak kira la ayat di atas tu berbentuk sarkastik, plastik, perli, sinis, sindir....  tetap bahaya!
senang2 aje mengaku murtad..... mak aihhh.....  mengucap banyak2 bang oiiii...... 





maaf ..... saya tak minat awak lagi!!!!
bukan sebab awak ahli umno tapi sebab awak memang dah tak kacak lagi di mata saya..... aptb.

ps: sejak baca ILUS dan ASST ni aku mcm dah tak berapa betul lah....... rama2 dalam perut sentiasa berkepak2 riang....  






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

19.11.12

Ohhh.... ini rupanya rahsia disebalik bintang bucu enam yang menjadi lambang rasmi Israel

Assalamualaikum dunia.....

Jom baca apa rahsia disebalik bintang bucu enam ni.... 

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila
ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid.

Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik
merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka
mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian
tajuk khas bab ini)

                 Bintang Enam yang menjadi lambang rasmi negara Israel


Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar
al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur
1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa
dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini.
Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.
Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa
masjid ini telah di dalam amanah Islam semula


                             Bintang enam yang terdapat di mimbar al-Aqsa


Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid
dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa
di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi
salam dan memegang bahu saya.

                                      Mimbar ini telah berumur hampir seribu tahun.


"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya
ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

                                             Mar-mar yang menghiasi dinding al-Aqsa.


"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada,"
katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan
tahun dahulu.

 Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab
itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintangenam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam."

                                      Tingkap dengan bintang enam yang berada di al-Aqsa


"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh
Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan
tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang
ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

           Di sini, barangan Israel digunakan oleh orang Arab sendiri.
                                Coca-cola menjadi minuman harian mereka

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan
termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai
sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

                        Iklan Coca Cola yang terpampang di sana sini. Apakah fatwa
                                Yusuf al-Qardawi tidak terpakai di sini?

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.
Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa
Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali
mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang
sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada
di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua
kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit
yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan
yang datang ke Gaza. 

Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot diPalestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari
bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar
buat kita di Malaysia.

"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
12 Mei 09 jam 12.55 malam.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Ya Allah tubuh mereka berkecai!! - video


Beginilah keadaan di sebuah pasar yang menjadi sasaran pengeboman tentera Assad laknatullah.
Sungguh mengerikan melihat cebisan tubuh yang hancur di sana-sini.
Mangsa-mangsa yang masih hidup pula meraung kesakitan meminta pertolongan.
Ya Allah bantulah saudaraku di Syria dan juga di Gaza.


lihat video di bawah
betapa zalimnya dan rakusnya tentera Assad menyiksa dan membunuh tawanan Sunni.
tolong sebarkan!!!!
biarkan seluruh dunia melihat kekejaman  Syiah!







✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

18.11.12

Pierre Andre masuk Tabligh




UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

- kumbang jingga

Alhamdulillah..........



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

17.11.12

Umat Islam mesti boikot MCD walau diberi percuma!

Lain orang lain pendapat. Bagi sesetengah orang pehal pulal nak boikot dah lah sah2 free..... ok sukahati tapi bagi aku rasanya memang tak tertelan anak tekak, bila membayangkan apa yang aku makan ni seolah-olah meraikan kejayaan puak yahudi laknat melancarkan serangan dan membunuh saudara2ku di Palestin.

Lihat gambar2 serangan terbaru di Gaza


 sedihkan..... 





Seorang pegawai perubatan berdiri berhampiran jasad kanak-kanak yang meninggal dunia selepas serangan udara Israel ke atas Gaza November 14, 2012. Israel membunuh komander ketenteraan kumpulan Hamas dalam serangan peluru berpandu ke atas Semenanjung Gaza pada hari Rabu dan melancarkan serangan udara di seluruh kawasan berhampiran. Hamas berkata, Ahmed Al-Jaabari, pemimpin sayap organisasi, Izzuddin Al-Qassam, meninggal dunia bersama-sama seorang teman apabila kereta mereka telah dibom oleh peluru berpandu Israel. Dalam serangan tersebut, sembilan orang terbunuh. Gambar oleh Ashraf Amra.

Petikan: Activists around the world for Palestine

IKRAM Mesir 2012.

Photo: Doa untuk Gaza. 

Aktiviti satu minit. Berhenti seketika menghadap FB. Segera menghadap kiblat. Titipkan doa untuk keselamatan penduduk Gaza dan kehancuran Zionist. Sekian, terima kasih.

Seorang pegawai perubatan berdiri berhampiran jasad kanak-kanak yang meninggal dunia selepas serangan udara Israel ke atas Gaza November 14, 2012. Israel membunuh komander ketenteraan kumpulan Hamas dalam serangan peluru berpandu ke atas Semenanjung Gaza pada hari Rabu dan melancarkan serangan udara di seluruh kawasan berhampiran. Hamas berkata, Ahmed Al-Jaabari, pemimpin sayap organisasi, Izzuddin Al-Qassam, meninggal dunia bersama-sama seorang teman apabila kereta mereka telah dibom  oleh peluru berpandu Israel. Dalam serangan tersebut, sembilan orang terbunuh. Gambar oleh Ashraf Amra.

Petikan: Activists around the world for Palestine

IKRAM Mesir 2012.


Sooooo..........Tak mati pun tak makan burger ni......
jom boikot produk yahudi!


McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini


PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah. mstar






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

16.11.12

Zionis naikkan bendera Israel di Masjid Al-Aqsa menaikkan kemarahan umat Islam

AL-QUDS - Sekelompok pasukan zionis Israel telah menaikkan bendera Israel setinggi tiga meter di dalam Masjid Al-Aqsa dan mereka telah mengambil gambar, seperti dilaporkan PIC.

Azzam Al-Khatib, Pengarah Badan Wakaf di Al-Quds berkata kira-kira 160 tentera zionis dari pasukan khusus dengan provokatif telah menaikkan bendera Israel di dalam Masjid suci umat Islam itu.

Al-Khatib menambah, salah sa
tu penjaga Masjid Al-Aqsa meminta kepada pasukan zionis itu untuk menurunkan bendera Israel dan menyuruh mereka keluar dari lingkungan Al-Aqsa, tetapi mereka menolak dan bertindak mencacinya.

Ini merupakan tindakan provokasi dan penghinaan terhadap umat Islam, khususnya umat Islam Palestin.

Al-Khatib menekankan bahawa insiden tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak penjajahan Israel atas Al-Quds



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Sedangkan Sabun pun ada power, Masakan kaabah tiada power!

Bila baca status kat fb pasal 'Sedangkan sabun pun ada power......'  ingatkan iklan apalah..... ohhh....rupanya pasal video bawah ni.... mengarut betul!!!
Lagu okla , tarian tak berapa sesuai sebab bercampur lelaki dan perempuan, lirik pula..... tersasar jauh ke laut. Allah..... semoga mereka ni diberi hidayah. 


Dakwaan mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW cerita karut, sesat 

KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan. 

Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad. 


Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat ‘power Kaabah’ ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi. 

Pengakuan Hatijah yang kini berada di Makkah, Arab Saudi, itu dikeluarkan dalam majalah Bebaskan Kaabah (Dari Wahabi) dan Dokumentari Putra Bani Tamim keluaran Global Ikhwan yang hanya diedarkan kepada pengikut bekas Al-Arqam. 

Hatijah mendakwa beliau menelefon Rasulullah melalui hatinya (secara ghaib) sehingga terhasil surat kepada pemimpin Vatican itu sebagai hadiah istimewa Nabi kepada umatnya. 

Surat itu antara lain mengecam bangsa Yahudi kerana membuat kerosakan di muka bumi, turunnya Imam Mahadi dalam masa terdekat serta pengesahan baginda mengenai ghaibnya Asaari dan bukannya meninggal dunia. 
Antara kandungan surat didakwa daripada Nabi Muhammad itu seperti disiarkan dalam Dokumentari Putra Bani Tamim; “Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka di saat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di televisyen kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu. 

“Cuba kamu berfikir masakan orang ditugaskan Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya.” 

Berhubung dengan ‘power Kaabah’, Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti ‘power Kaabah’ sudah dibuka olehnya. 

“Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya,” katanya. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata Hatijah dan juga bekas pemimpin Al-Arqam sentiasa mengeluarkan cerita karut supaya pertubuhan itu akan diingati. 

“Dia sudah tidak dapat sokongan dan Al-Arqam sudah dilupakan, jadi dia keluarlah cerita karut ini,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, berkata, dakwaan Hatijah itu adalah satu pembohongan besar dan menyesatkan. 

Harussani berkata, bagaimana seseorang itu boleh menghubungi Nabi Muhammad yang sudah meninggal dunia sejak beribu tahun yang lalu iaitu pada tahun ke-11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi. 

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang mengharamkan pertubuhan itu kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam dan boleh menyebabkan syirik. 

“Segala pandangan dan risalah yang dikeluarkan oleh kumpulan itu adalah salah dan menyeleweng daripada akidah. Dulu Asaari pun pernah mengaku berjumpa Nabi Muhammad secara sedar dan kini Hatijah pula membuat dakwaan sebegitu,” katanya.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

15.11.12

GEMPAKSSS.....DS ROSMAH MANSOR MENARI TARIAN HINDI


MUEHEHEHEHE.......
MALAS NAK KOMEN

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA PEMBACA BLOG

"Jom kita doa untuk Gaza." 

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu. Selamatkan saudara kami di Palestine dan Syria. Aamiiin."





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...