WANITA DIPERCAYAI KURANG SIUMAN GEMPARKAN PENDUDUK

By
Advertisement


Seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an mengemparkan penduduk pangsapuri Desa Mentari 3, Taman Medan di sini hari ini apabila dilihat cuba untuk terjun dari tingkat 12 pangsapuri berkenaan.

Tindakan wanita tersebut disedari jiran-jiran kira-kira pada pukul 7.20 pagi apabila keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya dan berdiri di atas atap kajang atau sengkuap (awning) jiran di tingkat 11 pangsapuri tersebut.

Menurut Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi Ahtan, pasukan bomba seramai lapan anggota menerima panggilan kecemasan mengenai situasi itu pada pukul 7.28 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 7.40 pagi.

Penduduk yang melihat pasukan bomba memujuk wanita berkenaan beberapa kali menjerit ketakutan apabila wanita tersebut nekad untuk terjun tetapi berjaya dihalang oleh anggota bomba 


"Kita mengambil masa setengah jam untuk memujuk suri rumah yang mempunyai anak seramai tiga orang itu," kata Zaidi.

Wanita tersebut akhirnya berjaya diselamatkan apabila dua anggota bomba bertindak nekad keluar dari bangunan dan berdiri di atas atap kajang dan bertindak pantas menarik dan menolak masuk wanita tersebut ke dalam rumah.

Menurut jiran-jiran, wanita berkenaan dipercayai mengalami masalah gangguan mental.- UTUSAN ONLINE




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.