Tentera Malaikat Bantu Dua Pemuda Perangi Tentera Assad - Video

By
Advertisement
✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿


Lima belas tentera regim Asad lari lintang pukang apabila diserang dua orang pemuda Syria yang bom tangan buatan sendiri. Letupan bom yang dibaling tidak mencederakan sesiapa tetapi cukup untuk membuat kesemua tentera Asad yang berada di situ melarikan diri tanpa usaha untuk membalas serangan dua pemuda berkenaan.

Mereka melarikan diri meninggalkan senjata mereka. Benar-benar ketakutan

Mungkin inilah yang sering diperkatakan orang tentera malaikat turun membantu mujahidin.

Aneh sekali mereka hanya melarikan diri tanpa membalas tembakan. Mereka lari begitu sahaja bagai orang melayu nampak hantu. Wallahuaklam.

Surah : ALI-'IMRAAN ayat 13
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang) satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya) - arabupdate

Saksikan kebenarannya





 ✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

2 comments:

acik idah said...

Salam Sis Aiyang...

Kita nampak 2 orang saja... tetapi mungkin tentera Asad nampak ada beribu kot masa tu... tu yang dia lari lintang pukang tu...
ermmm DIA bisa buat apa saja yang dikehendakiNYA... wallahualam...

Aiyang disayang said...

wslam.... tiada yang mustahil dengan kehendakNya

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.