Rakyat Singapura paling tidak berperasaan di dunia!

By
Advertisement

Masih ingat lagi kes seorang lelaki yang bersikap kurang ajar dengan menolak seorang nenek tua keluar dari bas hanya kerana lambat menekan loceng? Kalau lupa sila lihat video  SINI dulu!
Yeee..... mungkin sikap lelaki tersebut ada hubungkait dengan tahap kestressan yang dialami oleh warga Singapura. 



SINGAPURA: Rakyat republik ini memberi reaksi berbeza terhadap satu kaji selidik yang menggambarkan mereka sebagai masyarakat paling tidak berperasaan di dunia.
Kebanyakan mereka mengatakan budaya persaingan di negara itu menyebabkan mereka kurang berperasaan.

“Rakyat Singapura paling sedikit di dunia ini melaporkan mengalami sebarang emosi dalam kehidupan seharian,” kata badan pungutan pendapat berpangkalan di Amerika Syarikat, Gallup mengenai laporan kajian selama tiga tahun yang dijalankan di lebih 150 negara itu. Filipina muncul sebagai masyarakat paling emosi di dunia, dengan negara Amerika Latin mendominasi tempat teratas senarai itu.


Media di Singapura, satu daripada yang terkaya di dunia dan paling stabil memberikan pendedahan utama kepada laporan itu, mencetuskan beberapa reaksi hangat. “Mana ada masa untuk ketawa? Bangun pagi perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren, waktu makan tengah hari perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dan balik kerja perlu bersaing lagi untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren,” tulis Edward Alexzandra Peters di Facebook.

Pengguna Internet, Kok Leong menulis di Yahoo Singapura: “Sangat tertekan hidup di Singapura. Fikiran kita semuanya mengenai $$$ (wang) - bagaimana hendak menjalani kehidupan, bagaimana mahu menyara keluarga, cukai dan lain-lain. Tiada apa yang percuma di sini.” - ST




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

5 comments:

Raudzah Zahari said...

Malaysia agak-agak kat mana yya..

prog muten said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Wanida said...

sebab terlalu modern kononye dah lupe perasaan msing2..

mselim3 said...

moden tetapi janganlah rendah akhlaknya dan jangan hanya mengejar kemewahan dunia semata2...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

hidup kalau asyik kejar berkejaran.. rebut berebutan pun tak enjoy jugak kalau duit byk pun..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.