30.5.13

IMAM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN !!! LIHAT VIDEO...




video yang agak menyeramkan.... lihat bagaimana imam ini menyesatkan pengikutnya
nauzubillahiminzalik.....

Tonton video ini, ia hanya mengambil masa 1 minit sahaja. Video ini mendedahkan kegilaan Syiah dan bagaimana mereka melaksanakan ritual syaitan yang benar-benar berlaku dalam Hawzah.

Dalam Klip ini, anda akan dapat lihat syiah dalam jubah, dia merupakan salah satu syiah UTAMA. Dia duduk di atas mimbar dan memberitahu segala jenis penipuan kepada penganut fahaman syiah tentang pembunuhan Siyd Hussain RA yang Sunni membunuh Beliau. Tujuannya adalah membangkitkan api kemarahan dan kebencian dalam setiap hati penganut fahaman Syiah.

28.5.13

KEPALA PUTUS TERPERANGKAP PINTU LIF GARA-GARA ASYIK DENGAN TELEFON BIMBIT - VIDEO



Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.
Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.
Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. - Agensi




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

25.5.13

Gambar-Gambar 18SG Paduka Ayahanda Gombak Ditetak Tersebar..





Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).-Sumber


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

20.5.13

PEREKA FESYEN CALVIN THOO PELUK ISLAM



Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).
Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.
Sumber: Malaysian Digest


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

POKOK NABI


Ini bukti kekuasaan Allah yang lain yang ingin ditunjukkan pada hamba-hambaNya. Pohon Nabi, atau Pohon yang pernah menaungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari ini masih hidup subur di tengahpadang gersang. Padahal di sekitarnya tidak ada pohon lain. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah sampai sekarang.


Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.

Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.




Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: "Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu."




Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur bahkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang dan tidak ada tumbuhan yang hidup seperti itu. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.

Sampai sekarang pohon ini masih hidup di Yordania. Sebab itu ia dijuluki "the only living Sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Yordania. Dari segi geografis, ia dekat dengan kota Bosra di Suriah.





Sebagaimana kita tahu, Rasulullah SAW dua kali tiba di Bosra:

1. Ketika bersama pamannya Abu Thalib saat berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan ketika itu Buhaira melihat tanda kerasulan beliau SAW di belakang bahu seperti tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra membawa barang dagangan Sayidatina Khadijah.


Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz, salah seorang keturunan Rasulullah SAWmengunjungi pohon di mana kakeknya - Rasulullah SAW - pernah berada di situ.

Subhanallah…begitu indahnya jika Allah ingin menunjukkan kuasanya..

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Ini dia video ucapan Adam Adli yang membuatkan beliau ditahan polis - nilai sendiri

kecoh bila adam adli kena tahan polis.... ramai penyokong beliau yang tak puas hati.... bila tak puas hati polis la yg jadi sasaran maki hamun.
yang memang tak suka adam adli merasakan ini yang memang patut dia dapat.
aku???
okeyyy..... secara peribadi aku respect kat adam adli atas keberanian dia bersuara. bagi aku dia lebih baik dr anak muda yang jadi samseng jalanan, meragut, merosakkan anak gadis, menghisap dadah, berfoya pergi clubbing buat maksiat dan sebagainya lg yang tak baik.
mana tau dia baik tak buat semua tu? aku tau sebab aku tak jumpa pun sebarang maklumat dia buat kerja jahat. yg ada cuma perkara menggemparkan yang dia pernah buat dulu... turunkan gambar pm, isu ptptn dan kali ni isu pilihanraya.
bila dia ditahan polis atas kesalahan akta hasutan, ramai yang bekap dia.... kenapa dia ditangkap...kenapa takut sangat dengan adam adli ni.... kenapa nama2 besar yg keluar kenyataan rasis tu tak pulak kena tangkap?
okeyyy.... dengar baik2 apa yg diucapkan oleh adam adli dalam video ni....



 " Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. 

.
ucapan beliau memang mengkagumkan bagi sesetengah pihak. berani!!! tapi bila sampai mengajak  turun ke jalanraya untuk rampas kuasa itu dah jadi bab lain... boleh ditafsirkan kepada gulingkan kerajaan. setuju ke cara tu....???
 BERSIH tu lain.... BLACKOUT 505 pun lain.... RAMPASAN KUASA dah lain!!! walaupun aku sokong pr tapi aku tak rasa kita perlu gulingkan kerajaan dengan cara turun ke jalan raya berdemonstrasi ... dan  berlaku pertumpahan darah bagai. aku sayangkan negara ni.... aku masih cintakan keamanan .... dan jika pr naik dengan cara rampasan kuasa adakah selepas itu negara akan terus aman? boleh jamin ke???
Silap2 percaturan PR bukan bertambah kuat tapi bertambah hancur.

ATAU apa yang ada dalam otak adam adli tu tak sama seperti apa yg aku dan lain-lain orang fikirkan???

jadi wahai anakmuda yang bernama adam adli.... berfikir dahulu sebelum berkata2... dan doa tulusku buatmu teruskan berjuang dilandasan yang benar... pray for adam adli.

akhir sekali bacalah kata-kata di bawah ini


Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa yakni kerajaan Allah s.w.t
'Kita tidak kalah..cuma belum menang 
(Pesan TGHHadi )



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

19.5.13

makan anak sendiri - kejam!!!

malam jumaat baru ni seekor arnab saya telah selamat melahirkan anak-anaknya....
fuhh lega betul saya rasa.... perasaan mcmlah saya yang bersalin...kekeke
bukan apa.... melihat arnab mengandung dengan susah payah sebab perut yg berat membuatkan saya rasa kasihan pulak... dah lah arnab tu kecil je saiz tubuh badannya.
disebabkan saya takde pengalaman menjaga arnab mengandung jadi  asas kebidanan saya sebagai tuan arnab adalah zero.
bila saya lihat arnab tu menggigit bulu-bulu dibadannya hingga tercabut saya pulak yang kelang-kabut dan cemas..... kena sawan ke arnab niii??? arnab aku ni dah gila ke apa???
lalu saya cepat2 tangkap dan peluk sang arnab dan perlahan2 saya usap dia sambil mengeluarkan semula bulu-bulu yang penuh dalam mulutnya.
saya cium2 arnab itu dengan penuh kasih sayang.... kenapa niii...... jgn la cabut bulu mcm ni yee.... dan sang arnab hanya terkebil-kebil memandang muka saya.
bila sang arnab saya mengoyak kertas suratkabar yg menjadi alas sangkar dengan rakus .... saya jadi geram pulak.... bila saya tarik dia meronta2 ingin dilepaskan dan mengoyakkan kembali kertas suratkabar.
lalu saya dapat ilham..... ohhh agaknya dia nak buat sarang!
yeee.... mmg betullah tu.... kertas yg dikoyak digumpal2 dan di bawa lari dan dikumpul disatu tempat yg tersorok.... belakang mesin basuh...ngeeee!!!!
melihat kesusasahan dia membuat sarang lalu saya longgokkan kain dan kertas suratkabar depan dia.... jadi mudahlah sikit kerja dia.
adakalanya sampai terlentang kebelakang sang arnab saya ketika menggumpal kertas kedalam mulutnya yg kecil maklumlah perut dia berat.
sekali dia longgok kertas sekali dia terdampar berehat.... kemudian dia sambung semula.
Ya allah.... kesiannya.... mcm ni ke arnab nak beranak? kucing nak beranak pun tak sekecoh mcm ni.
maka malam itu gemparlah seisi rumah saya menolong sang arnab membuat sarang lalu secara otomatik sang arnab seekor ini mendapat keistimewaan tidur di dalam rumah bersama tuannya..... ( yg lain2 jgn jeles ye... nnt kalo korang beranak...korang pun akan dapat keistimewaan mcm ni)
tgh malam tak pasti pukul berapa tiba-tiba saya terjaga bila saya rasa sesuatu yg berbulu melanggar kaki saya.....(sy tidur diruang tamu sbb nak teman arnab kat dapur)  fuhhh.... nasib baik otak saya mencerna pantas.... ehhh apsal arnab ni cari aku tgh2 malam ni ekkk..... lalu saya  bangun dan buka lampu dapur kemudian sambung semula tidur....
bangun subuh barulah saya intai.... dan YEAYYYYY....... arnab saya dah selamat melahirkan anak2nya.
ada enam ekor semuanya tau..... maka riangrialah  seisi rumah menerima kehadiran arnab baru.... kekekeke


gambar ni diambil sekitar pukul 9 pagi..... tengahari bila saya tengok semula hanya tinggal 3 ekor sahaja yang hidup.... seekor mati dan jasadnya saya jumpai.... dua ekor lagi yang yang kaler hitam2 tu dah takde.... tak dapat dikesan.... kena makan kah??? waaa.... ini pilih kasih namanya.... mentang2 la hitam!!! huhuu emak apa la ko ni abun! macam la ko putih sangat!!!
ohh lupa.... nama arnab ni abun.... sekarang dah naik pangkat.... mak abun,




abun yang warna paling gelap tu.
yang cun ala2 primadona tu baby/ chebi
sebelah dia iris/kelabu
yang putih tu putih atau abang besar sekarang dah jadi bapak
lain2 tu semua betina dia seorang je jantan cuma sejak akhir2 ni iris selalu menunjukkan sikap luar alam.... ntah konpius  sungguh tuan dia... ko jantan ke betina? ngeee....

haaa..... sekarang baru saya tau kenapa arnab mencabut bulu2 dia semasa tunggu due date.....
agak2 kenapa hehehe....
takpe biar saya jawab..... sebabnya ialah supaya nnt senang baby2 arnab menyusu.... hahaha
bila teringat kebodohan itu saya tergelak lalu saya tangkap mak abun dan saya usap2 dia.... saya urut perlahan2 perutnya sesekali saya geletek putingnya.... haha rasakan ko abun! 
ohhh..... jenuh juga saya lap darah di lantai.... takpe2.... sy ni tuan yg penyayang.
lalu seperti yang saya katakan di atas td  bermastautin lah mak abun di kawasan dapur saya.... saya letak makanan dan air minum dia di situ berhampiran dengan tempat anak-anaknya. berpantanglah ko di situ ye mak abun.
cuma yg hairan mak abun tak kencing dan berak di kawasan itu.... ehhh ini pelikkkk..... sebab arnab ni adalah haiwan yang paling kuat membuang. sembelit ke apa mak abun ni....
semalam mak abun keluar berjumpa rakan2nya..... sekali saya keluar..... haaaa kauuuu..... gemuk2 sungguh tahi mak abun.... air kencingnya pula dah takde warna kuning..... jernih seperti air paip yg tumpah. makkk aiiii..... berapa lama ko menahan ni mak abun....???
kenapa la ko tak membuang je tepi mesin basuh tu.... alahaiii kesiannya mak abun.




yang ni nama dia opet....
dia ni kira yang paling adik la
comelkan....
ntahlah.... setiap kali pergi pet shop dan nampak arnab mesti hati rasa kasih dan nak beli
sebelum ni dah 3 ekor arnab saya mati
waktu tu tak tau pun yang arnab tak boleh dimandikan
sayang betul
mintak2 panjanglah umur anak-anak mak abun
nak tengok sendiri mcm mana dia membesar dari dilahirkan.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...