5.1.14

Perlukah Hard Rock Cafe di Putrajaya?

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.

Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.


Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras.

Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk. - Sinar Harian


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

4.1.14

AMBIL PERHATIAN SI PERUT BOROI....




Perut boroi
 menjejaskan penampilan. Malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya. 

Menurut pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal, lemak yang menyebabkan kebuncitan pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis.
Pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.
Kedua, lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang dikenali sebagai lemak viseral. 

Lemak viseral
 yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat). "Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu," ujarnya. Beliau menegaskan yang jumlah lemak viseral adalah berkait langsung dengan tahap kebuncitan perut. 


Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu juga menjelaskan bahawa antara kedua-dua jenis lemak itu, lemak viseral nyata lebih berbahaya. Ini kerana lemak viseral mempunyai kaitan dengan metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes, serta sistem peredaran darah. 

Menurut doktor yang kini berkhidmat di Hospital Sari Asih, Tangerang itu lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit. Antara penyakit yang mudah hinggap ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2, serta kekebalan insulin.
"Memang orang buncit berisiko besar mendapat pelbagai penyakit. Sebab itulah perut buncit adalah perkara yang perlu dirisaukan," tegasnya.

Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie: 

1. Makan lemak sihat 
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University. Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun. 

2. Turuti keinginan tubuh 

Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu. Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu. Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan. 



3. Kurangkan saiz hidangan 
Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan. 

4. Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak 

Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum. 

5. Banyakkan senaman kardio 
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk dihentikan. 

6. Jangan kurang / lebih tidur

Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak. Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat. 

7. Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet") 
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong. 

8. Bertafakur
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu. 

9. Gula yang sihat 
Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut. 

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras 

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar. 

sumber: yahoo.com

Alternatif lain ialah dengan pengambilan supplement semulajadi... baca testimoni di SINI


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

TESTIMONI PENGGUNA SET KURUS SHAKLEE!!!




yeszaaa.....
seronok sangat bila dapat feedback positif dr pengguna....
kalau tak macam seram jeee.... 
hihi
sebenarnya ramai lagi yang dah berjaya cuma beliau ni baruuuuuu sangat mencuba set ni sebulan yang lalu dan mendaftar sebagai ahli sekali.
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan set produk yang beliau ambil boleh SMS dan Wassap sy 
012 3117349
tq


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

3.1.14

Menyayat hati ... bayi meninggal selepas ibu ambil dari taska

Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

  Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak. 


Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. 


  “Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

  “Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

  Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya. 
Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

2.1.14

MALAMPAU...NAJWA LATIF KENA RABA SEMASA PERHIMPUNAN TURUN?




ARTIS remaja, Najwa Latif kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab dalam isu tweet yang dikatakan dibuat olehnya bahawa berlaku kejadian beberapa wanita diraba semasa perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka,  semalam.
Malam tadi, Najwa membuat persembahan sempena konsert Ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.
Beliau berkata tweet berkenaan bukan dibuat olehnya dan ia adalah tweet yang telah diubahsuai.
“Selepas timbul kisah tweet itu, saya ada terima beberapa mention yang ditujukan kepada saya yang agak kasar, saya tahu siapa yang memulakannya saya harap ia akan berakhir dengan baik,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my hari ini.
Menurut Najwa, ketika kejadian para peserta perhimpunan naik ke atas pentas utama berlaku beliau sudah bergerak keluar dari Dataran Merdeka bersama Pengurusnya, Azahari Jaafar dan kakaknya balik ke rumah.
Mengulas mengenai perhimpunan itu, Najwa berkata ketika menyanyikan lagu Sahabat di atas pentas beliau tidak nampak kekecohan berlaku sebaliknya memberikan fokus kepada penonton di hadapannya sahaja.
“Ketika saya membuat persembahan saya tidak menerima apa-apa ejekan seperti ‘booo’ atau sebagainya sebaliknya penonton di hadapan saya tetap bernyanyi bersama dan bertepuk tangan saat saya mengalunkan lagu Sahabat.
“Persembahan saya bermula pukul 11.15 dan berakhir pada pukul 11.20 malam, selepas itu pengurus saya dan kakak saya terus pergi ke kereta dan bergerak keluar dari Dataran Merdeka,” katanya.
Ketika ditanya adakah beliau tahu akan berlakunya satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Najwa berkata pengurusnya ada memaklumkan hal berkenaan tetapi demi orang ramai yang hadir untuk menyambut tahun baru, Najwa teruskan menjalankan tugasnya bernyanyi pada malam itu.
Tambahnya, setakat ini beliau tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan  terhadap individu yang memalsukan tweet beliau hanya berharap ia tidak akan diperbesar-besarkan lagi. – MYNEWSHUB.MY
Semalam admin PDRM dah mohon maaf pasal penyebaran gambar palsu kononnya ada yang cedera semasa perhimpunan TURUN....sekarang ni Najwa Latif pula nafikan dia kena raba. Alhamdulillah harap2 pihak yang suka sangat buat fitnah meloya ni sedarlah dan insaflah. Tak nak ikut orang bantah kenaikan kos2 tak pe tapi jangan perlecehkan usaha orang lain. 

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

KHAS UNTUK WANITA - ALFALFA + ESP MANTAPKAN PAYUDARA


Salam.... Selamat tahun baru buat pembaca blog aiyang disayang.
Macam biasa awal bulan ni pasti ada promo dari Shaklee.
Kalau bulan lepas promo Omega sangat mendapat sambutan, bulan ni lebih meriah lagi dengan promo Alfalfa buy 6 FREE 1
Harga Alfalfa RM53
Harga Promo SMS/Wassap ye... pm inbox pun boleh

A;falfa ni banyak khasiatnya.... dalam kebanyakan set mesti kena ambil alfalfa.


Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata) & Eczema

Alfalfa, B-Complex, Garlic, Vitamin-C & Herbal Blend



BreastFeeding Set

Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix, Omega Guard & Performance Drink. 




Fertility Set

Alfalfa, GLA Complex, Vita-E, Zinc Complex, Coqhealth, B-Complex & Vitamin-C. 



Gout Set
Performance Drink, OmegaGuard & Alfalfa. 


Irregular Period/ Menses

Alfalfa, GLA Complex & OsteMatrix 


Weight Management

Herblax, alfalfa, Lecithin, Omega Guard, Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix. 


tapi yang paling amazing ialah hasil gabungan ESP + Alfalfa ..... heheh
Macam BEST jee.... macam MESTI TRY jee.....

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.  

Selain itu ada lagi khasiat alfalfa nih
bestkan.... harga pun tak mahal 
bulan nih lagi jimat....kongsi2 beli dapat harga super jimat
nak  order sila sms/wassap ai 012 31173409



KHASIAT ESP

kenapa ramai yg sukakan ESP?



-ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

-ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih

-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak

-ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
-Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
-Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
-Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
-Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

1.1.14

Konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran (DBKL) yang sepatutnya di tamatkan jam 12 malam ini terpaksa dihentikan dek kerana 'kejayaan' peserta Turun masuk ke kawasan Padang Dataran Merdeka.




KUALA LUMPUR - Suasana awam hitam seolah-olah meresapi kawasan Dataran Merdeka malam ini, apabila kawasan tersebut dipenuhi oleh ribuan peserta Turun yang memakai pakaian serba hitam
Pakaian hitam (baju T) tersebut yang tertera perkataan Turun itu dipakai hampir majoriti peserta, menjadikan Dataran Merdeka seoalah-olah berada dalam zon 'kegelapan'.
Laungan reformasi, hidup rakyat serta turunkan kos hidup rakyat bergema hampir di keseluruhan kawasan Dataran Merdeka setakat ini.
Sementara,Konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya di tamatkan jam 12 malam ini terpaksa dihentikan dek kerana 'kejayaan' peserta Turun  masuk ke kawasan Padang Dataran Merdeka. 
Setakat ini, peserta telah 'berjaya' menguasai Dataran Merdeka, namu begitu suasana masih berada dalam keadaan terkawal. -sinarharian
oh! baguslah konsert tamat awal... bukan ada pekdah pun....  hehehe

lihat lagi gambar2 menarik





sumber



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...