27.9.13

70 pelajar diserang histeria - dakwa dengar bisikan menyuruh terjun dari bangunan sekolah,




KUANTAN - [Dikemaskini] Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah,  13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati  tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan  yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang  sama dan salah seorang daripada mangsa maut  pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk  apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang  diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang  apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria  terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz  memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail  ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan  mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Permohonan Maaf Dari Tuan Kucing Dalam Botol


Assalam..... selamat pagi Jumaat yang mulia dan semoga anda semua ceria .... 
ceria membaca permohonan maaf dari tuan punya kucing yang tak pasal-pasal jadi bahan kutukan semalam di laman media sosial 
tengok apa yang depa buat kat (SINI) ..... 
alhamdulillah kerana beliau sedar akan kesilapannya
harap semuanya berlapang dada okeyyy.....


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

26.9.13

Kucing Dalam Botol






Kesian sang kucing..... harap-harap tak lah sampai mati kelemasan sang kucing itu.... 
ramai yang share kat fb dan mengutuk kaw2 perbuatan tak peri kehaiwanan terhadap haiwan 
kesayangan nabi ni
glamor korang berdua dah
tapi best ke glamor dengan kejian dan sumpah seranah
iskkk.... 






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

25.9.13

Kalau Hp Hilang Apa Nak Buat?


Assalamualaikum wbt... 

 Sedih betul bila kehilangan henpon ... tambah kalau yang harganya mahal. Pernah sekali tertinggal henpon kat gerai baju di pasar minggu Shah Alam... bila datang balik dah takde... call pun tak de bunyikkk... eeiiiii.... sabauuu je lah.... rezeki orang. Sapa suruh cuaiiii...

Sebenarnya kita masih ada peluang  nak "balas balik" kat pencuri  tu walaupun pencuri tu berada di jarak jauh. Kira macam nak balas dendam la. Siapa tak sayang hp mahal2 kan. Kalau kita buat report polis pun tak guna sebab bukan polis tu dapat cari pun. Kalau ada yang terjumpa dan tertangkap pun cuma dalam kes2 terpencil jer. Polis maybe akan menjalankan rondaan di kawasan tersebut tetapi kebarangkalian untuk kita terjumpa balik hp kita tu tersangatlah tipis.

Oleh yang demikian ikut langkah2 dibawah ni sebagai persediaan: 

Sebelum hp kita kena curi atau hilang, atau mula dari sekarang kita simpan no siri hp ni. No siri hp ni tidak terdapat di kotak atau dimana2 bahagian hp. Kita hanya perlu  mendail *#06# dan 15 digit nombor siri hp kita akan tertera di skrin. Caj adalah percuma. Selepas terima 15 digit nombor siri, catatkan nombor siri ni dan simpan di tempat yang selamat atau tempat yang senang kita ingat. Jangan simpan dalam hp sebab kalau hp hilang dan no siri tu pun ikut hilang kan? hehe. Pastu bila hp kita kena curi atau hilang, kita boleh hubungi pusat servis telefon bimbit macam maxis atau celcom (mengikut talian yang kita guna) dan berikannya kod nombor siri tadi. Kemudian, mereka akan "mengunci" sistem dalam hp tersebut dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti menyesal! Walaupun kad sim dah ditukar baru kerana pencuri tersebut tidak berupaya mengaktifkan kembali hp tu. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang2 rugi biar semuanya rugi... baru puas hehehe (gelak dalam mood jahat)

. Artikel ini di copy paste dari sini 

******kunci sistem je ke yang boleh....??? Kan best kalau  meletop je terus hp tu.... haaa yang tu baru betul2 puas hati kan... kekekeke



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tambang Percuma... cepat2!

Assalamualaikum.... jemput cuci mata ye ladies.... sesiapa yang berminat boleh pm kat SINI.
Sempena pembukaan bisnes on9 Suri Blogshoppe  dan sebagai menghargai pengunjung blog dengan ini saya dengan suka cita memberi tambang percuma (semenanjung shj.... s/s diskaun 50%) kepada setiap pembelian tudung. Amacam.... baik tak saya... tehehehe....  sila nyatakan kod pilihan anda . Tawaran hebat ini hanya ada di blog aiyang disayang, cepat2.....





High quality soft denim SOFT AWNING Size: XL

RM 50 (tidak termasuk pos)

Measurements:
Labuh depan: 22-24"
Labuh belakang: 32-33"
Lebar bawah: 37-39"
Saiz muka: 10.5-11"

Please expect minor differences from the standard length given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings








Tudung Chiffon Net L


harga RM60 (tidak termasuk pos)

HARD awning
Material:
Body: Lycra + Chiffon + Net
Awning: Corduroy
Size: L

Measurements:

Labuh depan: 17-18"
Labuh belakang: 26-27"
Lebar bawah: 33-34"
Saiz muka: 11-12"

Please expect minor differences from the length given

*** petang saya upload tudung lain pulak.... tungguuuuu


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

24.9.13

Sedih dengar pengakuan pakcik guard yang kena tendang dengan isteri Mat Yo

Video paling hangat hari ini tentulah video isteri Mat Yo memaki hamun pengawal keselamatan. Ahh.... malas la nak masukkan video tu kat sini.... takut terkena badi mereng perempuan itu.... hikhik.
Sangat memalukan.... tapi tak pe lah... kita dengar pula luahan pakcik guard ... hurmmm



Sedih pula saya mendengar luahan hati pakcik ini, Semoga dimurahkan rezeki pakcik selepas ini.

Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.

Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.


Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.


Sabarlah pakcik ye.... ramai rakyat Msia yang bersimpati dengan pakcik dan menyokong pakcik.... kalau saya jadi anak pakcik saya saman perempuan tu sampai muflissss..... berlagakkkkkk!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Pengedar bebas SHAKLEE diperlukan di semua DAERAH di seluruh MALAYSIA sama ada PART TIME/FULL TIME.

Sapa ada masalah sembelit kronik?

semalam aku gi hantar member kit kat kawan aku.... dia ni punyalah gumbira .... walhal aku baru je daftarkan nama dia kat hq... jangankan bonus untung dua posen pun tak merasa lagi.
Dia gumbira sebab sejak makan alfalfa combine dgn lechitin seminggu yang lalu masalah payah membuang dia hilang... dia rasa satu kepuasan bila takde masalah tu lagi.... lagi dia kata tumit kaki dia yang merekah pecah2 dah semakin elok... tumit tak kering lagi... siap tunjuk kaki tu kat aku....(kuang hasam kan...hahah) pastu lagi dia kata dia tak migrain bila kena panas matahari.... dan lagi dia kata black head ke apa ntah kat muka dia tanggal... tu yang dia gumbira sgt2.... macam tak caya kan?
yang dia tak gumbira cuma berat tak turun lagi.... alaaa lek laa baru makan seminggu... kalo seminggu dah kurus lambat la penjual kaya huhuhu.... dia bersemangat sungguh ni nak suruh adik dia makan produk ni ... nak belikan nenek kat kg lah....

okey.... itu namanya nikmat kesihatan... susah buang air besar pun satu masalah serius tauuu... jangan main2!


Jadi dipendekkan cerita .... ada ke sapa2 yang berminat nak jadi member shaklee.... untung tau jadi member dapat beli harga ahli dan kalau jual kat kawan2 dapat untung sikit.... ada bonus jugak kalau rajin.... hehehe


lagi pun shaklee ni bukan setiap negeri ada branch... selain hq kat subang empire ..branch lain cuma ada kat penang, jb, kota bharu, ipoh, kota kinabalu dan kl. 


jadi orang dari negeri lain atau yang jauh nak pergi cawangan shaklee tak payah susah hati... kita boleh hantar barang sampai depan pintu rumah.


TAPI.... kenalah join member... caranya baca kat bawah ni ... (ayat skema di bwh di kopipes dr fb)





Pengedar bebas SHAKLEE diperlukan di semua DAERAH di seluruh MALAYSIA sama ada PART TIME/FULL TIME.

Hanya bermodalkan RM65 untuk pendaftaran ahli & business starter kit, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee:

✔ Ganjaran tunai (CASH)
@ Bonus peribadi sehingga 21%
@ Bonus Kepimpinan
@ Bonus Tambahan
@ Insentif Coordinator sehingga 1.5%

✔ Subsidi kereta (CAR)
@ Insentif wang tunai untuk pembayaran kereta atau suka hati andalah nak buat apa dengan wang tunai itu 

✔ Percutian (CONVENTION)
@ Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee di dalam dan luar negara
@ Berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim membawa bersama ahli keluarga; ibubapa, anak-anak dan saudara-mara

Keratan Akhbar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan


Bagaimana perlu memulakan sebagai Agen Shaklee?
@ Pendaftaran RM65 seumur hidup - anda akan mendapat member kit
@ Membuat pembelian RM660 (200uv) untuk keahlian percuma
@ Isi borang keahlian dan berdaftar dengan saya:


 **** paling penting nih... sesiapa yang serius nak join tolong mesej kat page aiyang disayang SINI ATAU SMS/WASSAP 012 3117349

P/S minta halal ye saya kopipes ayat awak. 

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...