7.7.13

asyiknya berasmaradana!!!

Semenjak dua menjak ni dah semakin jarang jengah blog. Bukan sebab malas pun tapi sebab sibuk urus berak kencing..... tulah takde kerja cari kerja! 

Tadi puas panggil opetttt..... putihhhhh.....!!!!! Hishhh senyap je dua ekor nih. Tonggeng bawah katil, takde. Kat dapur pun takde.... aikkk mana hilang?  Biasanya itulah port peberet dorang ni melepak. Sekalinya jumpa kat bawah kabinet tv. Amvoiii bukan main asik lagi berasmaradana huhhh. Ini rasanya first time sibetina dihimpit sang jantan.

 
Putih kasanova yang dah menghamilkan dua ekor arnab betina lain juga kini mencari mangsa baru.

Lihatlah wajah tak bersalah dua makhluk nih.... 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

5.7.13

Ngeri - Tangan putus ditetak dalam pergaduhan




Ngeri, seorang lelaki India mati ditetak di shell Batang Kali pada 4 Julai 2013. Kelihatan juga tangan mangsa yang  putus.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Ulasan PM Malaysia berkenaan konflik di Mesir mendapat kritikan rakyat

Di saat sebilangan rakyat Malaysia bersedih dengan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi, PM Malaysia sebaliknya melihat konflik yang berlaku sebagai satu iktibar supaya rakyat sedar perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan. 

Dengan tiba-tiba PM juga mengaitkan perubahan kepimpinan jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan penderitaan kepada rakyat dengan kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan lumpuhnya industri pelancongan. Ehhh.... inikah yang berlaku di Mesir bila Dr. Mursi mengambil alih kepimpinan dari Hosni Mubarak?

Ulasan PM ni macam nak sindir rakyat sendiri je.... hehehhe....
Agaknya macam tu lah yang bakal  berlaku kepada Malaysia jika pembangkang menang! Boleh muflis dan huru-hara negara...!!! Awas ye... jangan berani-berani nak jatuhkan pemerintah Malaysia yang sedia ada huhuhu... 

Bacalah kritikan di LINK

Di bawah pula adalah ucapan beliau:

PM mahu rakyat ambil iktibar konflik Mesir

Najib Tun Razak



LONDON - ENGLAND - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
   
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
   
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
   
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
   
Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.

Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
   
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
   
Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.
   
"Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.
   
Najib kemudian berlepas pulang ke tanah air setelah berada di London sejak Isnin, dan sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - Bernama




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1.7.13

Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah

ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

29.6.13

Pencuri tertangkap ketika tebang pokok pontianak nak duduk mana lepas ni???



pakai smart , bergaya... rupanya nak mencuri!!!
Haila nasib ko lah..... takde rezeki nak mencuri hari ni.... tapi ko dapat hadiah berdas2 dari penghuni yang naik  berang. Kot ye pun nak mencuri siang2 hari tengok dulu lah kawasan mana ko masuk.... tengok lah dulu ada orang ke tidak... ni konfiden level bukan main tinggi lagi. Orang tengah sibuk gotong royong tebang pokok ko ambil kesempatan pulak ye redah naik rumah orang.




pokok dah kena tebang habis pontianak nak duduk mana lagi???
begitulah cerita jiran aku yang sorang ni
ceritanya begini.....
3 hari lepas kawan dia parking kereta kat tempat parking..... nampak tak kereta putih kat celah2 dahan tu?
Dalam pukul dua pagi macam tu lah.... tetiba masa nak buka pintu tu lah dia nampak perempuan rambut panjang sampai kaki berdiri sebelah kereta dia.... tapi muka lawa! jiran lagi sorang pulak cerita ada yang nampak benda duduk berjuntai2 kat pokok tu atau pokok satu lagi dekat2 situ jugak.
Sekarang ni yang menjadi isu.... setelah pokok2 ditebang di manakah lagi makhluk2 yang dipanggil pontianak oleh jiran2 ku ini akan tinggal atau bermain? Di atas bumbung? Di balkoni2? Di atas bumbung2 kereta? Waaaa...... jangan kau cari aku sudahhhh!!!





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

27.6.13

BANYAKNYA BAYI DIBUANG DALAM SUNGAI NI...!!!!




almost 30 babies disposed by the river

some even have the hospital tags on the ankle
and also hospital disposal bag
the river is where the villages get their daily water supply and the ducks live there too


Di China...
jika buka video dibawah jangan nangis tau..... lihatlah mayat-mayat bayi bergelimpangan di sepanjang tebing sungai..... yang dah reput entah berapa banyak.
Senangnya mereka buang anak... hanya campak dalam sungai.











✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

26.6.13

Gara-gara tak jadi derma, hilang RM50


Insafnyaaa.... insafff!!!!
Tak kan kuulangi kesilapan itu maafkan aku dehaka pada MU

hamba khilaf..... KHILAF!!!!

Semalam pergi kedai bawa 2 keping RM 50... duit cuma masuk poket je.... bila dah siap beli barang, bayar kalo tak silap belas2 ringgit je... jadi ada baki sekeping RM1 dan 3 keping RM10..... dan masa itulah terpandang tabung derma anak yatim.
Dalam hati kata nanti nak suruh anak je masukkan duit dalam tabung derma (sebab memang kesukaan dia)..... masa tu dah keluar dari kedai. Tapi entah kenapa anak tak mahu..... dia kata segan sebab dekat cashier masa tu ramai orang. Oh.... camtu lain kali je lah time takde orang baru  masuk tabung ye.
Pergi kedai lain pulak.... masa bayar ada lagi duit semua. Last singgah kedai makan tapau teh ais dan nasi ayam sebungkus... nasi ayam tu belikan untuk jiran sebab dia tak sihat.... tak lalu makan.
Dah petang baru teringat duit baki belanja...... cari balik dalam poket memang takde....
Alamakkkk.... mesti tercicir masa beli teh ais tadi.
Masa duduk makan malam cerita pada suami.... takut juga kena marah tapi sebab ayat-ayat yang keluar berbunyi "inilah balasannya kerana tak jadi derma pada anak yatim tadi.... sekelip mata allah tarik rezeki. " suami cuma kata... haaa tau takpe...
memang selama ini pun kalau hilang pape suami tak marah sgt.... macam baru2 ni tercicir galaksi tab kat pasat tani shah alam.... suami cakap "rezeki orang yang jumpa.."

pengajaran . jangan bertangguh untuk membuat kebaikan... jangan kedekut.... jangan malu membuat kebajikan....jangan permainkan  anak yatim...DOSA!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...