15.12.12

26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah




NEWTOWN, Connecticut - Seramai 26 orang termasuk 20 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan di sini, semalam - insiden paling buruk membabitkan kawasan sekolah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Suspek, seorang lelaki yang identitinya belum diketahui, turut terbunuh, dipercayai membunuh diri selepas menembak mangsa.

Laporan CNN menyebut seorang cedera dalam kejadian itu.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

13.12.12

Heboh lelaki dengan susuk tubuh bercahaya dirakam



Hasil skodeng pagi ini dapat video ni..... 
macam mana? nak percaya ke tak?
Teringat suatu masa dulu video malaikat turun atas kaabah.... hoax aje!



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

12.12.12

Dera anak untuk jadikan lelaki sejati?


kuwang hajau punya bapak tiri!
ni bukan nak mengajau..... ini namanya nak membunuh!
padan muka dah kena tangkap...... 



Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PERKEMBANGAN KES DERA KANAK-KANAK:

Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Gambar: Pernikahan Zakiah Anas dengan jejaka pilihan hatinya




Tiada angin, tiada ribut yang sebenarnya tidak perlu — Zakiah Anas telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan beliau.
Berita awal tentang pernikahan Zakiah Anas dan pasangan ini di’sampaikan oleh Mazidul Akmal Sidik menerusi blog beliau & majlis pernikahan mereka sudah pun berlangsung.
UPDATE-1: Menurut laporan Mazidul Akmal Sidik, pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung Masjid Kota Damansara, Selangor yang bermula sekitar 11.00 pagi hari ini.
Suami Zakiah Anas bernama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar,42 dan pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dengan mas kahwin RM13,500 tepat 11.35 pagi.
Tahniah buat Zakiah Anas dan pasangan.

11.12.12

Datuk Yahya Sulung dan Isteri Diusir Keluar Rumah



Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.


www.nescafeais.com





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kubur Syiah Lubuk Duit











kemana agaknya wang2 ini di bawa?

sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10.12.12

Farid Kamil berdepan hukuman penjara 2 tahun.... apa kes???



Baca di SINI. 
Oh.... tak boleh sembarangan pakai rupanya. Tapi jika anda menyusuri jalan menuju kem Sungai Besi ada banyak kedai jahit uniform polis (tentera tak tau la pulak, sekali la kot) yg dikendalikan oleh bangla2..... jangan main2, bangla hokeyyy..... Dorang ni pacak kedai haram je.... tepi jalan. 
Kalau nak  tangkap tikus besar2 datanglah kat Desa Tasik, sepanjang jalan menuju ke kem tu memang banyak sungguh binatang ni, gebu2 belaka. 
Kat sini tanah sepanjang jalan tu adalah umpama lombong bijih. Laluan pejalan kaki yang di bina khas untuk berjalan kaki dah tak kelihatan.... semua dah jadi gerai haram. Ada pulak tu tuan tanah kedaungnya! Tuan tanah ni dia mcm dapat lesen besar untuk menyimen dan membina kedai2 atau gerai. Paling untung yang dapat tapak berniaga berhampiran bus stop..... lagi cantik la tapak dia. Ayat aku mcm dengki aje kan. Yang berniaga pulak bukan rakyat tempatan je... pelbagai negara! Pakistan ada, Bangladesh ada, Mnyanmar ada, Indonesia tak payah cakap la....... 
Dari segi mudah untuk mendapatkan makanan tu yesss..... cakap je nak makan apa tepi jalan tu..... semua ada! Yang dapat plak JJCM pun ada. Tapiiiii..... kalau tengok rupa, pemandangan sekitar amatlah menyakitkan mata..... serupa negara mundur je aku tengok... buruk, tak teratur, bersepah, tikus gemok2 berlari2 riang youuuu..... 

jangan sampai ada yang mati sebab kencing tikus sudaaaaa...... 





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...