11.12.12

Datuk Yahya Sulung dan Isteri Diusir Keluar Rumah



Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.


www.nescafeais.com





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kubur Syiah Lubuk Duit











kemana agaknya wang2 ini di bawa?

sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10.12.12

Farid Kamil berdepan hukuman penjara 2 tahun.... apa kes???



Baca di SINI. 
Oh.... tak boleh sembarangan pakai rupanya. Tapi jika anda menyusuri jalan menuju kem Sungai Besi ada banyak kedai jahit uniform polis (tentera tak tau la pulak, sekali la kot) yg dikendalikan oleh bangla2..... jangan main2, bangla hokeyyy..... Dorang ni pacak kedai haram je.... tepi jalan. 
Kalau nak  tangkap tikus besar2 datanglah kat Desa Tasik, sepanjang jalan menuju ke kem tu memang banyak sungguh binatang ni, gebu2 belaka. 
Kat sini tanah sepanjang jalan tu adalah umpama lombong bijih. Laluan pejalan kaki yang di bina khas untuk berjalan kaki dah tak kelihatan.... semua dah jadi gerai haram. Ada pulak tu tuan tanah kedaungnya! Tuan tanah ni dia mcm dapat lesen besar untuk menyimen dan membina kedai2 atau gerai. Paling untung yang dapat tapak berniaga berhampiran bus stop..... lagi cantik la tapak dia. Ayat aku mcm dengki aje kan. Yang berniaga pulak bukan rakyat tempatan je... pelbagai negara! Pakistan ada, Bangladesh ada, Mnyanmar ada, Indonesia tak payah cakap la....... 
Dari segi mudah untuk mendapatkan makanan tu yesss..... cakap je nak makan apa tepi jalan tu..... semua ada! Yang dapat plak JJCM pun ada. Tapiiiii..... kalau tengok rupa, pemandangan sekitar amatlah menyakitkan mata..... serupa negara mundur je aku tengok... buruk, tak teratur, bersepah, tikus gemok2 berlari2 riang youuuu..... 

jangan sampai ada yang mati sebab kencing tikus sudaaaaa...... 





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Berbaloikah kita lepak lama-lama di Padang Mahsyar hanya kerana sekeping gambar?

Bismillahirahmannirrahiim.....
Pagi ini saya mulakan n3  dengan tepekan apa yang telah saya baca di fb. Rayau punya rayau, punya rayau saya terjumpa ini. Bukan kali pertama baca.... banyak kali tapi kali ini ayatnya agak ringkas sikit dan saya rasa tertarik untuk mencurinya... lalu membawanya lari dan menyimpannya di dalam blog ini....muehehe (ini ayat pengkopipes yang beriman namanya). Sudi2kanlah baca.....


Nabi ada pesan dekat-dekat kiamat nanti akan wujud golongan yang:

" berpakaian tapi telanjang.... "

golongan ini ialah golongan yang dicelakakan....
hadis ini sangat luas pehamannya,ia juga bersifat tamsil dan kiasan yang boleh ditafsirkan de

ngan macam-macam tafsiran...
jadi hanya manusia yang wujud di akhir zaman je dapat faham siapa sebenarnya golongan tu?

sekarang terserah kita (umat akhir zaman) bagaimana kita melihat hadis ini dan kaitkan ia dengan fenomena depan mata (sebab ia memang merujuk kepada zaman kita pun) kita yang dulunya bukannya trend sekarang dan jadi trend dan dianggap biasa tanpa rasa dosa melakukannya?

sekarang ni wujud macam2 jenis wanita berpakaian tapi telanjang contohnya wanita yang tutup aurat tapi pakai ketat2,wanita yang tutup aurat tapi jarang,wanita yang tutup aurat tapi sengaja pamerkan diri di khalayak ramai tanpa segan silu?

ada 3 golongan yang terlibat:

berpakaian: menutup aurat dengan sempurna (tidak mahu dilihat)

telanjang: tidak menutup aurat (mahu dilihat)

berpakaian tapi telanjang: menutup aurat tapi dedahkan diri pada laki bukan mahram(nak-dilihat-tapi-tak nak-dilihat)

semoga allah bagi kita faham dan tarbiah isteri dan anak-anak perempuan kita dengan baik agar tidak menjadi sebagai salah satu wanita yang menjadi tanda dekatnya kiamat..........

celaan nabi ditujukan kepada yang tidak menutup aurat, menutup aurat tapi tak sempurna dan untuk yang menutup aurat tapi sengaja pamerkan diri sebagai tatapan lelaki ajnabi.....

dalam hadis yang lain,wanita yang sengaja lalu depan laki agar laki tertarik kat dia,wanita itu adalah az-zaaniy (pelacur/penzina) dan tak kan cium syurga...

berapa ramai wanita yang "sengaja" pamerkan diri depan laki ajnabi zaman sekarang?

kenapa nabi lihat ramai wanita di neraka?

apakah begitu sukar memahami kalam ini wahai muslimah sekalian? :'(

yang tak tutup aurat tu, confirm lah kena bakar kalau tak taubat....saya bukan tuhan nak tetapkan hukuman, tapi saya posmen yang telah baca amaran2 tuhan kepada golongan ini lalu saya ceritakan apa amarannya...bukan saya yang suka2 hukum...

yang bertutup pulak, jangan main-main dengan syariat, jangan sebab niat kita nak halalkan semuanya....










apa guna kita lepak lama-lama kat padang mahsyar yang matahari dekat sejengkal dengan kepala hanya kerana sekeping gambar kita di fb?

berbaloikah??????????

Allah..... :'(

~Copy paste dari wall Tengku Anita Tengku Arshad~


pesanan untuk diri sendiri yang kadang2 selalu lalai dan lupa.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

9.12.12

Bendera PAS di sambutan ulang tahun Hamas ke-25 (unedited version..)





Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza... Allahu Ahad..


Bendera PAS dan bendera Malaysia, berkibar megah di puncak bangunan tertinggi di Gaza..







http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2012/12


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

6.12.12

Gara-gara gendut, banduan ini tersekat dilubang dalam cubaan melarikan diri

ehehehe.....
malang betul banduan ni.....
hajat untuk melarikan diri dari penjara tidak kesampaian bila lubang yang ditebuknya tidak cukup besar baginya meloloskan diri.
Kejadian ini berlaku di sebuah penjara Brazil di kota Ceres.
Tengoklah wajah petugas penjara tu..... sengeh2 aje kan bila melihat Rafael Valadao tersekat di lubang.
Dikatakan ada dua lagi rakan Rafael yang turut membantu menolak tubuh Rafael dari belakang tapi disebabkan terlalu gendut maka misi untuk melepaskan diri gagal apabila Rafael berteriak kesakitan.

hahahaha..... macam2 aje kan.



Fat chance: 16-stone Rafael Valadao is surrounded by giggling guards after getting stuck in his escape hole

Lard luck: Despite his desperate attempts to squirm to freedom, portly Rafael reamained stuck fast

Get me outta here: With his face hidden to spare his blushes the hapless prisoner attempts to wriggle free

I give up: In the end the fire brigade had to be called in to cut the prisoner free

worlduh.com




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Terpukau panggilan misteri..... seramnya!!!





KULIM - Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.

Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

"Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.

"Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.

Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku," katanya. sumber


ps: seramnya! terbayang rupa mak lampir . Apa pun alhamdulillah kerana terselamat. Saya memang takut air....  jika berkelah di sungai saya hanya akan masuk ke kawasan yang airnya cetek dan jernih yang saya boleh nampak pasir di bawahnya. Saya memang mudah membayangkan macam2.  Dulu masa kecil memang selalu mandi sungai berhampiran rumah tapi airnya jernih hingga nampak anak2 ikan berenang. Bila hujan dan air menjadi keruh  dan dalam saya terus tak berani. Ohhh..... pobia saya bukan setakat itu sahaja.... merenung ke dalam perigi pun boleh buat saya tak tidur malam. Teringat zaman belajar dulu pergi ke Penang dgn kwn2..... saya pejam mata rapat2  masa bas melalui atas jambatan P. Pinang tu ...ngeee.... Sekarang ok sikit. Tapi yg menjadi masalah saya selalu bermimpi berjalan di tepi laut.... atau berenang di sungai.... waaaa.... sangat tak suka mimpi begitu.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...