10.9.12

Lelaki Pengsan Dalam Kotak Untuk Buat Kejutan


 Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk ‘dikirim’ kepada teman wanitanya, Li Wang.

Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut lewat dihantar ke pejabat Li Wang selama 3 jam.

Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.

Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak tu terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang kejutannya gagal.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

9.9.12

GEMPAR BERAPI : Ning Baizura Dan Mizz Nina Bakal Menghiburkan Pesta Ulang Tahun Syarikat Alk0h0l??


Ning Baizura Dan Mizz Nina Bakal Menghiburkan Pesta Ulang Tahun Syarikat Arak


” Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to 
celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, 
using Freud Communications as public relations co-ordinators. ” (sumber Wikipedia)
Dalam bahasa mudahnya, Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak 
Guinness.
Dan seperti biasa, akan adalah disko di sini yang mengadakan konsert sempena ulang tahun itu.
Pada 28 September ini, ia akan diadakan di SouledOut Hartamas.

Gadis Jangan Gedik.... Jika Tidak Inilah Akibatnya!



Tapah - Perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.




Gambar: Som Sak menunjukkan gambar dua lelaki yang dipercayai boleh membantu kes rogol melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu mengambil dua rakannya.

"Kereta yang dipandu suspek kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.

“Mangsa dibawa masuk ke dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal pagi,” kata dalamsidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Ngeri: Buang dosa dgn memijak bayi



Seorang lelaki yang mewakili "syaitan" melompat ke atas bayi semasa perayaan El Colacho 
pada 10 Jun 2012 di Castrillo de Murcia berhampiran Burgos, Sepanyol. Perayaan, yang 
diadakan pada hari Ahad pertama selepas Corpus Cristi, menyaksikan "syaitan" mengambil 
dosa asal dari bayi yang baru dilahirkandengan melompat ke atas mereka. Upacara tahunan 
yang bermula sejak 1600-an memerlukan seorang lelaki untuk berpakaian seperti syaitan dan 
melompat ke atas bayi. Upacara ini dipercayai untukmembersihkan roh jahat bayi dan 
membawa mereka kepada kehidupan yang baik.


El Colacho Festival 2012 (1)  El Colacho Festival 2012 (2)   El Colacho Festival 2012 (3)  El Colacho Festival 2012 (4)  El Colacho Festival 2012 (5)  El Colacho Festival 2012 (6)  




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

8.9.12

Anak Sungai Darah....




SAUDARA KU,DATANGLAH....!!! 

(air mata kami telah meng-anak sungai)




kawan, ku ceritakan padamu tentang negeriku
negeri para anbiya' yang di lembar-lembar waktunya tertoreh
rangkaian kisah sejarah peradaban
tak kan kering lautan tinta untuk mencatatnya
hingga air mata dan darah-darah kami tertumpah karenanya
tak pernah usai, meski darah telah menganak sungai...

sekali-kali datanglah ke negeriku, kawan...
di sini, atap langit selalu berwarna jingga
tak pagi, tak siang, tak malam, tiap waktu adalah senja
ledakan dan kobaran api membumbung di merah saga
bercampur debu dan asap jelaga
menghias langit pekat bertabur bintang gemintang
ya, negeriku penuh dengan bintang
tak hanya muncul di waktu malam, tapi juga pagi dan siang
aneh bukan?
seperti kembang api yang kau nyalakan di tahun baru
bintang-bintang di langit negeriku berjatuhan
meledakkan apapun yang ada di bawahnya
rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid
di balik reruntuhan puing-puing akan kau temukan tubuh-tubuh terkoyak
juga genangan darah yang membanjiri jalan-jalan setapak
di dinding-dinding retak berdebu, kami mengais sisa-sisa nafas
dan embun di manapun kini bercampur darah
nafas-nafas di sudut kota mulai berbau bara...


negeriku hanya mengenal satu musim, kawan
hujan!
ibu-ibu kami kuyup air mata
anak-anak kami basah karena darah
hujan batu. hujan peluru. hujan rudal...
ahh...kau bisa bayangkan bila kami kehujanan

sekali-kali datanglah ke negeriku...
kau akan melihat senyuman-senyuman perindu syurga
dan binar mata bidadari yang tak sabar menantinya........!!!!




Mereka semua hanyalah penduduk biasa di Halab yang menghuni di sebuah bangunan. Tentera Bashar laknatullah telah membunuh kejam kesemua penghuni bangunan itu kerana mereka ingin mengambil alihnya sebagai kem sementara. Mayat-mayat mereka hanya di jumpai selepas tentera-tentera Bashar meninggalkan banggunan tersebut. Berita pembunuhan kejam ini agak terlewat diterima kerana dikawasan ini telah terputus sepenuhnya komunikasi.



✿*~ LIKE for SHARE. ~*✿

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol


Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.


Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

7.9.12

Bapa Angkasawan Negara Meninggal Dunia


Dr Sheikh Muszaphar

PETALING JAYA – Bapa kepada Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Sheikh Mustapha meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur pada pukul 9.26 pagi. – mStar Online



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...