2.7.12

SEDIHNYA LIHAT WAJAH IBU AYAH TAHANAN ISA NI





terharunya hati bila lihat wajah tua ini

Mereka ibu dan ayah salah seorang tahanan ISA, saudara Fazullah berusia 28thn. Fazullah bersama tahanan yang lain berjumlah 45 orang masih lagi ditahan di Kem Kamunting Perak di bawah ISA meskipun PM kesayangan telah mengumumkan pemansuhan ISA. Diseksa, didera, diliwat... itulah yang terpaksa mereka hadapi kerana yang berkuasa berasa diri Raja yang sesuka hati buat apa saja untuk kepuasan. 45 orang ini sedang mogok lapar sejak 10 hari yang lalu. Anda peduli?

Dibawah gambar2 sekitar KEMPEN BEBASKAN TAHANAN ISA (45) 2012







✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

sedih lihat wajah ibu ayah tahanan ISA




terharunya hati bila lihat wajah tua ini

Mereka ibu dan ayah salah seorang tahanan ISA, saudara Fazullah berusia 28thn. Fazullah bersama tahanan yang lain berjumlah 45 orang masih lagi ditahan di Kem Kamunting Perak di bawah ISA meskipun PM kesayangan telah mengumumkan pemansuhan ISA. Diseksa, didera, diliwat... itulah yang terpaksa mereka hadapi kerana yang berkuasa berasa diri Raja yang sesuka hati buat apa saja untuk kepuasan. 45 orang ini sedang mogok lapar sejak 10 hari yang lalu. Anda peduli?

Dibawah gambar2 sekitar KEMPEN BEBASKAN TAHANAN ISA (45) 2012





✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

1.7.12

Imam masjid digantung?


Panassss.......berita seorang imam sebuah masjid jamek di pasir gudang johor digantung tugas hanya kerana membenarkan  tuan guru Nik Aziz bersolat jumaat di masjid tersebut 

Ini budaya politik apa ni, apakah dosa tidak membenarkan orang bersolat dimasjid itu mampu dipikul oleh imam itu jika tidak membenarkan Tuan guru bersolat disana?, sudah pasti apa yang dilakukannya oleh imam tersebut betul, kerana menghalang orang bersolat itu salah.

Jadi, dengan mengantung tugas imam tersebut kerana membenarkan Tuan guru Bersolat dimasjid tersebut lah yang salah, dan siapa yang bersalah itu, dan hebat sangat kah dia sehingga mampu menanggung dosa kerana ambil tindakan pada imam yang benarkan Tuan guru bersolat.

Malaysia sudah rosak, busuk umno main politik sudah sampai ke dalam masjid, 


✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih muahhh ~*✿

TUTORIAL LETAK FUNGSI REPLY PADA KOTAK KOMEN BLOG



sesiapa yang berhajat nak letak fungsi reply bawah komen bolehlah ikut 
tutorial nih.... mudah senang dan tak pening kepala.
waaaa..... manyak senang wa punya en3 kali nih.....ekekekeke



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Kurang ajar... rakyat Syria ingin kebumikan jenazah dibom oleh tentera Basyar laknat!!!



Tidak ada yang menyedihkan aku pada saat ini bila sahaja buka fb dan terpampang video yang menyayat hati dari Syria
Ya Allah aku tiada daya
aku hanya mampu berdoa dari sini dan mengupdate di blog ini apa yang terjadi pada saudara-saudaraku di sana
semoga sesiapa sahaja yang singgah di blog ku akan sama mendoakan mereka


Tentera regim Basyar telah mengebom rakyat Syria yang ingin mengebumikan syuhada' yang gugur di Zamlaka, Dimasyq.


Berpuluh-puluh rakyat yang mengiringi jenazah syuhada telah terkorban serta merta serta dan ada yang hancur badannya terkena bedilan bom kereta kebal.


Kami tiada sesiapa melainkan-Mu ya Allah. Bantulah mereka yang sedang dizalimi. Hancukanlah regim Basyar dan sekutunya.

video 1
rakyat sedang mengusung jenazah dan di serang dengan bom

video 2
menyayat hati.... ya Allah
tolonglah saudara-saudara kami di Syria 
engkau hancurkanlah Basyar dan tenteranya 
hanya padaMu kami meminta
amin

Subhanallah
sila lihat video pada minit 0.37
jenazah syuhada masih dalam keadaan elok sedangkan keadaan disekeliling dipenuhi dengan syuhada yang baru gugur dalam kedaan yang memilukan
semuanya kuasa Allah
Allahuakbar





✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Tiada siapa pedulikan gadis ini bunuh diri - video



okey.... boleh teka kat mana kejadian nih
dah tentulah kat negara yang rakyatnya palingggg sibuk dan palingggg  mementingkan diri sendri.

rakaman nih menunjukkan seorang gadis terjun dari jambatan di sebatang jalan yang sibuk.

malang sekali tiada kereta yang mahu berhenti dam memberikan bantuan dengan menarik gadis itu ketepi jalan

lebih malang lagi gadis itu tidak terus mati (mungkin tak cukup tinggi) jadi misinya untuk bunuh diri gagal.

yang baiknya adalah kereta-kereta yang lalu cuba mengelak dari melanggar gadis itu tidak seperti yang dilakukan terhadap anak kecil bernama Yue Yue. masih ingat lagi kisah nak kecil ini..... yang menggemparkan dan menimbulkan kemarahan dunia? (ohh tapi kejam lagi tentera Basyar yang menyembelih anak-anak kecil).

tak tau lah apa nasib gadis ni.... moralnya di China jika nak tamatkan riwayat hidup atau bunuh diri carilah tempat yang lebih sesuai bukan di tempat yang sibuk....sebab ....siapa peduli???






✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Wanita Meraung... Tolong Cari Tangan Saya!

PARAH... mangsa dibawa ke hospital selepas diserang dua lelaki bertopeng di Pasar Sungai Maong.


KUCHING: Seorang wanita menggelupur sambil menjerit meminta tolong supaya mengambil pergelangan tangan kanannya yang putus selepas diserang dua lelaki bertopeng di sebuah pasar di Sungai Maong, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika mangsa berusia 53 tahun memesan barangan daripada seorang peniaga sebelum muncul dua lelaki bersenjatakan objek tajam.

Difahamkan, kejadian disedari suami mangsa berusia 61 tahun selepas menerima panggilan daripada pemilik sebuah kedai memaklumkan kejadian menimpa isterinya.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya ke pasar itu dan mereka berpecah untuk membeli barangan masing-masing.

Katanya, beberapa minit kemudian, suami mangsa yang ketika itu membeli makanan di sebuah kedai terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan isterinya diserang.

“Suami mangsa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati isterinya menjerit kesakitan dengan tangannya berlumuran darah. Suaminya membawa wanita itu serta pergelangan tangan yang putus ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, dua suspek menaiki Perodua Myvi kelabu dikatakan menunggu di satu lokasi sebelum menyerang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, serangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggu pesanan barang dibeli daripada peniaga.
Beliau berkata, mangsa yang tidak menyedari kehadiran dua lelaki itu ditetak di pergelangan tangan kanan sehingga putus, selain cedera di tangan kiri.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dua individu yang menyerang mangsa.

“Mangsa yang parah masih dirawat di HUS dan keadaannya dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.” katanya.


*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...