✿*~ Aiyang Disayang ~*✿
8.6.12
PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.
Kerajaan dah tak boleh berfikir secara rasional lagi. Buktinya kejap mereka nak bekukan pinjaman....pastu mereka tarik balik.... adoiiii laaa..... jangan buat lawak la. Sebelum buat sesuatu keputusan tu fikir la dengan kepala otak.... kat Unisel dan Kuis tu anak-anak pembangkang je ke yang belajar situ? Anak-anak penyokong UMNO tak de ke? ekekeke..... Nak tawan Selangor konon...huhhh....dalam mimpi je la.
Errr.....tau gak takut ehhh. ✿*~ Aiyang Disayang ~*✿
Kantoi: Kes Patrick Lim - Pencuri handphone upload gambar sendiri di facebook
Pagi semalam sebenarnya aku dah baca pasal kes patrick lim ni kat fb....ada fren yang share.... aku cuma baca pasal kes dia frust sebab masa dia wat report polis suruh dia balik....dia frust sangat. Kes dia ialah eksiden dan galaxy note dia kena curi. Gambar lelaki melayu nih pun ada....tapi aku tak baca just tengok.
Ohhh....rupanya ini kes sebenarnya.
Semalam dan hari ini tersebar sebuah lagi cerita menarik di Facebook mengenai seorang lelaki #PatrickLim dan juga telefon Galaxy Note miliknya yang dikatakan telah dicuri. Dengan bantuan dari kawan dan orang ramai, dia berjaya menemui pencuri telefon tersebut iaitu Ejall dan Ellina Maulad Mahather. Ellina Maulad? Pernah tak dengar nama ini dalam suratkhabar sebelum ini?
Itu nanti admin ceritakan. Sekarang balik ke cerita PatrickLim and the Galaxy Note :
Dia telah menulis satu Notes dalam FB tetapi dalam bahasa Inggeris, jadi admin cuba buat ringkasan dan tulis semua dalam BM. (yang original sila ke link ini - Notes )
Patrick menyatakan yang dia bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada keesokkan harinya tetapi apa yang berlaku pada dirinya hari tersebut telah membuat dia terpaksa bergerak ke pelbagai tempat.Semalam semasa dalam perjalanan untuk balik ke rumah di sekitar Jalan Shamelin berdekatan PGRM, dia cuba mengelakkan daripada terlanggar sebuah motorsikal yang muncul entah dari mana. Dia berjaya mengelak daripada dilanggar/melanggar motorsikal tetapi malangnya, dia terlanggat pula papan tanda pembinaan. Disebabkan perlanggaran tersebut, tayar keretanya tersangkut pada salah satu papan tanda. Dia mempunyai kesukaran untuk mengerakkan keretanya, jadi dia turun untuk memerhati keadaan keretanya. Dia tinggalkan semua benda di dalam kereta tanpa mempunyai rasa khuatir atau takut. Ramai orang berhenti untuk tolong termasuk seorang penunggang motorsikal yang menghulurkan pertolongan. Selepas dia pasti yang kawasan tersebut tidak senang untuk seseorang mencuri keretanya, dia setuju dengan pertolongan tersebut tanpa sebarang syak wasangka. Tetapi peliknya, semasa orang tersebut berada di dalam kereta, dia seolah-olah berlakon dan hanya berpura-pura menekan minyak. Selepas itu, dia terus keluar dari kereta dan beredar dengan cepat dari situ. Masih dalam keadaan panik, Patrick langsung tak sedar dengan pemergian lelaki tersebut tetapi baru sedar yang Galaxy Note nya hilang. Orang ramai yang berada di situ memberitahu lelaki tadi telah mencurinya. Dengan hatinya kian terhiris selepas satu masalah datang lagi satu masalah, dia kembali ke rumahnya. Patrick yang begitu sedih dengan apa yang berlaku menerima panggilan dari seorang rakannya yang memberitahu yang Facebooknya baru sahaja muat naik sekeping gambar yang menunjukkan gambar seorang gadis Melayu. Patrick terus merasakan yang pencuri tersebut besar kemungkinan telah memberikan Galaxy Note kepada teman wanitanya yang mana mengambil gambar menggunakan Intragram Patrick. gambar tersebut kemudiannya dimuat naik oleh gadis tersebut tanpa disedarinya. Tidak lama kemudian, salah seorang rakan kepada rakan Patrick mengenali gadis dalam gambar tersebut. Gadis tersebut adalah Ellina Maulad Mahather.
Siapa Ellina Maulad Mahather?
Dia adalah seorang penari untuk Empire Dance Crew yang pernah masuk dalam paper beberapa kali. Studio Ellina membuat latihan adalah "The Empire" di Shah Alam, Plaza Masalam. Teman lelakinya yang memcuri telefon tinggal di KL.Menurut sumber yang Patrick, Ellina juga seorang pelacur. No ICnya adalah 850530-14-XXXX dan telefonya adalah 010438XXXX.
Selain itu, Ellina Maulad juga terkenal di mahkamah kerana kes arwah Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.
Berita selainjutnya : UTUSAN
Ini Gambar yang dimuat naik dan beberapa lagi gambar Ellina Maulad dan juga teman lelaki barunya.
Selepas itu, muncul lagi seorang lelaki yang menyatakan dia pernah bertemu dengan orang yang sama serta telefonnya juga dicuri..
p/s: kalau nak curi smartphone, sila la jadi smart juga, jangan sampai nak curi tetapi muat naik gambar sendiri pula...Mari kita share sama-sama agar lelaki ini tidak lagi memperdayakan orang lain.
nama fb baru Sting Junior
erkk!!!
7.6.12
Alololo.....kenapa lelaki menangis dalam bilik air?
alahai buruknya bila lelaki menangis macam nih
lagi-lagi bila menangis kat dalam bilik air huhuhu
kan bilik air tu tempat tinggal syaitonnn
nak release tension konon
tapi yang sebenarnya lebih mudahlah 'dia' masuk ke dalam jiwa kita yang lemah
pastu menghasut, mencucuk dan merasukk
bukan lelaki je.....perempuan pun sama
sedangkan nak masuk keluar tandas / bilik air pun ada doanya
ada adab kaki mana masuk dulu keluar dulu
lain kali kalu nak nangis janganlah dalam bilik air
paling elok nangis selepas solat waktu berdoa
Allah suka hambanya yang nangis tau
airmata yang keluar kerana takut akan Allah boleh memadamkan api neraka
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Seorang wali Allah berkata: "........apabila semasa berdoa, berdiri bulu roma, hati jadi berdebar, dan air mata berlinangan...maka doa itu akan diterima".
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"
Mereka adalah:
Mereka adalah:
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
- Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
- Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
- Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
sekian
Penemuan Rangka Manusia Pontianak
Bulgaria – Pasukan arkeologi Bulgaria menemui dua rangka manusia berusia 800 tahun dalam keadaan misteri dengan serpihan logam tertanam di bahagian dadanya.
Berdasarkan legenda, logam merupakan satu-satunya senjata yang dapat menghalang pertukaran seorang manusia itu kepada benda ghaib.
“Dua rangka berkenaan dicucuk dengan logam. Keadaan ini sama seperti yang dipraktikkan oleh penduduk kampong di Bulgaria pada abad ke-20 bagi menghalang seseorang itu bertukar menjadi pontianak,’’ kata akhbar The Daily Mail.
Penemuan itu penting bagi menunjukkan bagaimana masyarakat pada zaman berkenaan percaya dengan kewujudan pontianak, iaitu makhluk penghisap darah.
Bagaimanapun ia hanya penemuan kecil berbanding beberapa penemuan di tengah Eropah, yang menunjukkan kepercayaan kepada kewujudan pontianak berlaku di kalangan penduduk di sesetengah kawasan Eropah.
Berdasarkan mitos, masyarakat dahulu percaya, manusia yang berperangai buruk akan bertukar menjadi pontianak selepas meninggal dunia.
Mereka juga percaya, hanya logam dan kayu yang ditebuk di bahagian dada dapat menghalang kebangkitan makhluk berkenaan.
Atas sebab itu, benda tersebut digunakan bagi menghalang makhluk itu bangun pada waktu malam dan mengganggu manusia .
Sebulan lalu, rangka wanita telah ditemui di Venice dengan batu bata telah disumbat di bahagian tulang rahangnya.
Ia dipercayai dilakukan bagi menghalang mangsa daripada menghisap darah dan ketika kematiannya, seluruh Eropah diselubungi dengan ketakutan susulan kebimbangan wujudnya pontianak.
Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..
Kuala Lumpur: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.
“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.
“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.
Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.
Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -HD
Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala
KOTA BHARU - Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.
Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.
Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.
“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.
“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan ‘Tukar Acu Test Sepenggal’ yang diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berhubung pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.
Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.
Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.
“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya. -SH
Kata Dato' Haji Husam Musa:
"Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan & teknologi Moden... Ini akan mempercepat & melancarkan pembinaan Lebuhraya... Semalam UMNO sumbangkan Cop & Cangkul untuk Pembinaan Lebuhraya... Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..."
Mungkin UMNO minta kita Gali Lubang Kubur UMNO dengan Cop & Cangkul tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
Minggu lepas dalam rancangan Wanita Hari Ini, isu yang di bawa sangat menarik. Aku sempat la menonton rancangan tersebut (memang selalu sem...
-
B eberapa hari yang lepas jiran aku kasi teh ni....dia suruh aku try....dia kata bagus boleh turunkan kolesterol dan kawal gula dalam da...





