3.3.12

Perompak Rogol Wanita Hamil Di Depan Suami


LONDON – Polis Britain menawarkan ganjaran sehingga £20,000 (RM111,300) untuk menangkap tiga lelaki dipercayai merogol seorang wanita hamil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku di Finsbury Park, utara London pada Mei tahun lalu namun baru didedahkan pihak polis kelmarin atas sebab permintaan daripada pasangan suami isteri terbabit.
Suspek-suspek itu yang disyaki sebagai perompak yang cuba memecah masuk rumah mangsa semasa pasangan suami isteri sedang menonton televisyen sebelum mereka mendengar bunyi bising di luar kediaman.
Suami mangsa yang berusia 39 tahun kemudian pergi meninjau keadaan dan terserempak dengan tiga lelaki berkulit gelap, salah seorangnya berketurunan Asia yang memakai topeng muka berada di pintu masuk rumah itu.
Suspek-suspek mengacu sepucuk pistol ke kepala lelaki itu sebelum meminta kunci sebuah kereta Audi, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai mangsa.
Salah seorang suspek membawa mangsa wanita berumur 33 tahun yang sarat hamil tujuh bulan ke bilik tidur sebelum memaksanya melakukan seks oral yang kemudian dirujuk sebagai rogol.
Polis menyatakan suami mangsa sempat merayu kepada perompak itu dengan menjerit: “Dia sedang mengandung, lepaskanlah dia dan beritahu saya apa yang kamu mahu.”
Namun suspek tersebut memukul lelaki itu dengan pistol manakala wanita berkenaan mengalami trauma berikutan serangan seksual yang berlaku di dalam rumahnya sendiri.
Dua lelaki yang wajahnya dirakamkan oleh imej litar kamera tertutup (CCTV) kini diburu polis bagi membantu siasatan. – Agensi

Salji Turun Di Tanah Arab Tanda Besar Kedatangan Imam Mahadi

Berita TURUNNYA SALJI telah pun disiarkan di muka-muka akhbar perdana Malaysia pada bulan lepas (16.1.2012). Sekiranya anda semua membaca akhbar tersebut,tertera tajuk “Salji landa Kabul dianggap petanda tuah”.

Akhbar tersebut hanya menceritakan bahawa salji kini sedang melanda Kabul,Afghanistan yang mempunyai ramai jiwa-jiwa fisabilillah. Sayang 1000 kali sayang, akhbar itu tidak menceritakan apakah kaitan makna di sebalik TURUNNYA SALJI dan makna TIMUR.

Izinkan saya membicarakan dengan lebih terperinci sedikit di sini. Ilmu akhir zaman pada tahun 2012 ini. Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya.

Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T. Mengapa kami mengatakan sedemikian? Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah disabdakan pada 1400 tahun yang lalu. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Turunnya Salji Di Tanah Arab Tahun 2012,Petanda Kemunculan Imam Mahadi Semakin Hampir. Semoga ia menjadi tali pengukuh pemahaman dan pemikiran anda semua memahami situasi akhir zaman ini.

Salji itu turun di Kabul, Afghanistan pada awal tahun 2012 ini. Mengapa salji turun di sana?  Kerana di sanalah kawasan TIMUR yang dimaksudkan,di sanalah Tanah Arab yang dimaksudkan,di sanalah tanah dan kawasan kehidupan para nabi dan rasul utusan Allah SWT.

Kuasa Allah SWT menurunkan salji di TIMUR negara Tanah Arab itu telah jelas menggambarkan kepada kita semua umat Islam bahawa saat kehadiran Imam Mahadi semakin hampir untuk memimpin umat Islam.

Fenomena turunnya salji semakin luarbiasa ini turut dibicarakan menerusi perkhidmatan sms oleh Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah semenjak kita melangkah masuk ke tahun 2012 ini. Berita terbaru ialah Salji turun di Masjid Al-Aqsa :













TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam.

ulasan: benarkah salji turun di tanah arab tanda imam mahdi akan
turun?
jom ikuti perbincangan tentang isu di atas di sini




BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP

Subhanallah.....Salji Turun Di Masjid Al-Aqsa


TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam. 

BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta
wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama
dalam tempoh empat tahun.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan
kawasan Hebron Tebing Barat.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang
paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan
bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon
di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun
di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP

Hantu di Mengkarak.... ehh seram nehh



Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. saya harap anda semua biasa dengan telor Pahang:

Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja,budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..
perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.


Ok, luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tak jejak tanah. Muka pun tak nampak. Gambar diambil time senja. Orang kata time senja ni memang banyak makhluk halus berkeliaran.

Apa-apa hal saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk menilaikannya. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu kepada kami.

Puting Beliung Landa Tengah Amerika, Satu Bandar 'Lenyap' Sekurang-kurangnya 27 Maut

Storm clouds move over west of Palmyra, Ind.,, Friday, Ma... David Lee Hartlage / Associated Press

Piles of splintered wood is all that remains of homes in ... Michael Clevenger / Associated Press

14 dead, one town 'gone' as tornadoes rip through US states


US TORNADO

US TORNADO

Parasit ‘Alien’ ini Menyerang Ikan Dengan Memakan Lidahnya


parasit
Parasit ini masuk melalui insang ikan dan memakan lidah korbannya
Sejenis parasit yang mirip alien yang memakan lidah ikan air tawar dankemudian 'menggantikan' kedudukannya di mulut korban telah menyebar di Mediterranean.
Hampir setengah populasi ikan di beberapa daerah telah dijangkiti parasit ini,yang masuk melalui insang ikan muda, kemudian menempel di bahagian atas lidah, menghisap darah dan memakan lidah dari korbannya.

Para penyelidik mendapati bahawa parasit 'cerathotoa italica', yang dinamakan'Betty' oleh para ahli sains, telah tersebar dengan pesat di daerah perairantempat warga memancing.
Walaupun tidak menimbulkan risiko bagi manusia, namun parasit ini menghalangpertumbuhan ikan, dan menurunkan panjang hidup mereka.

Para penyelidik mendapati bahawa 'Betty' berkembang pesat di daerah penangkapan ikan berlebihan. Dalam kawasan yang dilindungi di dekatSepanyol, hanya 30 peratus dari ikan dijangkiti, sementara itu di perairan Itali yang mengalami penangkapan ikan berlebihan, 47 peratus telah menjadi mangsa parasit.


"Ini adalah bukti lebih lanjut bahawa eksploitasi berlebihan manusia terhadap ikan mempunyai kesan sampingan dan lebih besar. Daerah dengan peraturan penangkapan yang kurang mempunyai ikan yang lebih kecil dan lebih muda, danperingkat jangkitan parasit yang sangat berbahaya. "Tutur Dr Stefano Marianidari University of Salford.


Stefano Mariani dan rakan-rakannya dari University College Dublin dan Universityof East Anglia menyemak kawanan ikan air di dua kawasan di Mediterranean,suatu daerah di Sepanyol yang dilindungi dari penangkapan ikan dan perairan Itali yang mengalami penangkapan ikan secara berlebihan.

Jacky Chan Maut Dalam Kemalangan Jalanraya




Gambar Hiasan

Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. ~bernama

Addin :

Mesti ko orang seme ingat superstar Jacky Chan..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...