3.3.12

Subhanallah.....Salji Turun Di Masjid Al-Aqsa


TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam. 

BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta
wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama
dalam tempoh empat tahun.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan
kawasan Hebron Tebing Barat.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang
paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan
bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon
di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun
di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...