8.8.11

LAGI GROUP YANG MENYESATKAN - INSAN BERFIKIR PUN TELAH DI HACK

 Pernahkah anda terjumpa GROUP ini? Jika ya...sila berhati2....
INSAN BERFIKIR YG TELAH DI HACK http://www.facebook.com/groups/152266791510311/
"Mereka wujudkn group tersebut x lbh dr hanya nk mendatangkn keraguan kpd umat islam,terutamanya yang kurang ilmu agama.Matlamat group mereka kononnya ingin bergerak atas landasan ingin berfikir.Namun mereka telah mengajak umat islam disana untuk berfikir melampaui apa yg sepatutnya sebagai seorang Islam berfikir.Mereka melampau batas apabila berfikir.Setelah diselidiki,didapati admin nya sentiasa add "kawan2 baru yg beragama islam" spya menyertai groupnya..Persoalannya apakah matlamatnya mereka add majoriti orang islam shja??sdngkn dlm tu admin sungguh2 menafikan syariat islam.Matlamatnya x lebih dari hanya untuk memurtadkan umat islam.Kawan2 yg mencintai islam,sy yakin musuh2 islam yg sdng cuba meracuni umat islam ini x akan dngr hujjah2 anda disana..Mereka x lbh dr hnya nk timbulkan keraguan kpd umat islam.Lbh baik anda leave kn group tersebut.Kte hanya boleh berhujjah dngn orng yg nk kn kebenaran shja.Tp klu orng yg berniat nk hancurkn islam,bwt apa lg kita nk berhujjah dngnnya.Sungguh,yg mewujudknnya adalah kalangn yg tidak percaya syariat2 islam,x percaya dngn ketetapan Allah,malah disana ada yg x percaya pd Allah dan menyebarkan apa yg akal mereka rasa.

PERINGATAN-JIKA ADA LAGI GROUP2 SEUMPAMA INI SLPS INI,DINASIHATKAN , X PERLU LAH ANDA JOIN GROUP SEBEGINI LAGI

TAMBAHAN-Namun,sekiranya anda rasakan anda mempunyai pengetahuan yg mantap,x lemah iman,x mudah terpengaruh dngn mereka,digalakkan untuk kesana.Tujuan nya bg membela Islam,dan menyelamatkan akidah remaja2 islam yg kurang pengetahuan agama yg menjadi target mereka.

PERANAN ANDA JIKA INGIN BERHUJAH DISANA-Pastikan anda berperanan untuk memberi kefahaman kpd umat islam disana yg br join akan siapa ADMINnya,apa peranannya,apakah prinsip2 hidupnya dlm beragama,dan bahayanya jika berfikir sebagaiama mereka berfikir.Sila jelaskn juga kpd ahli2 barunya,disana terdapat kelompok bukan islam yg menentang islam,kelompok yg tidak percaya kpd kewujudan Allah,dan kelompok Islam Liberal.

SILA SEBARKAN GROUP INI,SUPAYA UMAT ISLAM TERUTAMANYA REMAJA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN HUJAH2 MEREKA DISANA."

4.8.11

Golden Churn ada DNA babi


JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal




KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH

Kesan DNA babi

TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya. -HM

26.7.11

Kalau nak kawin....pilih betul2 supaya tak menyesal!

Tips Memilih Pasangan Hidup

Manusia  tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.
Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?
Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria  atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.” – Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.


Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.


Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya. 


Begitu juga bagi lelaki.Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.


Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.

Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Sehubungan ini Nabi SAW ada bersabda: “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” – Riwayat Tirmizi


kalau memilih pemain bola sepak sebagai pasangan hidup kenalah terima selagi dia masih mampu berlari maka selagi itulah dia akan mengerah kudratnya mengejar bola.....tak kiralah siang atau malam hatta bermagrib di padang.

19.7.11

(Foto & Video) - Penyokong Liverpool boo penyokong MU di Stadium Bkt Jalil

 Tuan tanah dan anak yang pergi menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Liverpool baru2 ni bercerita....cerita je laaaa.....sebab meka pegiiii.....aku ni tak pegi...kan.....kan.....dan ceritanya itu ialah tentang INI.....saksikan!

Seorang penonton yang memakai  jersi no 10  pemain Manchester United tertera nama Rooney terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong kelab Liverpool sendirian semasa dalam sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Ahli-ahli kelab Liverpool menjerit-jerit mendesaknya supaya membuka baju yang dipakainya. Pada mulanya dia enggan.


Penyokong-penyokong kelab Liverpool mula bersorak dan menjerit meminta pemuda berjersi pasukan MU itu supaya membukanya. 

Seorang ahli kelab penyokong pasukan Liverpool cuba memujuknya membuka jersi yang dipakainya.
Selepas mendengar jeritan 'buka, buka, buka' daripada ribuan penyokong Liverpool akhirnya dia terpaksa akur dengan desakan itu.
Seorang wanita cuba memakaikannya dengan jersi pasukan Liverpool tetapi pemuda itu enggan.
Pemuda tersebut kelesuan, moody, rela tidak berbaju.  Kemudian dia beredar dari tempat duduknya ditemani rakan. Kesudahannya... lihat video dibawah... 
 
 
kesian kat adik niiii......nak salahkan siapa ekkk.....???
 

Air Kuning untuk PM ku di London

Lama tak update blog.....lepas 907 tu fb sangat meriah dengan gambar2 dan video2 rakaman semasa BERSIH di ibu kota....sampai nak update entri pun tak sempat....(heeee alasannnnnn).
Taaaaapiiiiiiii......cerita yang satu ni.....hangat dan luar biasa...makanya walaupun dah terlambat beberapa hari aku tetap akan masukkan juga...untuk kenang-kenangan hari tua....alahaiiii....cerita apa lagi kalau bukan cerita KUNING.....KUNING....KUNING....eheheeee

 Laporan Selatan Online
Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..



Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).

Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia).

Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning..

Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah..

Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh
TV3 atau Utusan sila lihat di (SINI)

Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..


Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.

Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."

13.7.11

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan


Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran


PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.
Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.
“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.
“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.
Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya. mstar

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...