9.5.11

Anak Kartika Sari Ditemui Lemas Di Sungai Perak


Sungai Siput: Mayat anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengah hari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai," katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada 12 tengah hari Jumaat lalu ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.

Katanya, gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya. - BERNAMA



Anak Kartika hilang ketika tonton TV

PASUKAN bomba dan penyelamat menyusuri Sungai Perak menjejaki Muhammad Azfar, semalam.


SUNGAI SIPUT: Sambutan Hari Ibu semalam disambut dengan air mata kegembiraan oleh kebanyakan ibu, namun Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, menyambutnya dengan tangisan keresahan selepas anak sulungnya berusia sembilan tahun yang hilang sejak tengah hari kelmarin.

Malah, Kartika Sari Dewi yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mahu disebat selepas terlanjur meminum arak, tidak menyangka mimpi aneh dialaminya sejak dua minggu lalu petanda sesuatu menimpa Muhammad Azfar Muhammad Affandi.

“Sejak dua minggu lalu, saya sering bermimpi ular... ular berwarna putih dan bercahaya. Malah, ular itu turut membelit anak saya sebelum menariknya ke dalam lubang,” katanya ketika ditemui di inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika menonton televisyen di inap desa itu.

Kartika Sari Dewi berkata, beliau berada di inap desa itu sejak sebulan lalu bagi menguruskan usaha membangunkan kawasan berkenaan.

Beliau bagaimanapun yakin anaknya dapat ditemui dengan selamat sekiranya ditakdirkan dia hilang di kawasan hutan berhampiran.
“Saya percaya dia tidak terjatuh dalam sungai kerana sepanjang berada di inap desa ini sejak kecil, dia tidak berani untuk pergi ke sungai itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata operasi mencari dan menyelamat disambung pagi semalam selepas usaha mencari kanak-kanak itu sejak petang kelmarin tidak berhasil.

Beliau berkata, operasi yang disertai 113 orang termasuk penduduk kampung dihentikan kira-kira jam 3 pagi semalam di mana skop pencarian diperluas di kawasan hutan kecil dan belukar tebal di sekitar inap desa berkenaan. -BH

Sumpah orang jahil apa kesannya

http://mandacutie.files.wordpress.com/2009/06/etika-suami-isteri.jpg?w=535Jika kita pernah pergi ke Makkah, kita akan berhadapan dengan sikap orang Arab yang berniaga. Setiap ayat yang hendak diucapkan pasti dimulakan dengan sumpah. “Wallahi ya akhi” sudah biasa dibibir mereka. Sudah jadi kelaziman dalam perbualan mereka. Dan pada peniaga ini sumpah cari makan namanya. Kalau tidak, pembeli tidak yakin dengan barang jualannya.

Pasangan yang sedang bercinta, kerap juga bersumpah. Ada yang sumpah hendak hidup semati, juga sumpah tidak ada kekasih lain dan sumpah untuk buat itu dan ini demi cinta, kononnya. Inilah sumpah orang yang bercinta. Sumpah ini kadang-kadang sumpah palsu bagi tujuan mengambil hati kekasihnya. Mereka ini tidak tahu kesan kalau melakukan sumpah palsu.

Ada juga pasangan yang bergaduh membuat sumpah. Sumpah untuk tidak berjumpa lagi, sumpah untuk tidak berkahwin dan sebagainya. Inilah sumpah orang yang bergaduh, sumpah waktu marah. Sumpah ini kadang-kadang gagal ditepati. Apabila hati reda mereka berbaik semula.

Seseorang yang hendak dibicarakan di mahkamah, mereka diminta bersumpah untuk bercakap benar. Maka sebelum bicara dimulakan dengan sumpah yang dipimpin oleh petugas mahkamah. Sumpah itu dilakukan di hadapan hakim. Sumpah di mahkamah ini boleh memberi kesan jika mereka memberi maklumat palsu.
Walaupun bentuk-bentuk sumpah di atas tidak termasuk dalam perintah syarii tetapi sumpah yang diungkapkan jika dilanggar, dia telah berdosa. Walaupun sumpah ini hanya sumpah sesama manusia yang mereka sendiri kena adili tetapi Allah tetap melihat dan mendengar. Maka jika mereka engkar, mereka akan tanggung risiko sendiri. Maka bagi mengelak risiko pelanggaran, batalkan sumpah itu dan bayar kifarat.
Tetapi realitinya, umat Islam tidak faham lalu berkali-kali bersumpah dan berkali-kali pula melanggarnya. Bayangkan kalau setiap kali melanggar sumpah perlu membayar kifarat, berapa banyak yang mereka perlu tanggung dosa.

Sumpah syarii
Seterusnya sumpah yang dilakukan di hadapan Allah. Biasanya seseorang itu bersumpah itu dan ini jika mereka berjaya mendapat impiannya. Sumpah ini juga dipanggil nazar. Sumpah ini wajib mereka laksanakan. Jika mereka gagal melaksanakan sumpah itu, mereka wajib membayar denda iaitu kifarat nazar.
Wajib membayar kifarat sumpah dengan takhyir dan tartib, ertinya memilih dengan mengikut urutan seperti berikut:
1. Memerdekakan hamba atau budak; jika tidak, maka
2. Memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin; jika tidak
3. Puasa tiga hari.

Ada satu lagi sumpah iaitu “ila’” namanya. Ini sumpah suami untuk tidak mahu mensetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu. Selepas habis tempoh ila’ itu dia perlu ceraikan isterinya, kalau tidak hakim boleh menceraikan isterinya bagi pihaknya. Tetapi kalau dia batalkan sebelumnya dengan mensetubuhi isterinya maka dia perlu membayar kifarat.
Akhir sekali sumpah laknat yang dalam fiqhnya disebut “li’an”. Sumpah ini hanya untuk pasangan suami isteri. Iaitu apabila suami yang menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suami berzina, maka mereka telah melakukan satu kesalahan kecuali kalau mereka berjaya membawa empat orang saksi. Jika tidak ada saksi, pihak yang menuduh wajib bersumpah li’an bahawa isterinya berzina atau suami berzina.
Jika tuduhan itu tersasar, sedangkan dia sudah bersumpah maka layaklah dia menerima hukuman Allah seperti yang disumpahkan. Tapi ingat sumpah ini hanya untuk suami isteri sahaja. Bapa mentua, ipar tidak boleh bersumpah dalam kes ini apatah lagi orang luar.
Ketiga-tiga jenis sumbah yang terakhir ini adalah termasuk dalam sumpah syarii. Jika mereka tersalah maka hukuman hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, orang yang beriman harus berhati-hati dengan sumpah ini, tidak harus dimain-mainkan kerana kifaratnya amat berat.

Cara sumpah li’an
Sumpah li’an ini dikenakan kepada pihak yang membuat tuduhan zina dalam kalangan suami isteri tetapi mereka gagal membawa empat orang saksi. Maka suami hendaklah bersumpah naknat sebanyak empat kali. Selepas selesai sumpah suami, isteri bolehlah bersumpah balas menafikannya sebanyak empat kali juga. Tetapi kalau suami sahaja yang bersumpah, isteri wajib dikenakan hukuman hudud.
Ungkapan sumpah itu pelbagai iaitu: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa saya dalam kalangan orang yang benar pada apa yang saya tuduhkan ka atas isteri saya (sebut nama) dengan berzina.”
Atau: “Bahawa anak ini atau itu anak zina bukan anak saya.”
Dan pada akhir kedua-dua sumpah itu hendaklah disambungkan dengan ungkapan ini: “Maka ke atas saya laknat Allah jika saya dalam kalangan orang yang berdusta.”
Isteri pula selepas itu harus bersumpah menafikannya: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa (sebut nama suami) dalam kalangan orang yang berdusta yang menuduh saya sebagai orang yang berzina.” Kemudian akhirinya dengan, “ke atas saya kemurkaan Allah jika adalah dia dalam kalangan orang yang benar.”
Jika selesai upacara sumpah itu, terlepaslah mereka berdua daripada hukum hudup iaitu qazab terhadap suami dan rejam terhadap isteri. Walau bagaimanapun hubungan suami isteri selepas itu tercerai secara automatik. Juga ternafi anak itu nasabnya walaupun sememangnya anak itu anaknya. Seterusnya diharamkan mereka berkahwin semula.
Tetapi pada hari ini, jarang kita dengan suami isteri yang melakukan li’an mungkin kerana tidak tahu atau tidak mahu. Walau bagaimanapun kita sering mendengar suami atau isteri yang membuat tuduhan terhadap pasangan masing-masing. Mereka ini secara tidak langsung telah melakukan qazab. Bayang berapa banyak dosa yang mereka lakukan dalam hal ini setiap hari.
Oleh Ust Ahmad Baei Jaafar

Rumah Setiausaha Agung Umno Terbakar

KUALA LUMPUR: Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.
"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.
"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.
Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.

8.5.11

Ehhh....hantu kak limah tu benar2 wujud ke???

Trauma legasi Kak Limah




Sering mengimbas kembali kenangan bersama arwah ibunya di kala waktu lapangnya.



HATI Ismail Saaid terguris setiap kali mendengar jenaka mempersendakan nama ibunya, Halimah Walit. Ibunya seorang bidan disegani di Kampung Sayong Lembah, Perak. Ini satu penempatan yang terletak di tebing kanan Sungai Perak berhadapan Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Arwah ibu yang mesra disapa Kak Limah kalangan orang kampung itu memang wanita cukup sempurna di mata Ismail. Seorang ibu yang cekal membesarkan 11 orang anak menerusi tiga perkahwinan. Bersikap lemah lembut, berbudi bahasa dan tak pernah mengeluarkan kata kesat sepanjang membesarkan cahaya mata.

Sebagai anak kedua menerusi perkahwinan ketiga Halimah bersama bapa, Saaid Anjang Khatib, Ismail dilihat cukup rapat dengan ibunya sejak kecil. Ikatan tersebut masih sebati biarpun Halimah menutup mata tanpa dirinya di sisi.
Allahyarham Halimah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas mengurut tiga pesakit di Kampung Sayong Lembah secara berturut-turut.

Ismail yang bertugas sebagai anggota tentera di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur ketika itu hanya sempat menjenguk jenazah sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam Sayong Lembah. Kejadian bersejarah pada tahun 1968 tahun itu masih dikenang sampai ke hari ini.

Pemergian Halimah menghadap Ilahi kala usia 82 tahun itu cukup terkesan di hati Ismail. Sejak itu, Ismail kerap memanjatkan doa agar ibunya tenteram bersama orang-orang beriman.
Bagaimanapun, jiwa bekas tentera British dari tahun 1949 hingga 1952 kini kemudiannya berkocak geram. Semuanya berlaku selepas salah seorang cucunya memasang cakera padat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, minggu lalu. Filem arahan Mamat Khalid itu dianggap telah mempersendakan ibunya.
‘‘Saya tak boleh nak terima bila Kak Limah dijadikan bahan ejekan. Kak Limah sebenar tak macam itu. Dia manusia dihormati di Kampung Sayong Lembah. Bukan jadi hantu dalam filem itu,’’ katanya yang punya ingatan kuat dan jelas pertuturan walaupun menghidap strok sejak tiga tahun lalu.

Penggunaan ayat seperti ‘kita bako aja’ dan ‘ghonjang’ (rodok) menaikkan marah Ismail serta isterinya, Rojamah Abu Bakar, 70. Bagi mereka, perkataan itu mengandungi maksud tersirat yang jelas difahami terutama di kalangan penduduk kampung berkenaan.
‘‘Saya tahu filem itu dibuat tanpa merujuk mana-mana individu sama ada hidup atau mati. Tapi kenapa mempermainkan nama Kak Limah di Kampung Sayong Lembah itu? Sebab hanya ada seorang saja Kak Limah di situ. Orang gila yang disangka hantu dalam filem itu memang ibu saya.
‘‘Kenapa guna nama orang yang ada legenda sendiri di Kampung Sayong Lembah? Sedangkan ada banyak lagi nama yang boleh diguna pakai,’’ hujahnya.

Ditanya adakah Ismail punya bukti kukuh mengaitkan ibunya dengan watak yang terdapat dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, lelaki ini punyai alasan kukuh.
Ia mengaitkan nama kampung, tanah perkuburan dan loghat yang sama. Semua paparan tersebut jelas sebagai bukti. Sekali gus membuatkan Ismail terasa dekat dengan filem berkenaan.
Malah Ismail juga punya surat beranak yang tertera nama ibunya. Juga gambar peringatan yang diambil bersama dengan ibu dan keluarga di Bagan Datoh, Perak pada 1 Disember 1959.

Delimawati memang tak patut

Termometer kemarahan Ismail bertambah apabila cucu saudaranya sendiri, pelakon Delimawati melakonkan watak sebagai Kak Limah.
Pada hematnya, Delimawati perlu menegakkan kebenaran salasilah keturunan mereka. Dia perlu meminta penerbit filem menukar nama karakter utama Kak Limah sebagai hantu kepada nama lain.
‘‘Saya cukup kesal dengan dia (Delimawati). Bawa watak hantu guna nama moyang sendiri. Sebab dia adalah cicit Halimah Wahit dari suami pertama, Ibrahim. Ke mana deria rasa malu dia melakonkan watak buruk moyang sendiri?’’ berang Ismail.

Delimawati juga pernah merasai kasih sayang daripada Halimah. Merasa susah payah semasa semua adik beradik berkongsi makanan harian.
Sebagai datuk saudara, Ismail memang mengharapkan salam kemaafan daripada Delimawati berhubung perkara tersebut. Namun, tiada reaksi dari pihak Delimawati sampai ke hari ini.
‘‘Saya ada minta anak sulung, Noriah menghubunginya. Belum sempat saya bercakap dengan dia (Delimawati), dia terus tutup panggilan. Saya tahu dia ada hantar SMS pada Noriah tapi tak tahu apa kandungan SMS itu,’’ bongkar Ismail.
Teruskan saman malu

Pada Noriah, Ismail menyampaikan hajatnya mahu melantik peguam untuk bertindak tegas isu berkenaan. Dia mahu menyaman malu pembikin filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
‘‘Saya buat begini sebab sudah tak tahan mendengar sendaan orang terhadap ibu. Saya tak boleh tidur lena selepas menonton filem itu. Setiap malam asyik berfikir. Sebab itu, saya cukup yakin dengan keputusan untuk menyaman.
‘‘Tak apalah, saya keluarkan sedikit duit bayar kos guaman. Asalkan pihak-pihak tertentu itu dapat pengajaran. Patutnya perlu ada siasatan sebelum fikir membuat filem,’’ katanya penuh optimis.
Ditanya bilakah Ismail akan melantik peguam untuk tujuan, katanya ia tergantung kepada Noriah untuk mempercepatkan proses berkenaan. Mencari peguam yang boleh membawa kes berkenaan ke peringkat pengadilan.

sumber klik


7.5.11

Mat Arep....hang ni laaaaa

Entah kenapa aku asik memikirkan pasal budak sorang ni....
muka encem dah....body pun tinggi lampai ala2 model
sekali pandang macam alif aziz
rokok no - gila ka bakaq duit
sekolah abis la sampai takat SPM
aktiviti lepak ngan kawan2 dan merempit
pernah terpampang gambaq kat suratkhabar tahun bila entah tengah buat aksi willi (camni ka eja?)
cikgu siap tampal kat notice board sekolah
popular sungguh hang no waktu tu
satu kubang pasu kenai hang
polis apa lagi duk ligan la satu kampung

pernah la dok merasa tido lokap
haihhhh....mat arep...mat arep hang ni memang buat mak hang pitam
suruh kerja nak tunggu yg gaji RM 3000 ja
yang ni kakak hang la crita
suruh apply jadi model....speaking english lak kantoi
kikikiki...
apa la nak jadi ngan hang ni
kakak hang nak kawin hang pun sibuk la nak kawin
siap beli cincin suruh mak hang minang budak bawah umuq tu.....
adoiiiii laaaa....tak tau nak kata apa la hang ni....
terbaru dengar crite hang dah putus tunang
pasai budak bawah umuq tu baran....
tu la yg pi cari bini tak cukup akal lagi wat pa mat arep
tapi dah hang tu jambu sangat
tu yang marka hang tak mau balik-balik tu

kawan2 yang tak lulus SPM dah dapat kerja baguih dah la ni....
depa siap offer kat hang ajak kerja kat KL
hang tolak
memang tolak tuah la hang ni mat arep
apa la best sangat kat kampung tu
sana bukan ada kerja pun
bapak hang suruh turun sawah hang tak mau
hang kalo datang KL macam melancong ja
tapi sempat gak la kan kena tahan kat Dataran Merdeka
apa lagi
remmmmm pittttt la

pak hang dah berabis riburiban  bayaq yuran kursus kolej seminggu ja hang dah cabut
apa la nak jadi hang niiiii
bila mak bapak hang beleteq hang keluar rumah
esok hang balik nangis2 minta ampun minta maaf cium2 mak hang
hahahaha....mat arep mat areppppp
drama ayaq mata tu yg wat hati mak hang cairrrr
lawak pun ada hang ni
apa kata  hang cuba nasib jadi pelakon lagak ngeri
hang kan berani mati
setakat merempit kat negeri hang ngan kat KL ni dah macam makan kuaci je tu....

semoga hang berubah menjadi insan yang berguna suatu hari nanti
esok bila mak hang dan pak hang dah tua hang jagalah depa elok2
itupun bakti gak tu pada orang tua
tak dapat tabur wang ringgit
hang huluq la kudrat apa yang patut bila meka dah tua nanti
ingat tu mat areppp
nakal macammana pun hang la ni
mak hang tetap sayang hang
tak pa la mat arep
biarlah satu dunia ni tau siapa hang
depa nak kata hang jahat ka apa ka
suka hati depa la....
sekurang-kurangnya hang jujur
hang tak berpura-pura
tu lebih baik dari yang berlagak baik
berlagak alim
tapi kat belakang lagi terokkkk
betoi tak
suatu hari nanti hang akan sedar juga
tak semua orang melalui apa yang hang lalui
pengalaman akan mematangkan
harap2 hang matang la cepat sikit
*
*
*
*
*
rasa cam nak tampal ja muka hang  tu kat sini....tapi nnt takot hang popular ngalahkan Shahizie Sam la pulak....takut pulak farid kamil tak leh cari makan....



sekadar hiasan....gambar sebenar kena tunggu kelulusan pihak yg empunya diri  la...

yang ni ok kot.....cam tu la rupa mat arep lebih kurang
cuma rambut hang kaler kuning tu taufiq kata macam kartun naruto  lah

Kisah Nabi Yunus a.s.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran kepada para pendakwah bahawa tugas menyeru manusia kepada akidah tauhid dan kebenaran  Islam perlu kepada kesabaran , istiqamah dan ketenangan. Seorang pendakwah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan dakwah sedangkan hasilnya adalah urusan Allah SWT.

Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda  keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.

Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s.  mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahwa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.

Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam.

Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.

Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.

Nabi Yunus a.s.  mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan: "Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri   berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih.

Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.

Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Sahabat yang dimuliakan,
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu adalah satu kelemahan yang perlu hukuman sebagai pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.

Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi Luth a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT ingin membinasakannya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan baginda tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah  Yunus ayat 98)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus a.s. ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana terima atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Tugas kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s. “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Dr Fb Ustaz Abu Basyer

Facebook rangsang seks remaja


Kegilaan terhadap Facebook yang mula digunakan 4 Februari 2004 bukan saja menular di kalangan kaki internet, malah menguasai sesiapa saja termasuk mereka yang selama ini tidak pernah mempunyai akaun dalam laman sosiald dan turut turut digunakan mereka yang tidak begitu mahir dengan teknologi maklumat (IT). Pendek kata, sesiapa boleh mempunyai akaun Facebook, malah agak janggal jika ada rakan kita tidak membuka akaun Facebook. 

Lebih mengejutkan apabila statistik menunjukkan 2.7 juta penggunanya berumur di bawah 13 tahun iaitu peringkat pendidikan rendah. Pendek kata, lebih 20 peratus pengguna Facebook ialah kanak-kanak! 

Pakar Perunding Keluarga dan Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata di sebalik peranan Facebook meluaskan rangkaian hubungan sosial dan prospek perniagaan, ia sebenarnya lebih banyak mengubah karakter dan cara hidup masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kerana kelompok ini lebih mudah terdedah kepada gejala tidak sihat. 

“Facebook atau apa saja laman sosial adalah cara paling berkesan berinteraksi kerana mempunyai tarikan tersendiri seperti status diri yang sentiasa dikemas kini dan koleksi gambar lebih interaktif. Secara positifnya, hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi lebih dekat dan tiada halangan. 

“Tidak perlu buang masa melepak dengan rakan kerana ia boleh berlaku secara maya. Secara positifnya, ia mungkin menyelamatkan seseorang daripada ancaman sosial kerana sentiasa di rumah. Namun itu hanya secara fizikal tetapi perhubungan yang kerap ini juga menimbulkan keakraban yang berisiko,” katanya. 

Beliau berkata, ancaman besar yang dimaksudkan ialah keakraban itu akhirnya menyebabkan remaja atau kanak-kanak berkongsi sesuatu yang boleh merangsang minda negatif seperti hubungan seks. 

“Gaya bahasa terbuka dan tidak ada tapisan dan perkongsian gambar seksi menarik perhatian ramai mengenali mereka. Sekarang di Facebook, orang tidak kisah menelanjangkan maruah dengan berkongsi gambar seksi semata-mata untuk meraih perhatian. 

“Senario itu menambahkan populariti mereka dan tentu sesuatu yang tidak sihat. Gejala sebegini menjadi trend kanak-kanak dan remaja. Paling membimbangkan, jaringan tanpa had ini menjadi ruang orang menabur fitnah mengenai politik dan apa saja yang dikongsi seluruh dunia. 

“Bagi saya, penggunaan Facebook untuk semua tujuan ini lebih berbahaya dan lebih mudah mengubah karakter kanak-kanak. Ia lebih berbahaya daripada atom dan lebih tajam daripada pedang. Melihat statistik ini, dikhuatiri kanak-kanak semakin berubah karakter termasuk program hidup mereka kerana lebih banyak membuang masa di Facebook,” katanya. 

Beliau sebenarnya merujuk sifat kanak-kanak yang berada pada tahap pembentukan karakter kerana ketika usia sebegitu, mereka sangat rapuh dan mudah terjebak dengan gejala tidak sihat. Dengan penggunaan Facebook, pembentukan karakter negatif mereka menjadi lebih mudah. 

Apa yang dilihat dan dilayari saban hari melekat dalam minda, malah trend semasa pengguna Facebook tidak segan silu berkongsi gambar seksi semakin mudah diakses pengguna muda. 

“Percaya atau tidak ada yang gelisah jika tidak dapat membuka Facebook dalam sehari. Ia kini bukan setakat sumber maklumat dan hiburan tetapi juga ejen pembentukan karakter. Mangsanya ialah kanak-kanak. Jika bangga menelanjangkan diri (bergambar seksi), mereka juga tidak kisah menjual diri. 

“Di Facebook tiada lagi rahsia. Inilah yang dinamakan hidup yang telanjang. Saya juga selalu berdepan kes suami isteri bercerai kerana Facebook. 
Maksudnya, isteri dapat hidu kecurangan suami dalam laman sosial atau cemburu melihat koleksi rakan Facebook suami yang seksi. 

. 

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...