5.8.13

SUBHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .


PEMERGIAN YANG INDAH.

Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .

Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni" dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tangan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .


Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH

http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/07/tuan-guru-haji-abdul-hamid-pondok.ht


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...