17.1.11

BERSABAR BILA DITIMPA DENGAN SESUATU UJIAN

Janganlah meratap terhadap qada dan qadar Allah Taala.

Firman Allah yang bermaksud:-

"Mohonlah kamu semua akan pertolongan Allah Taala dengan bersabar dan menunaikan sembahyang. Dan sesungguhnya, ia adalah berat dan sukar melainkan bagi orang-orang yang memberikan tumpuan"
(Surah Al baqarah : 45)

"Wahai hambaku dikalangan orang-orang yang sabar! Aku tidak menguji dan menghina kamu melainkan untuk Aku muliakan kamu di sisiku. aku ingin menurunkan ke atas kamu ujian dosa-dosa dan kesalahan kamu. Dan aku akan meningkatkan kedudukan kamu di tempat tinggi sekadar tidak dapat dicapai oleh amal kamu. kamu telah bersabar keranaKu. Sesungguhnya Aku malu dengan kamu. Oleh itu Aku tidak akan meletakkan kamu di dalam perhimpunan. Memadailah bagi kamu iaitu orang-orang yang sabar balasan tanpa perlu dihitung. Dan, Aku tidak akan memeriksa kamu"

Allah Taala berfirman kepada orang-orang miskin:

"Wahai hambaKu! Aku tidak mengujimu dengan fakir untuk menghinamu di sisiKu. Dan, tidak juga dengan ke agungan dunia. Akan tetapi, Aku telah tentukan bahawa, sesiapa yang memiliki dunia walau sedikit, Aku akan memeriksanya dan bertanya dari mana mereka usahakan. dan, dari mana mereka belanjakan. Oleh itu, Aku suka sekiranya kamu fakir agar dapat meringankan kiraanmu, Agar dapat kamu selesaikan bahagian kamu dengan segera. Semua minuman yang telah kamu minum, semua makanan yang telah kamu makan dan semua pakaian yang telah kamu pakai akan hancur dan akan memberi akan memberi syafaat kepada kamu."

Allah Taala berfirman kepada wanita yang bersabar ketika kehilangan anaknya:

"Wahai hambaKu! Keredaanmu dengan ketentuanKu akan kematian anakmu di Loh Mahfuz begini atas begini sesuatu yang menyedihkan hatimu dan menyebalkan dadamu, maka gembiralah kamu akan keredhaanKu. Aku himpunkan kamu dengan anakmu di dalam syurga-syurga tanpa merasai lagi akan kematian. Tempat yang kekal dan tiada lagi penderitaan"

Rasulullah saw bersabda:

Apabila mati seorang anak, malaikat akan naik bersama rohnya. Allah Taala berfirman kepada malaikat, "Wahai malaikatKu, bagaimana keadaan semasa kamu tinggalkan hambaKu sewaktu kamu mengambil anak mereka? Malaikat berkata, "Wahai Tuhan kami! Semasa kami tinggalkan mereka, kami dapati mereka sabar dengan ketentuanMu. Mereka reda dan syukur dengan nikmatMu."

maka Allah Taala berfirman:

"Wahai malaikatKu! Binalah untuk mereka sebuah rumah dari emas di bawah ArysKu. Namakan rumah itu "Rumah Sabar Atas Anaknya".

*** dipetik dari buku - Balasan Dosa-dosa Besar ~bagi orang yang meratap ***






















Publish Post
;

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...