Aiyang Dah Ada Blog...YeA yEaaaHHH

By
Advertisement



Eh...dah ada blog rupanya aku...alhamdulillah...dah lama nak ada blog sendiri ni  tapiiiiii.....tapi apa ye....mungkinlah sebab ada fb maka niat nak menulis di blog tu terbantut. Mula-mula dulu malas betul nak buat akaun fb...tengok jiran tu asyik layan fb rasa macam ntah apa-apa je....add orang tak dikenali menjadi rakan, berchating...wallaaaaa.....busannyeeee....layan novel lagi best...baru ada feel!!!

Tapi tu lah...ni semua sebab jiran aku tu la...ehhhh dia tak tau niiii...kalau dia tau mesti dia gelak...jiran aku ni memang la kuat berchating.....selalu sgt dia bercerita pasal rakan2 yang dikenalinya di alam maya ni....suatu hari dia tunjuk cara2 dia berchating...pastu yang tak tahan dia siap perli lagiii..."kau ni sekolah tinggi pun tak tau benda ni......"

Grrrrrr....akak niiiii.....saje je dia nak panaskan aku....aku pun apalagi balik rumah terus buat akaun fb...org pertama jd rakan tentulah dia...hahahaha....pastu termangu2 sapa lagi nak add...emmm...carilah kwn2 sekolah dulu...sebenarnya aku ni tak ramai kawan, best friend pun tak ada...ntah laaaa....memang aku ni suka bersendiri...aku layan kwn2 ni sama je...

Akhirnya dari malu2 kucing nak berfb aku jumpa beberapa orng yg satu kepala ...geng mak2 berfb...topik pasal apa nak masak, pasal anak , pasal citer tv dan ntah apa2 lah asalkan hepi tak kering gusi....sampai anak2 pun naik menyampah (kot) tengok ibu dia asik ketawa2 je sensorang kat depan laptop...kihkihkih

Tapi bila dah lama berfb terasa busan la pulak...nak update status pun dah malas, nak komen2 pun malas...tapi aku still suka membaca status kwn2, membaca note yg ditag ke wall..tengok gambar2 yang cantik...dan ada lagiiii...baca perang politik antara blogger...hehehe....jgn terkezut bila tengok sapa yang aku add jd rakan....aku suka sgt...mungkin sebab dah tua2 ni...aku rasa aku perlu ambil tahu benda2 tuuu....psssttt tapi ada orang tak suka....emmm biarlah...

Haaaa...ada lagiiii...yg ramai jd rakan tu kebanyakannya adalah novelis juga...jeng3....saja la add...dah kita beli novel mereka....(ada gak yg tak pernah beli) tapi suka gak la berkawan dengan penulis ni mana tau dapat ilmu sikit...dan mana la tau berjangkit bakat dah ilham...hehehe....

Blog AIYANG DISAYANG ni tak la sempurna mana sangat....tak tau nak tulis apa....maka aku masukkanlah apa2 yang aku baca dan aku suka....tujuannya aku nak berkongsilah apa yang aku baca...isshhh mesti ada yg risau ni kalau aku ciplak kan...alaaa haiii takkkan la aku nak ciplak karya novel...takkanlah...cuma kalau setakat riwayat hadis tu tak salah agaknya....ahhh tengok je la nnt apa yg aku nak isi kat blog aku ni...

Wassalam dr ku,

Aiyang disayang





0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.