20.8.13

Kejam, Bapa hirup darah dari leher anak yang disembelih!!!

 Polis mengesahkan seorang bapa berusia 35 tahun yang mengelar leher anak kandungnya berusia 7 tahun sebelum menghirup darah yang memancut dari leher kanak-kanak itu dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan berkenaan.


Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin. 
Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher. 
Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu. 
Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
Dalam kejadian jam 9.20 malam pada 15 Ogos lalu, Haikal Salimar, tujuh, maut disembelih suspek , Salimar Hamad, yang dipercayai taksub terhadap amalan ilmu hitam.

Lebih mengerikan suspek turut bertindak di luar batasan apabila menghirup darah anaknya sebelum diberkas penduduk kampung yang menyedari kejadian itu.
Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nina, 20-an, berkata, dia tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini yang mungkin menggembirakan berakhir dengan tragedi ngeri.

“Saya terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaan terakhir anak yang mahu memakan bubur. Malah, arwah sempat menegur saya kerana terlalu sibuk bekerja walaupun pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya. Menurut Nina, pada pagi kejadian, Haikal turut berkelakuan pelik apabila mahu mengikut ke tempat kerja.

“Dia (Haikal) tidak pernah meminta untuk ke tempat kerja dan inilah permintaan pertamanya.

“Saya tidak mengizinkannya kerana sudah terlewat,” katanya.

Menurutnya, ketika pulang dari tempat kerja, dia menyedari arwah dan suami tiada di rumah sebelum dimaklumkan mereka berada di rumah bapa di Lahad Datu.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...