Kejam! Kanak-kanak Didera Sehingga Berlubang Tengkorak

By
Advertisement


Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Zhongbao dari Henan, China memberitahu pihak berkuasa bahawa dia kerapkali dipukul oleh ibu tirinya dengan menggunakan sudip kuali.

Ayah Zhongbao telah bercerai dengan ibu kandungnya ketika Zhongbao berusia 2 tahun dan kemudian bertemu dengan ibu tirinya di dalam laman sesawang. Dari kecil Zhongbao tinggal bersama dengan datuknya namun ketika dia berusia 4 tahun, Zhangbao berpindah untuk tinggal denganh ayah dan ibu tirinya.

Selepas 40 hari tinggal bersama-sama,Zhongbao mula didera dengan teruk sehingga koma dan dia hampir kehilangan nyawanya.  Selepas kejadian itu, Ayah dan Ibu tirinya tidak membenarkan sebarang rawatan ataupun siasatan dilakukan keatas Zhongbao. Namun begitu Datuknya berkeras mahukan Zhangbao menjalani pembedahan di Zhengzhou University Number One Auxiliary Hospital.

Berdasarkan keterangan daripada Ibu-bapa Zhongbao, Anak mereka tergelincir dan terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak dengan teruk.
Walaubagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan dijalankan, para doktor mengesyaki yang seseorang telah memukul kepala Zhongbao.


Kesan daripada keretakan pada tengkoraknya, dia akan menghadapi masalah seperti berjalan dan mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan pada masa akan datang.













✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.