Apa dah jadi dengan Pierre Andre???

By
Advertisement






Pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.

Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paing bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :

 "Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Boleh lihat DI SINI  bagaimana hangatnya respon yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang ternyata teruja dan bersyukur dengan perubahan diri beliau....Alhamdulillah.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

3 comments:

zieyzain said...

terharu..semoga artis lain pun ikut jejak sepertinya =)

singgah sini n follow u yah =)

Fendy said...

sgt bagus...dan terasa tenang tatkala dia berucap

GeloraHatiMuda said...

lama tak mengorat si sini... aiyang sihat? sekarang dah tak aktif macam dulu- mengapa?.. tengah honeymoon ke?

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.