24.8.12

Tahniah Ustaz Don Kini Bergelar Suami




 Tahniah Ustaz Don Bergelar Suami...











Ustaz Don Sudah Bergelar Suami- Meriah Dan Tahniah Yaa Ustaz ( Barakallahulakuma ♥ )

USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.

Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman  menjadi penceramah bebas.


Tahniah atas pernikahan beliau dengan pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie Tahniah Ustaz.Kalau Ada gambar kita upload nanti . Terima kasih kepada 





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

23.8.12

Mendapat Hidayah Semasa 'Mati'


 

Kuantan - “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.

Gambar: Mohd Fadhil menceritakan kisah ‘luar biasa’ yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu.

Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.

“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.

Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.

“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.

“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma',” katanya.

Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.

“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Pelajar tumbuk mata buaya selamat dari terus kena 'ngap'



SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS  menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.
SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.
KUCHING: “Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarik paha, namun sebaik menoleh, saya melihat mereka berdiri agak jauh daripada saya.
“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata Ashley Austin Chin, 14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak, dekat sini, pagi semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.

Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.

Selepas hampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.
“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai, terutama setiap hujung minggu.

“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelak dan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat, barulah saya segera melawan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.
Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.

“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepat pada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untuk menendang badannya,” katanya.

Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidak membenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya tidak mengendahkan larangan itu, sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untuk mandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

video - Kanak-kanak 3 tahun digilis beberapa kali... kasihannya!



Sila lihat video di bawah dahulu.
Apa perasaan anda bila melihat kejadian tersebut?
Marahkan....
Pemandu tu dah rasa terlanggar sesuatu dan berhenti tapi dia tak periksa apa kat bawah tayar sebenarnya dan  dia terus undur kereta
kemudian dia maju semula kehadapan dan gilis lagi kanak-kanak tu.
selepas itu barulah dia berhenti dan turun untuk melihat tanpa tarik brek kereta
menyebabkan kereta tu undur semula dan gilis lagi kanak-kanak tersebut.
Eiiii..... geramnyaaa.... bodohnyaaaa!
pastu tengok senario sekeliling....
orang yang melihat kejadian tu macam takut nak datang dekat 
apatah lagi nak membantu.
Kejadian ni berlaku di China.
China lagiiii.....
hurmmmm



Fatal accident captured on surveillance camera in China. The driver of a BMW X6 backs up and runs over a 3 year old boy standing behind the car. The boy died at the scene.

**LiveLeak Notice**

We have seen a lot of media regarding what happens when you fail to observe your surroundings when operating a motor vehicle. As horrific as this video is we believe it makes the point far more powerfully than any strongly worded warning.

http://www.liveleak.com/view?i=e24_1285174268


✿*~ kalau nak SHARE , sila tekan LIKE ye... ~*✿

22.8.12

Wanita Ini Sanggup Kutip Derma Untuk Saksikan Pembunuh Anak!


New York : Seorang ibu terpaksa meminta derma bagi membolehkannya terbang ke South Dakota bagi menyaksikan lelaki yang telah merogol dan membunuh anak perempuannya yang berusia 9 tahun, kira-kira 22 tahun lalu, menjalani hukuman mati.

Biarpun terpaksa memungut derma, namun Tina Curl, 50, menganggap itu satu-satunya cara dia dapat menyaksikan hukuman berkenaan dijalankan ke atas lelaki tersebut.
“Saya hanya akan dapat melihat keadilan dilaksanakan selepas menonton pembunuh itu, Donald Moeller dihukum mati. Dia melihat anak saya mati, jadi saya mahu melihat dia pula mati,” katanya.
Moeller, 59, dijadual menjalani hukuman mati antara tarikh 28 Oktober hingga 3 November ini.
Anaknya, Becky O’Connell, hilang pada 8 Mei, 1990 selepas pergi ke kedai runcit yang terletak berhampiran rumahnya di Sioux Falls.
Dia telah diculik oleh Moeller ketika berjalan di satu simpang dan mayatnya ditemui dalam keadaan bogel, keesokan harinya.
Selain dirogol, budak malang itu telah ditikam manakala lehernya dikelar.
Moeller kemudiannya ditangkap dan didapati bersalah pada 1992. Dia dihukum penjara 25 tahun atas hukuman rogol dan hukuman mati kerana melakukan pembunuhan berkenaan.
Selepas kejadian itu, Curl dan suaminya yang juga bapa tiri Becky berpindah ke New York.
Namun Curls perlu melalui perjalanan yang panjang sebelum menuju ke tempat di mana Moeller akan dihukum mati.
Mereka perlu melalui perjalanan sejauh 1,420 batu dan dengan elaun bulanan sebanyak $721 yang diterima Curl untuk golongan kurang upaya, adalah sukar bagi wanita itu untuk mengumpul wang sebanyak $3,000 hingga $4,000 untuk kos perjalanan ke sama.
Ia termasuk kos penginapan selama seminggu.
Setakat ini mereka menerima sumbangan sebanyak $890 yang dimasukkan ke dalam bank.
Biarpun Curl hampir berputus asa, namun dia berharap dapat mengumpul wang tersebut bagi membolehkannya menyaksikan hukuman berkenaan.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10 jutawan yang paling pelik di dunia




Assalamualaikum semua.....
Selamat Hari Raya..... Maaf zahir dan batin..... dah berapa hari tak up entri baru.... almaklum tuan tanah sibuk beraya ....kikiki.
Banyak ke dapat duit raya tuuuu...... ada juta2 ? hehehe.... kalau banyak dan tak tau nak buat apa ngan duit tu meh la sedekah kat sini sikit..... haha.  Okeylah.... jom baca apa yang pelik kat bawah ni...


 


1. Jutawan yang ditangkap kerana selalu berak di kaki lima.




Bertahun lamanya, North Ryde, yang mengusahakan sebuah restauran berasa bingung dan bagai nak gila apabila datang ke kedainya untuk memulakan perniagaan di pagi hari dan mendapati ketulan-ketulan najis yang memenuhi kaki lima di depan restauran nya itu. Namun kali ini beliau nekad, dan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap orang misteri yang sanggup berbuat demikian kepadanya.

Taktiknya membuahkan hasil apabila sempat merakamkan wajah manusia durjana itu tetapi menimbulkan 1000 tanda tanya apabila apabila dimainkan berulangkali dan pihak polis mendapati lelaki berkenaan adalah seorang jutawan yang bernama Salvatore ”Sam” Cerreto. Beliau adalah seorang pengusaha hartanah berusia 71 tahun dan di dalam video tersebut sangat jelas dan nyata beliau berjalan-jalan sambil membawa tisu tandas, mencangkung dan melepaskan hajatnya itu didepan kedai tersebut.

Menurut laporan, ramai lagi yang menjadi mangsa perbuatan pelik jutawan tersebut dan mereka merasa sangat lega kerana mimpi ngeri mereka selama 4 tahun akhirnya tamat.




2. Jutawan yang membuka Bank Sperma dan mengumpul sperma-sperma dari pemenang anugerah Nobel.




Robert Clark Graham telah membuka Bank Sperma sekitar 1980 yang bertempat di San diego dan hanya menerima sperma daripada pemenang-pemenang anugerah Nobel dengan harapan dapat mengumpul baka-baka terbaik dari seluruh dunia.

Namun begitu, usahanya itu semakin tidak berbaloi dan hasratnya tidak kesampaian memandangkan usia pemenang-pemenang anugerah Nobel sudah lanjut dan tidak mampu memberikan jumlah yang optimum kepada banknya itu.

Graham kemudiannya terpaksa mengurangkan kriteria kepada yang ingin menderma namun masih agak keterlaluan apabila penderma mestilah memalui beberapa siri ujian IQ untuk layak menjadi penderma.

Kemudian, Graham sekali lagi terpaksa mengurangkan syarat-syarat membebankan itu dan membuka pula peluang kepada golongan atlit. Pada 1999, bank itu ditutup selepas beliau meninggal dunia.

Selama tempoh ia berfungsi, sejumlah 229 bayi dilahirkan dengan sperma-sperma genius itu, namun setakat ini tidak ada seorang pun yang menunjukkan ciri-ciri pemenang anugerah Nobel. Ironi…..




3. Jutawan dalam dunia maya, Online Game: Second Life.




Second Life adalah sejenis online game yang di usahakan oleh Linden Lab dimana pengguna boleh memulakan hidup baru disana dengan membuat kerja, berniaga dan juga bersosial. Permainan ini dilancarkan pada 23 june 2003 dan mempunyai sehingga 20 juta orang pengguna berdaftar.

permainan ini juga dilengkapi dengan matawangnya sendiri dimana pengguna boleh menukar 1 USD kepada 250-275 Linden Dollar yang hanya boleh digunakan didalam permainan tersebut. Seorang bekas guru dari China yang bernama Ailin Graef mula bermain permainan ini pada tahun 2004 dan kini beliau telah memiliki sejumlah wang sebanyak 300 juta Linden Dollar yang juta bersamaan melebihi 1 juta USD.

Ailin menggunakan wataknya yang bernama Anshe Chung untuk membeli tapak-tapak dan tanah terbiar di dalam dunia maya itu untuk dimajukan dengan secara membina kawasan perumahan di atasnya yang mana kemudiannya dijual kepada pengguna yang lain.

Kini Ailin mengupah 10 orang programmer untuk bekerja dibawahnya dalam usaha untuk memajukan lagi tanah-tanah terbiar. Ailin juga diiktiraf sebagai orang yang pertama mencapai aset sebanyak itu dan orang yang paling berjaya didalam ‘kehidupan keduanya’ walaupun didunia realiti dia hanya lah seorang bekas guru.




4. Jutawan yang mendermakan seluruh hartanya hanya kerana dia tidak gembira.





Karl Rabeder, dibesarkan dari keluarga yang serba kekurangan dan selalu bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya apabila besar nanti.

Rabeder kemudiannya menderma seluruh harta-hartanya itu yang merupakan sebuah villa menghadap tasik di Alps, Estate sebanyak 42 ekar di France, 6 buah Glider, kereta-kereta mewah, dan beberapa lagi rumah miliknya. Kesemua hartanya itu didermakan ke beberapa buah badan kebajikan di beberapa negara.

Rabeder kemudiannya membawa diri ke tanah terbiar dan membina sebuah pondok kecil di Innbrucks, Austria dan hidup dengan gembiranya disitu. Menurut beliau, duit adalah penghalang kebahagiaan dan banyak memberi masalah untuk diselesaikan.



5. Jutawan yang juga merupakan seekor anjing.




Gunther IV nama diberi, dan beliau merupakan anjing terkaya didunia. Gunther IV adalah seekor anjing jenis German Shepherd dan mewarisi harta yang banyak dari ayahnya Gunther III. Manakala Gunther III pula mewarisi harta tersebut dari seorang bangsawan German yang bernama Karlotta Liebenstein.




6. Jutawan yang jual rumahnya untuk tinggal bersama suku kaum di Kenya setelah diangkat menjadi ketua.




Graham Pendrill adalah seorang saudagar barang-barang antik berasal dari Bristol, UK. Beliau yang merupakan seorang bujang berusia 57 tahun dan beliau kini ingin menjual rumah agam nya yang berharga 1.2 juta pound sterling untuk tinggal bersama suku kaum Masai dari kenya setelah mereka mengangkat beliau menjadi Elder of the Tribe.

Kisahnya bermula daripada Graham melawat negara tersebut tahun lepas dan telah menyelesaikan permasalahan antara suku kaum disana. Kaum Masai kemudiannya berhutang budi kepada beliau dan mengangkatnya menjadi seorang dari ahli suku kaum tersebut.

Sebelum menjadi ahli kaum, Graham menjalani ritual minum air kencing lembu dan seekor lembu telah dikorbankan khas untuk jasanya.

Setelah pulang ke kampung halaman, Graham sering dilihat berpakaian ala-ala suku kaum tersebut dan bersandal walaupun dengan statusnya sebagai jutawan. Rancangan seterusnya untuk beliau adalah untuk menjual rumahnya di Bristol itu dan berpindah kembali ke puak Masai yang dijangka akan berlaku pada hujung tahun ini.




7. Jutawan macho yang ingin membeli bandar di Bulgaria dan ingin menukarkannya kepada namanya.




Jutawan sexy ini, Scott Alexander, merupakan diantara jutawan yang paling banyak membuat kontrovesi sehingga beliau digelar sebagai ‘Brittain’s biggest spender‘ dan juga ‘the most vain man in Brittain‘. Beliau pernah dilaporkan suka berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga 7000 pound sterling hanya untuk barangan solekannya untuk seminggu.

Kini beliau kembali dengan kontrovesi barunya iaitu ingin membeli sebuah bandar di Bulgaria dan menamakannya Alexander bersempena nama keluarganya.

Bandar Alexander akan dijadikan tempat mempromosikan produk-produk kecantikan seluruh dunia.

“Saya memilih Bulgaria kerana namanya yang agak susah untuk disebut, lagipon Alexander lebih senang untuk disebut dan lebih segak….,” tambahnya lagi.




8. Jutawan yang juga seorang jururawat dan tidak mahu berhenti menjadi jururawat.





Seorang jururawat yang telah memenangi wang tunai sebanyak sejuta pound sterling memalui rancangan realiti The Vault telah memutuskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berhenti daripada menjadi jururawat walaupon gaji jururawat hanya lah 25,000 pound sterling setahun.

Karen Shand yang bertugas di Hospital Kirkcaldy, Scotland itu telah memenangi wang tunai sejumlah itu apabila berjaya menjawab 6 soalan dengan betul dan beliau adalah orang yang pertama mencapai kemenangan setinggi itu melalui rancangan tersebut.

Jururawat yang berusia 40 tahun itu berkata bahawa wang sebanyak itu mungkin akan mengubah hidupnya tapi tidak sesekali akan mengubah siapa dirinya.




9. Jutawan yang tiada tempat tinggal (homeless).




Nicholas Berggruen bukan lagi bertaraf millionaire akan tetapi billionaire. Namun jejaka ini hilang minat terhadap memiliki sesuatu kerana baginya memiliki sesuatu bukanlah hebat mana malahan adalah sesuatu beban kepada manusia. Oleh sebab itulah beliau tidak memiliki sebarang kereta mewah, rumah dan lain-lain.

Beliau membungkus segala barang-barang penting dalam hidupnya, menjual kondominiumnya di New York, menjual rumah agamnya di Florida, dan menjual satu-satunya kereta yang dia ada dan memulakan kehidupannya dengan menginap di hotel.

Kesemua hartanya itu akan didermakan di beberapa buah badan kebajikan dan koleksi seninya pula didermakan kepada sebuah musium di Berlin. Anggaran yang dibuat oleh majalah Forbes pada tahun 2010 mendapati hartanya bernilai 2.2 billion USD.





10. Jutawan yang menyuruh anaknya bekerja sambilan di MacDonalds.




Perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, menghantar anak perempuannya untuk bekerja di MacDonalds untuk mengajar anaknya tentang susah payah untuk mendapatkan duit. Thaksin juga kadang-kadang akan berhenti di restauran tersebut untuk membeli makanan dari anaknya sendiri.


Thaksin juga turut berkata bahawa jangan memberi layanan istimewa kepada anaknya itu dan hendaklah dilayan seperti pekerja-pekerja yang lain. Dan jika perlu, suruhlah dia mop lantai sama seperti pekerja yang lain juga.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

18.8.12

Blog Anwar Digodam! Perutusan Palsu Dimuat naik



Dipetik dari anwaribrahimblog

Salam hormat.

Untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.




klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.

Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekian, harap maklum.



PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...