27.7.12

Penindasan Muslim Rohingya Burma - video (alih bahasa)

Suku Rohingya adalah muslim minoritas yang tinggal pada daerah utara negara bagian Rakhine (Arakan), Myanmar Burma.
"Di Myanmar kami tidak diberi kesempatan untuk beribadah, jika shalat berjamaah kami ditangkap dan dipenjarakan, masjid kami ditutup. Lebih baik kami mati di tangan orang muslim ketimbang mati di Myanmar," (Rahmat Bin Mohammad Daud, Rohingya Muslim)
"Di sana (di Myanmar) junta militer sedang berusaha membersihkan masyarakat minoritas Muslim dengan memaksa mereka meninggalkan rumah dan menjalani kerja paksa tanpa bayaran. Perkosaan, pembunuhan, dan penyiksaan lain terjadi di mana-mana," (Abdul Motaleb, Rohingya Muslim -Reuters)
✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

fuhhh..... artis nih memang mulut busuk!



aku tak suka betul dengan orang yang suka mencarut.
sejak zaman sekolah sampai la aku tua nih aku cukup geli la dengar orang sebut benda2 carut nih.
aku pun heran.... kenapa ehhh ada orang asal terkejut keluau perkataan carut.... bersenda gurau pun keluar perkataan carut.... bila marah lagiiii laaaa kan....
aku kalau terkejut biasanya sebut .....opocot setan gondol kau ..... tu tak carut kan...kan... heeee~~~
tutup cerita pasal aku.

ni haaa..... nak citer pasal artis nih.... yang hot dari semalam..... bukan nak aibkan dia.... tapi nak jadikan pengajaran pada yang lain-lain... kalau anda tu seseorang yang dikenali maka silalah jaga adab dan tatasusila dan tatabahasa juga.....
kalau kau tu mamat sapu sampah tak pe lah ko nak tweet ayat 'busuk' cam tuh.... sebab ada orang kesah???
tapi sebab ko mamat sepah...... walaupun aku tak minat kat ko tapi maaflah ko jadi bahan aku hari nih.
Nak tau lebih lanjut apa citer mamat nih SILA BACA SINI.

elok la dia dah tutup akaun semua tu.... ni la contoh artis yang tak layak dijadikan idola.... dah la dengan perempuan pun tunjuk samseng.... haishhh.

nape ekkk aku tak suka mamat nih.....
oooo baru ingat..... sebab masa kawan dengan mamat ni la si Fida tu (kenal ke) bergambau tak tutup kepala dgn sempurna. Cisss.... lelaki hampeh!
lagi satu..... kureng rupa paras.
oppsss.... cukup! cukup!!!!!


ps: yang aku pelik.... ada manusia dia datang blog orang pastu merempan-rempan tak tentu pasal.... walhal n3 tu bukan citer pasal dia. Jiwa sakit!

✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Dan Simpanan Selangorku

SHAH ALAM,26 JULAI : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata , Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan.
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.
Abdul Khalid berkata dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” kata Abdul Khalid.

olaaalaaaa..... baiknya pak sedara aku nih.... pak sedara korang baik cam dia tak.... hikhikhik....
(aku anak Selangor)


✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

26.7.12

Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap




Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.


Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”

Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazak. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.

Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.


http://demitinta.blogspot.com

p/s  tak kiralah parti mana sekalipun,sbb itulah kita jangan sesekali sesedap rasa memaki orang..tak baik..
lagipun makbapak kita tak ajar kita utk maki2 oang kan...?
Ingat...sekarang banyak yang Allah bayar 'cash'





✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

Bayi nazak didera teman lelaki ibu


Dera hingga pecah usus

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.


✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

25.7.12

Tolong sebarkan video ini!





Kumpulan askar rejim Basyar telah menangkap 150 orang pelarian rakyat Syria di Hayyul Qabun sejak 5 hari lalu dan mereka diugut bunuh oleh kumpulan separa tentera. Semalam, didedahkan pembunuhan terbaru yang dilakukan askar dan talibarut rejim apabila ditemui puluhan mayat bergelimpangan di sebuah rumah (di kawasan Hayu Tisyrin). Semoga Allah merahmati para syuhada'...


wahai saudaraku..... tolong sebarkan video ini, biar seluruh isi dunia tahu kekejaman basyar.
tolong doakan saudara kita di Syria segera mencapai kemenangan
doalah agar Basyar dan tenteranya musnah binasa !!!
✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

Bonus setengah bulan gaji!




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama



✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...