25.6.12

Germany menang sebab ada Azman Adnan - gambar

dah champion maka wajah pun ceria

kalah....huhuhu
tapi ok la tuh...

Baru baru ini berlangsung perlawanan bolasepak antara team Germany dan Malaysia.
Rasanya game liga ni dianjurkan oleh persatuan penduduk (tak pasti).
Gambar ni pun di cilok dari fb Liga H yang menganjurkan perlawanan ni.... jangan mareeee ^___^
Keputusan team Germany menang membenam Malaysia 4 - 0 ...... grrrr
Tapiiii..... memang la patut team tu menang.... tengok la sapa salah sorang player dia

taraaaa......


Azman Adnan beb....
Lagenda bola sepak negara


gaya macho dari beliau....


✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Subhanallah...awan yang sangat pelik di Beijing, China



Awan yang pelik telah muncul di Beijing yang menyerupai awan 'mushroom' seperti selepas letupan bom nuklear. Awan tersebut muncul hampir sejam pada jam 7 petang ni Beijing. Menurut National Center for Atmospheric Research, awan komulonimbus gergasi ini berbentuk sedemikian kerana pada asalnya, awan tersebut dalam keadaan menegak. Tetapi apabila udara panas melaui awan iut, ia mula menjadi melintang dan menghasilkan pemandangan yang ajaib ini.








p/s : Subhanallah... 

Sumber : Here



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Artis seksi ni kata dia 'kebal'


Astagfirullahaladzim
tujuan buat n3  pasal artis ni bukanla nak promote atau kutuk dia 
sebab dia pun dah tak heran dah
dan
 nnt orang akan cakap balik
macam la ko tu baik sgt nak kutuk2 orang
tapiiiii
bila baca statement artis nih rasa gerun lak hati nih
perkataan 'kebal' tu yang buat daku terpegun
mungkin dia maksudkan dia kebal kat dunia nih je la
tak terjejas sikit pun dengan kata-kata orang
tapiiiiii
kebal ke dengan balasan Allah
huhuhu
peringatan untuk daku dan teman2
janganlah bongkak sangat kat dunia nih
semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah dan ditetapkan iman

Portal Media Hiburan yang menghubungi Mislina berjaya mendapatkan penjelasan beliau berhubung gambar berkenaan.


"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi.


"Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya.


"saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.


Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab Mislina;


"Untuk apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu.


"http://mynewshub.my/2012/06/22/pakai-bikini-mislina-tak-kisah-dikritik/

✿*~ jangan  'like' ye ~*✿

Apa anda rasa bila lihat TG Nik Aziz dicium begini?


 terharu tak seperti kebanyakan komen2 difb
kalau anda tak rasa tercuit sikit pun hati dan perasaan
lebih baik anda check balik hati anda
sayang sangat kat tok guru !

yuppp.... hanya jauhari mengenal manikam

✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Tok Guru Nik Aziz Terlebih Famous - Siapa Setuju Sila Like!




Tok Guru Sudah Terlebih Famous

Oleh Mohd Sayuti Omar

Tidak dapat dinafikan lambakan gambar atau foto Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pelbagai fesyen dan suasana menyerlahkan realiti kehidupan diri dan keluarganya banyak tersebar dalam internet baik di Fb, twitter, ruang blog dan sebagainya.

Gambar itu memberi gambaran akan keistimewaan dan keunikan beliau sebagai Menteri Besar dari rahim ulamak di mana perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Ertinya boleh dibilang dengan jari ulamak yang menjadi ketua umarak, MB atau menteri.

Salah satu foto Tok Guru menunjukkan kesahajaannya.

Gambar yang disebar itu dalam berbagai viarasi, baik semasa beliau di pentas politik, di podium kuliah di kerusi rasminya, atau pun di masjid dan surau. Gambar-gambar aktiviti ibadat dan perjuangan beliau sungguh mengugah perasaan. Gambar beliau sedang makan, mendirikan solat atau pun melakukan tahalul - cukur rambut atau upacara membelah mulut bayi memberi impak dan sentuhan jiwa yang tinggi untuk mengasihinya.

Tidak cukup itu gambar beliau bermesra dengan anak isteri dan keluarga dan juga gambar beliau sedang dipicit atau diurut belakang dan kaki oleh anak-anak murid dan orang yang menyayanginya memberi dan menerbit perasaan tersendiri pada perenungnya. Benarlah kata orang gambar memberi seribu makna.

Penyebaran gambar itu menyebabkan orang ramai mengenali hati budi dan sejauh dalamnya 'kausar' beliau, dapat menilai tahap kerendahan dan kezuhudan dirinya. Mengenai dirinya menjadi buah mulut, di mana-mana saja orang bercakap mengenai diri dan juga stail kepimpinannya. Kerana itu semua beliau menjadi ikon dan dijadikan maskot politik negara ini.

Tidak terlampau kalau saya sebutkan keterkenalan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan ulamak sudah melangkau ke seluruh benua. Mana-mana negara yang boleh akses internet pasti akan menemui gambar beliau dan mengetahui syaksiahnya. Inilah hebat dan berkesannya internet dalam mempropangdakan sesuatu.


Penyebaran foto beliau itu sesuatu yang baik dan bagus serta satu strategi ampuh bagi politik Pas. Ia menjadi satu medium atau saluran dakwah bagi Pas. Di samping ia boleh mengenalkan beliau kepada dunia tetapi ia juga dapat mengenalkan beliau sebagai seorang pemimpin bertaraf ulamak yang berilmu dan mempunyai pendekatan yang tersendiri dan khusyusi. Ini semua menguntungkan Pas dan sekaligus Islam yang dijadikan ideologi oleh Pas. 

Pas sesungguhnya berbangga memiliki sosok seperti itu. Kerana itulah kehebatan, sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara. Bukan saja anak-anak Tadika dan Pasti tetapi juga pentadbir, politician bukan saja dari Pas bahkan dari Umno juga. Hakikat inilah menyebabkan Umno khasnya mencari seibu jalan dan menggunakan seribu senjata (termasuk fitnah) untuk membunuh keperibadian agama dan politik Nik Aziz.

Mengenai anugerah ini saya tampak Pas menggunakan secukupnya modal dan aset yang ada satu ini. Bahkan bagi Pas Kelantan seolah parti itu tidak ada modal lain lagi selain Nik Aziz. Nik Aziz dan Nik Aziz. Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut.


Bagaimana pun dalam hal ini Pas semasa sudah terlebih dalam menggunakan Nik Aziz untuk perjuangannya. Cara Pas mengidola dan mengkultuskan Nik Aziz sudah sampai keperingkat yang perlu membuat ralat. Maksudnya di sini bukan kehebatan dan keilmuannya, tetapi cara Pas menjadikan Tok Guru sebagai aset dan modal politiknya tanpa memperhitungkan keadaan sekelilingnya. Kerana mereka meletakkan Tok Guru terlalu besar menyebabkan pemandangan sesetengah ahli dan penyokong Pas sehinggakan mereka tidak nampak benda lain lagi dan merasakan Tok Guru akan ada selama-lamanya. Sikap dan persepsi ini sesuatu negatif.

Apabila menyedari akan keterlaluan ini menyebabkan timbul dalam minda saya, apakah hanya Tok Guru yang berhak mendapat pujian dan sanjungan begitu? Maksudnya kenapa Pas dalam masa sama tidak meletakkan pemimpin pengiring kepada beliau? Walaupun Nik Aziz sendiri tidak menyebut secara pasti siapa selepas beliau tetapi Pas perlu memberi isyarat dan kenyitan mata akan pemimpin yang akan mengambil alih tempatnya. Sepatutnya ahli dan penyokong Pas dapat membaca sir dan maknawi yang terpendalam di dalam kalbun Nik Aziz.

Dalam soal ini saya ingin mempersoalkan tentang sikap taksub atau pun sanjungan berlebihan kepada Nik Aziz yang pada saya tidak seimbang. Bahkan ada kalanya sampai ke peringkat elemen khurafat. Maksudnya kenapa hanya Tok Guru sahaja ditonjolkan sebagai pemimpin zuhud, tawaduk, bersifat qana'ah dan mudah basa. Apakah tidak ada lain-lain pemimpin dalam Pas yang mewarisi sifat-sifat itu? Apakah Pas terlupa? Sikap terlupa seperti ini menyebabkan Pas akan berhadapan dengan kekosongan selepas ini apabila Tok Guru tiba-tiba sudah tiada lagi.

Kekosongan inilah yang perlu difikir oleh Pas khasnya oleh rakyat yang kini terlebih ghairah mendaulatkan Nik Aziz sebagai ikon dan idola mereka? Sudah sampai masanya para pengidola dan penyanjung ini urut sama menjaja nama-nama lain yang bakal menerajui Pas di masa depan. Apa yag hendak ditegaskan ialah para pendokong perlu mempamikir dan menjualkan akan kehebatan pemimpin lain, baik dari segi karektor, sifat, perwatakan, kebolehan dan sebagainya dan bukan saja Nik Aziz.

Perkara ini penting didedahkan misalnya mengenai latar belakang, fikrah perjuangan, wawasan dan juga kebolehan mereka dalam mentadbir dan mengolahkan politik secara kreatif. Sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini perlulah didedahkan seluas-luasnya kepada rakyat agar mudah rakyat membuat penilaian dan pemilihan. Harus difahami seorang yang bakal menjadi pemimpin bukan saja setakat mampu menjadi syeikh di majlis tahalil atau pun menjadi iman solat hajat dan bermunajat.


Saya sangat berharap selepas ini akan ada foto-foto mereka yang disenaraikan akan menjadi pemimpin masa depan akan ada foto-foto mereka yang beraksi atau bersahaja seperti foto-foto Tok Guru itu dipamirkan dalam dada Fb atau twitter. Hendaknya para penyokong masing atau orang perseorang dapat mengudp-datekan foto-foto ini untuk renung bersama.

Apakah apabila tiada gambar-gambar ini - tokoh selain Nik Aziz, disebabkan tiada tokoh yang seiras Nik Aziz? Mungkin? Sebab gambar-gambar bersahaja begini yang nilainya tinggi tidak boleh dibuat-buat atau pun dilakonkan. Ia hendaklah bersahaja. Manakala gambar yang bersahaja pula akan muncul dari tindakan yang bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Alangkan ruginya bagi Pas atau mana-mana juga jemaah kalau hanya mengagung atau memberi air time yang berlebihan kepada seseorang saja apa lagi yang sudah terlebihfamous? Sekiranya memang tidak ada tokoh yang bersikap dan bersifat seperti Nik Aziz untuk diambil gambar ini bermakna bahawa selepas Nik Aziz ini Pas menghadapi masalah. Nik Aziz sendiri mungkin boleh disifatkan gagal kerana selama 22 tahun menjadi MB tidak berjaya melahirkan seorang murid yang hampir menyamai murbbinya, atau pun muridnya gagal menghayati ajaran gurunya.

Sekali lagi diharapkan selepas ini hendaknya akan ada gambar pemimpin Pas baik wakil rakyat atau sesiapa yang diposting dalam Fb dan blog menunjukkan keserdahnaan hidup mereka. Tetapi dalam pada itu jangan pula mengada-ngada masukkan gambar lakonan seperti wakil rakyat sedang memotong rumput di kawasan rumah sendiri, menarik lembu, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Walaupun foto sebegitu ia satu promosi yang baik tetapi gambar seperti itu menyebabkan orang akan kata kita masuk bakul angkat sendiri.

✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

Hijab Julia Perez Terbuka Ketika Cium Hajar Aswad



Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.

Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.


“Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.

“Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.

“Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, “ cerita pelakon filem ‘Arwah Goyang Karawang ini lagi.- (yahoo!) 







✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

24.6.12

Allahuakbar! Rakyat sujud syukur di Dataran Tahrir rai kemenangan Dr Muhammad Mursi - gambar





Keputusan rasmi Pilihanraya Presiden Mesir :

Jumlah yang layak mengundi secara tepat 50.958.797

Dr Muhammad Mursi sebagai presiden dengan undian sebanyak 13,230,131 mewakili 51.7 peratus daripada undi yang sah.

Beliau menang dengan majoriti 882,751 undi ke atas lawannya Ahmad Syafiq yang memiliki undian sebanyak 12,347,380 undi mewakili 48.3 peratus daripada undi yang sah.

Sumber : http://www.aljazeera.com/


Alhamdulillah, Dr.Muhammad Mursi telah diumumkan sebagai sebagai Presiden Mesir yang sah. Semoga ianya menjadi satu cetusan semangat untuk kemenangan Islam Di Malaysia.InsyaAllah.


The entire crowd in Sujood in Tahrir Square Egypt. Allahuakbar! May Allah put barakah into the future of Egypt and all Muslim countries.

✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...