Kemesraan antara KDYMM Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis pecah tanah pelabuhan di Tok Bali petang tadi ( 29/Mac/2012 ).Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri YB Datuk Sri Mustapa Mohamed dan pimpinan Kerajaan Kelantan. -sumber
ISLAMABAD — Wanita Pakistan, Fakhra Younus yang telah menjalani lebih 30 pembedahan sepanjang satu dekad lalu untuk memulihkan wajah dan badannya yang terjejas teruk akibat serangan asid membunuh diri baru-baru ini.
Bekas penari berusia 33 tahun, yang didakwa diserang oleh bekas suaminya, seorang wakil rakyat dan anak kepada ahli politik negara itu, melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, Itali.
Fakhra tinggal di Rom untuk mendapatkan rawatan.
Wanita berkenaan membunuh diri pada 17 Mac lalu, lapor portal majalah mingguan TIME.
Jenazahnya dibawa pulang ke Pakistan Ahad lalu dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Fakhra mengambil tindakan membunuh diri kurang sebulan selepas penerbit film Pakistan menerima anugerah Oscar bagi dokumentasi berkaitan dengan mangsa-mangsa serangan asid, kata laporan itu lagi.
Nasib dilalui wanita itu menggambarkan keperitan layanan buruk dialami kebanyakan wanita di Pakistan.
Suami wanita itu, Bilal Khar, telah dibebaskan daripada tuduhan serangan asid ke atasnya. Bagaimanapun, menurut laporan itu, ramai percaya bahawa dia menggunakan hubungan dan pengaruh untuk melepaskan diri daripada tuduhan.
Lebih daripada 8,500 serangan asid, perkahwinan paksa dan keganasan dalam bentuk lain ke atas wanita dilaporkan di Pakistan tahun lalu. SH
Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.
Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.
Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.
Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.
Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.
Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC. - mkini
SATU DUNIA DAH TAHU ORANG CHINA ADALAH BANGSA YANG KEJAM DAN TIDAK MEMPUNYAI HATI PERUT. SEBELUM INI VIDEO KANAK-KANAK YUE YUE YANG DILANGGAR DUA KALI TETAPI TIDAK DIPEDULIKAN OLEH ORANG YANG LALU LALANG TELAH MENDAPAT KECAMAN DUNIA. BEGITU JUGA VIDEO SEORANG WANITA YANG BERGELUT DAN DITIKAM BERTUBI-TUBI DI JALAN TAPI TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG MEMBANTU. ITULAH CARA DAN BUDAYA MEREKA YANG SEPERTI TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN.
VIDEO KALI INI MENUNJUKKAN BAGAIMANA SEORANG KANAK-KANAK DI BULI OLEH ORANG DEWASA DAN ORANG RAMAI CUMA BERKERUMUN SEOLAH MENYAKSIKAN SATU PESTA YANG MENYERONOKKAN. TIDAK DAPAT DIPASTIKAN APAKAH KESALAHAN KANAK-KANAK KECIL INI.... SUNGGUH KASIHAN MELIHAT KANAK-KANAK INI KETAKUTAN DAN JUGA KESAKITAN. WALAU APAPUN KESALAHAN YANG DILAKUKAN WAJARKAN MEMPERLAKUKAN KANAK-KANAK SEBEGINI? STUPIDO....!
Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara. Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah. "Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.
DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu. Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. ~kosmo
Addin :
Bawak kereta langgar tiang pun kena denda RM300, nih penari tiang yang mengaku Islam hanya di denda RM25 seorang. Apa pengajaran dan pengiktibaran kepada masyarakat jikalau denda seringin macam nih? Inilah undang-undang ciptaan manusia yang penuh dengan kelemahan.. tiada roh.