10.4.14

CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE


Semalam saya daftarkan seorang pengguna Shaklee dari Lahad Datu Sabah (Babyanna Presyla) Sebenarnya di mana pun anda tinggal tak menjadi masalah untuk anda mendapatkan produk shaklee ni... tak kira lah untuk makan sendiri atau bisnes. Selagi ada mr. posmen atau mr. gdex yg boleh menjejaki lokasi anda insyaallah barang akan sampai ke rumah anda.


Jika ada berminat anda juga boleh join group secret kami  Start Right Project dan group wassap iReach SmallVille.



Yang paling best ialah BONUS Shaklee. Walaupun kita jadi ahli hanya untuk makan sendiri kita tetap dapat bonus.... tak kisah la sikit pun... sapa nak bagi.... dari beli dengan orang  kannn.? 
Sebab tu saya suka ajak orang yang nak beli produk shaklee dgn saya jadi ahli supaya dia dpt harga ahli dan bonus juga. Kan anda untung ....:) 
Bonus biasanya dimasukkan ke dalam akuan anda setiap 15 hb.... sebab tu anda perlu beri no akaun bank semasa pendaftaran. Tapi jika tak nak pun tak pe... nnt dpt la cek.


Lagi???
# Bonus Kereta - dibayar setiap bulan jika layak dan memenuhi kriteria
# Tajaan Melancong 

Sekian....
SMS @ wassap ke 012 3117349 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.






✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Disclaimer Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki

6.4.14

5.4.14

Jaga Jantung Anda Dengan Shaklee

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa coenzyme Q10 membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung, kesan jangka panjang ialah kegagalan fungsi jantung atau selalu disebut lemah jantung.

(Fogoros, Richard N.. “Mitral Valve Prolapse (MVP)”. Heart Disease. About.com. Retrieved 2007-07-11)

Ini kerana injap yang rosak gagal memastikan darah yang dipam keluar dari jantung sepenuhnya. Ada sebahagian isipadu darah yang masuk semula ke dalam jantung, lalu menyebabkan isipadu darah yang keluar menjadi sedikit dan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat (dan memerlukan banyak tenaga) untuk mengatasi kerosakan injap ini. Akhirnya jantung menjadi lemah apabila terpaksa bekerja lebih kuat dari kebiasaannya.

Dalam satu kajian terbitan  Journal American College of Cardiology menyatakan terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah terutama pada pesakit lemah jantung (heart failure).

(Molyneux SL, Florkowski CM, George PM, et al. (October 2008). “Coenzyme Q10: an independent predictor of mortality in chronic heart failure”. J. Am. Coll. Cardiol. 52 (18): 1435–41)

Begitu juga dalam satu kajian yang dilakukan di Department of Cardiology, Aalborg Hospital, Denmark mendapati pesakit lemah jantung (congestive heart failure) mendapat manfaat dari kebaikan Q10 100mg dua kali sehari selama 12 minggu.

(Biofactors. 1999;9(2-4):285-9. Coenzyme Q10 treatment in serious heart failure)

Sumber: dr zubaidi


Kenapa pentingnya coQ10 untuk jantung kita

Paras CoQ10 yang rendah di tisu dan darah telah dilaporkan menyebabkan permasalahan jantung dan salur darah seperti;

1. Kegagalan jantung

Ketidakmampuan jantung untuk terus bertenaga dalam melaksanakan tugasnya dengan efficient.

2. Tekanan darah tinggi

Apabila jantung mengepam darah dengan lebih laju ke anggota tubuh melampaui kemampuannya tenaganya. 

3. Penyakit arteri koronari (saluran darah sempit)

Salur darah yang sempit menyebabkan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko untuk serangan jantung apabila jantung perlu bekerja lebih keras. Ini juga boleh disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam darah yang menyempitkan arteri.

4. Serangan angina

Sakit dada yang disebabkan jantung kekurangan oksigen apabila jantung sedang memerlukannya.


Bagi mengatasi masalah jantung yang dihadapi,Shaklee ada penyelesaiannya..Set jantung Shaklee terdiri dari kombinasi CoQ Health dengan vitamin vitamin lain untuk kesihatan jantung secara menyeluruh

Jom tgk fungsi setiap vitamin di bawah untuk kesihatan jantung anda:

♥♥CoQ10
-CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung. Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel sel jantung yang sememangnya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja dengan efficient. Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia seseorang meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melaui pemakanan supplemen. Dan CoQ Health Plus dari Shaklee adalah sumber CoQ10 semulajadi yang terbaik di pasaran. 

Dilaporkan, paras CoQ10 di dalam jantung pesakit yang mengidap penyakit jantung setelah autopsy, menunjukkan bacaan yang amat rendah sedangkan ianya adalah organ yang sepatutnya mengandungi paras CoQ10 yang tinggi. Jelaslah ini menunjukkan kaitan betapa pentingnya CoQ10 di dalam tubuh khasnya untuk kesihatan jantung.

♥♥Omega Guard 
-Omega 3 di dalam omega guard shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit. Ianya juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lainnya, lantas meghalang tekanan darah tinggi. 

♥♥Alfalfa Complex
-Lemak kolesterol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolesterol dan menyingkirkannya dari tubuh. 






Sila SMS/WHATSAPP untuk pertanyaan atau pembelian ke 012 3117349


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

4.4.14

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki




Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
 
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
 
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
 
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
 
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
 
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
 
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
 
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
 
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
 
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
 
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
 
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
 
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
 
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
 
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

2.4.14

KISAH JIBRIL MENYUMBAT TANAH KE DALAM MULUT FIRAUN

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]
Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90)
.
Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.
Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.
Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)
Fir’aun kafir sejak bayi
Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.
Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.
Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.
Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).
Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?
Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.
Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.
Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”
[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]
SUMBER: http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/28/mulut-firaun-di-sumbat-malaikat-sebelum-tenggelam/

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

ISTERI CEKUP SUAMI DENGAN SKANDAL HANYA APRIL FOOL

Laaaa...... tipah tertipu yee.... koh koh koh
ye ye korang share video ni dan bagai nak rak bagi komen
berkapal-kapal sumpah seranah yang sudah korang lontarkan
rupa-rupanya.... tipuuuuu
dan aku yakin lepas ni akan berjet-jet pulak maki hamun korang untuk rancangan tak berguna nih
sabarrrrr
sabar tauuuu
tak guna marah2
nanti dapat heart attack susah!!!



YA! Satu Malaysia tertipu dengan video lakonan pasangan Melayu Singapura yang tersebar di media sosial sejak dua hari lepas.

Video yang terbahagi kepada dua bahagian itu mempertontonkan situasi dimana seorang isteri berang dengan suaminya yang didapati kantoi keluar bersama skandal gadis yang lebih muda.

Ditambah lagi dengan elemen rakaman "Handphone", maka ramai yang mempercayai kejadian itu seakan benar-benar berlaku.


Melalui laman Facebook Stesen TV Singapore, Media Corp memuatnaik gambar 3 pelakon ini dengan caption "HAPPY APRIL FOOL'S DAY" bersempena tarikh 1 April pada hari ini. Video ini juga dibuat untuk rancangan TV Popular di negara itu, The Noose.

Kita semua sepatutnya mengjangkakan perkara ini lebih awal... namun memandangkan si pelaku adalah orang Islam maka ramai yang mempercayai lenggang lenggok pelakon itu.


Watak utama dalam video itu dilakonkan oleh Siti Khalijah Zainal, Melayu kelahiran Singapura, yang turut dibantu oleh watak suami bisu dan gadis gedik...

CAkkkk!!! SAYA LAH MAKCIK GEMUK ITU!!!
sumber : http://penpatah.blogspot.com/2014/04/isteri-cekup-suami-dengan-skandal.html

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

1.4.14

CERITA SEDIH DISEBALIK APRIL FOOL'S DAY


Apa ada pada Hari April Fool. 

Terdapat pelbagai versi mengenai sejarah April Fool. Apa yang nyata ianya ada berkaitan dengan Tragedi berdarah Granada yang menimpa umat Islam di Sepanyol pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai "The April Fool Day" oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain yang dikaitkan dengan sejarah April Fool ini. 
Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.

The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan  892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan.  Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawan dengan aman oleh Islam.Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. 

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik bebas, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal.  Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah Islam di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan mulai sepi,  ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. 

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April's Fool Day.  Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristian, The April's Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April's Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekadar hiburan atau gurauan belaka.

Bagi umat Islam, The April's Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam....Kata Sdr Ahmad Zaki.


Bergurau dan seronok mengenakan orang lain.
April Fool juga dianggap sebagai hari untuk bergurau dan mengenakan orang lain. Ada yang boleh menerima dan tak kurang juga yang menjadi punca kemarahan dan perbalahan sehingga putus persahabatan.


Bagaimanapun, apa yang ingin ditekankan disini bukanlah sekadar sejarah APRIL FOOL, tetapi juga adalah mengenai  budaya APRIL FOOL yang jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat jujur dalam kehidupan. 


Sedia maklum mereka yang suka sangat meraikan hari tersebut tidak lari daripada terlibat dengan unsur penipuan dan mempersendakan orang lain yang mana ianya merupakan salah satu  sifat mazmumah atau sifat yang buruk lagi tercela yang dilarang dalam Islam.

Sudah jelas, budaya April Fool sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Budaya April Fool sebenarnya mengajar kita untuk menjadi orang yang berdusta, berbohong, munafik dan suka membodohkan orang lain. Sikap dan tindakkan sedemikian amat bertentangan dengan ajaran dan norma-norma budaya dalam Islam yang mana menyuruh umatnya supaya saling menghormati sesama anggota masayarakat tanpa mengira anutan agama, bangsa dan budaya serta bersifat jujur dalam kehidupan.

Sukakah kita melihat kesusahan orang lain akibat dari tindakkan dan perbuatan kita dengan menjerit dengan riangnya....APRIL FOOOOOOOLLL!!!!!!. Seronokkah kita meraikan saudara kita diperbodohkan, dibunuh dan dihina kira-kira lima abad yang lalu...Fikir-fikirkanlah...


sumber http://sariminsorno-sarimin.blogspot.com/2012/03/jangan-raikan-april-fool.html


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...