12.11.13

MENCARI PENAWAR RAMBUT GUGUR



Bila kita dapati banyak sangat produk untuk atasi rambut gugur, sememangnya ia bukan masalah luar biasa, ramai orang hadapinya.
Namun, produk yang mana satu yang sesuai? Ya, tak semua produk menjadi untuk semua orang, kerana masalah setiap orang berbeza-beza.

Penyebab keguguran rambut boleh jadi kerana tekanan (stress), atau pengambilan ubat-ubatan, kekurangan nutrien misalnya zat besi, zinc atau kuprum, atau simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun. Salah satu penyebab lagi adalah hormon. 

Kebanyakan ibu beranak kecil mula mendapati rambut gugur dengan banyak semasa anak menyembur air liur. Sebenarnya ia berkait dengan hormon androgen, kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.

Masalah keguguran rambut tidak semestinya berfaktorkan usia. Ramai orang terutama lelaki, dalam 30% dari mereka mengalami masalah ini semasa berusia 30 tahun.

Walau bagaimanapun, anda harus faham rambut kita mengalami 3 fasa – anagen : fasa menumbuh; catagen : fasa memanjang; dan telogen : fasa berehat. Rambut kita sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun yang jadi masalah kalau rambut banyak sangat gugur, hingga ia tidak dapat menghambat kitaran anagen.

Jadi, bagi membantu anda yang bermasalah rambut gugur, beberapa produk dari Shaklee yang boleh anda cuba:-
- Zinc Complex (untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang)
- B Complex (untuk masalah peredaran darah)
- Vitalea (untuk masalah kekurangan zat besi)
- ESP (untuk rambut rapuh dan bercabang)
- GLA Complex (untuk yang bermasalah hormon terutama ibu lepas bersalin)
Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum.



Perbezaan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.





Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee! 


TESTIMONI

Dapatkan produk shaklee dengan sms/wassap ke 012 3117349

BACA JUGA 17 TIPS ELAK RAMBUT GUGUR
Read more http://vitaminsemulajadi.com/mencari-penawar-rambut-gugur/


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

11.11.13

TIPS MEMILIH VITAMIN C YANG BAGUS

Assalam....
Dalam banyak-banyak vitamin ...vitamin apa yang paling popular? Dah tentu la vitamin c kan.... hehe.... kalau tak takkan artis dan bukan artis sanggup cucuk vitamin c untuk cantik!
Selain itu perkara paling penting bagi kita tentulah mencari sumber vitamin yang Halal.... yang ada kelulusan JAKIM atau badan yang telah diiktiraf oleh Jakim.

Macam mana nak pilih Vitamin C yang bagus? Jom baca beberapa tips di bawah. Semoga bermanfaat.



Kandungan Vitamin C Yang Bagus

Periksa label botol terlebih dahulu supaya anda tahu isi kandungan Vitamin C tersebut. Pastikan Vitamin C yang bakal anda beli dibuat daripada bahan-bahan semulajadi.



Kebanyakan Vitamin C semulajadi, mempunyai dos Vitamin C yang rendah seperti 500mg. Vitamin C yang tinggi dosnya seperti 1000mg, kebanyakan dihasilkan daripada proses kimia di makmal.



Selain itu, pastikan Vitamin C tersebut mempunyai kandungan bioflavonoidbersamanya. Sebenarnya bioflavonoid memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan Vitamin C. Dengan kata lain, vitamin C tanpa bioflavonoid, mungkin hanya beberapa peratus kandungan yang dapat diserap dan digunakan oleh badan.


 Pelepasan Vitamin C Secara Berperingkat (Sustained Release)

Kita digalakkan mengambil Vitamin C yang bersifat Sustained Release. Namun, ramai yang masih belum jelas apakah maksud Sustained Release ini, dan apakah bezanya dengan vitamin TANPA elemen Sustained Release ini?


Baiklah, secara umumnya, apakah keistimewaan vitamin yang bersifat Sustained Release ini?


(1) Sustained (or Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.


(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen) dan ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.


Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.


(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan) serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.


Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:

• Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 1 biji Vitamin C menyamai 7 setengah biji oren.
• Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
• Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.
• Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Oleh kerana siang tadi vit C telah kembali menggegar seluruh cawangan Shaklee maka sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah sms/wassap 012 3117349.

pengumuman2.... sesiapa yang nak mendaftar sebagai ahli shaklee boleh lah bagi detail peribadi anda juga... anda akan didaftarkan secara on9 setelah pembayaran dilakukan. 

Sekian...



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE


Jom saya cerita kenapa WAJIB jadi ahli Shaklee

1) CASH REBATE/BONUS

Cash bonus akan dimasukkan ke dalam akaun AHLI sendiri.

Itu lah pentingnya untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Walaupun anda boleh dapat harga ahli dengan membeli meggunakan ID pengedar yang lain, anda 

tetap RUGI sebab tak dapat cash rebate tu.

Anda layak dapat CASH REBATE jika anda daftar sebagai ahli Shaklee.

CASH REBATE konsepnya sama macam Jusco Card, Bonus Link, PETRON station, even macam TESCO

CARD dan MESRA Card PETRONAS. Bila beli certain2 amount, kita dapat diskaun dan rebate balik

kan? SAMA MACAM SHAKLEE lah.

Apa lagi yg bestnya kalau jadi ahli Shaklee?

2) Membership TAK PERLU RENEW setiap tahun

3) Dapat masuk group2 EKSLUSIF DAN SECRET di FB


4) Konsultansi juga adalah seumur hidup


Jadi amat penting untuk anda mendaftar dengan orang yang betul-betul berwibawa dan berada

dalam kumpulan sokongan yang betul.

Saya dulu pon jadi ahli sebab nak makan sendiri je..tapi selepas mengetahui kelebihan yang kita

akan dapat dari Shaklee terus aktifkan diri. Jadi pemilihan kumpulan yang berkualiti amat penting

sebelum jadi ahli Shaklee. Seronok tau bila masuk kumpulan yang tepat dan hebat!

5) SISTEM SHOPPING ONLINE

mulai Oktober 2013, pembelian produk Shaklee dah jadi sangat mudah dan tracking juga semuanya

adalah online. Kemudahan untuk yang makan sendiri dan juga semestinya untuk yang menjalankan

perniagaan Shaklee.

So, macam mana? jom jadi ahli Shaklee. Buat apa bg CASH REBATE/BONUS ni kat orang kan. Baik

masuk poket sendiri ye tak?

6) PENGHANTARAN DIURUSKAN PIHAK SHAKLEE

sangat best lagi-lagi untuk suri rumah yang tidak bekerja dan bergelumang dengan anak kat rumah. 


Terbaiklah! Tak payah pergi ke pejabat pos pun! Online saja dari rumah. Click click je.

Paling best tak perlu terkejar2 nak ke pejabat POS, dengan nak angkut anak lagi, dengan nak ambil

anak kat sekolah lagi. Kalau anda nak tahu ada je pengedar Shaklee ni duduk luar negara, tapi sales

dia semua kat Malaysia tau!

Anda bekerja? Nak buat part time je? Boleh sangat! Daftar dulu ahli Shaklee dengan

SAYA  dan kami akan tunjukkan caranya.

7) TAK PERLU MODAL ?

eh ye ke? Ye lah sebab bila customer bayar barulah kita orderkan untuk customer itu secara online.

Ehhh....ini jika untuk siapa yang nak jana pendapatan dari rumah ya!

**AWAS !!**

TAWARAN coaching dan marketing ini mungkin anda tidak perolehi jika mendaftar dengan orang

lain ya. Dan saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat BONUS seperti yang dinyatakan di atas!

Berminat nak cepat atau COD? PUN BOLEHHH....



✍ PM  "JADI AHLI SHAKLEE kat SINI

✐ Blog: http://aiyangdisayang.blogspot.com/

✆ SMS/WhatsApp: 0123117349
➲ COD & Meeting Area: Puncak Alam, bukit jelutong, Shah Alam, Subang Jaya, Pantai dalam, ,

Bangsar, Wangsa Maju

Postage Seluruh Malaysia Disediakan dengan Kadar Rata jika ingin beli product sekali!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!

Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia

masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”






✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

10.11.13

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR AIR MINERAL

Assalamualaikum
Ada sesiapa yang hari2 beli air mineral untuk minuman harian kerana tiada penapis air di rumah tak? Mesti ada kan.... 
Bukan sebab tak nak beli penapis air tapi kadang2 rasa sayang nak keluar duit sekelepuk macam tu. Harga penapis air bukannya murah... penapis air yang baik dan berkualiti ribu2 harganya. 

Bagi anda yang mementingkan kualiti air yang diminum tetapi tidak mempunyai penapis air dirumah bolehlah dapatkan jag penapis air ni....




MEMPERKENALKAN PENAPIS AIR 'MAGIC' DARI SHAKLEE

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

lihat VIDEO juga!!!

SMS/WASSAP 012 3117349 JIKA BERHAJAT UNTUK MEMILIKINYA

ps:  tolong jangan bandingkan dengan penapis air maidin... harga barangan maidin memang tiada tolok bandingnya.... hik2.


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

9.11.13

KEPALSUAN KISAH SAYYIDINA UMAR MEMBUNUH ANAKNYA



Dari Ustaz Zamri Zainal Abidin,

Kalaulah benar kisah Sayyidina Umar ibn al-Khattab r.a. pernah membunuh anak perempuannya ketika era jahiliyyah dan kemudiannya menyesal dengan dosa silam sehingga setiap malam memukul-mukul dirinya sebelum tidur kerana menyesalinya, buatlah sedikit ujian sendiri untuk mengesahkan kisah itu benar atau palsu. Untuk mengujinya mudah sahaja, cuba cari jawaban soalan-soalan berikut.

a. Jika benar siapakah nama anak perempuan yang sudah berusia 6-10 tahun kononnya ketika dibunuh? Mustahil kanak-kanak sebesar itu tidak bernama?

b. Jika benar siapakah pula nama ibu kepada budak perempuan itu atau dengan kata lain siapa isteri Umar r.a. yang melahirkan budak itu?

c. Hafsah r.a. adalah anak sulung Umar. Dia hidup sehingga menjadi isteri Rasulullah s.a.w. dan menjadi Ummul Mukminin r.a. Kenapa Hafsah dibiarkan hidup jika benar Umar membenci anak-anak perempuan ketika jahiliyyah seperti lelaki-lelaki jahiliyyah lain? Sedangkan adiknya dibunuh?

-------------------------------------------------------------------

Dan ini pula, tulisan dari Maulana Asri Yusoff, menjawab kepalsuan kisah Sayyidinar Umar Al Khattab yang kononnya pernah menanam anak perempuan hidup-hidup. Selamat membaca dan mengkaji.

Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib Rasulullah (s.a.w) dan khalifah agung umat Islam.

Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di zaman jahiliah.

Apa peliknya andaikata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian.

Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel tersebutmengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah (s.a.w) telah pun bersabda yang bermaksud;

“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah (s.a.w), juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah (s.a.w) dan sahabat-sahabat Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...

“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”

Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.

Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.

2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).

Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.

Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!

3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini.

Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;

“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)

Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.

Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu?

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi (s.a.w). Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.

iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.

v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.

v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.

vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.

vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar.

Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

Lelaki:

1. Abdullah

2. Abdul Rahman al-Akbar

3. Abdul Rahman al-Ausath

4. Abdul Rahman al-Ashghar

5. Zaid al-Akbar

6. Zaid al-Ashghar

7. Ubaidullah

8. ‘Aasim

9. ‘lyadh


Perempuan:

1. Hafsah

2. Ruqayyah

3. Fatimah

4. Zainab

Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh Imam Daarimi di dalam Sunannya, atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah (s.a.w) lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang jahiliah. Kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan. Bila saya memanggilnya dia berlari-lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya. Dia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga. Saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Ayah!”.”

Mendengar ceritanya itu Nabi (s.a.w) menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi (s.a.w) berkata kepada orang itu, “Kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah (s.a.w).” Nabi bersabda, “Orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih penting dari itu.” Seraya Baginda (s.a.w) berkata kepada orang itu, “Ceritakan sekali lagi kisah itu.” Orang itu pun mengulangi lagi sekali kisah tersebut menyebabkan Rasulullah (s.a.w) menangis sehingga basah janggutnya.

Kemudian Nabi (s.a.w) bersabda, “Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakanlah amalan-amalan yang lain.” (Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)

Ini adalah satu kisah dari seorang yang tidak diketahui siapa orangnya dan apa namanya. Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat telah mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a padahal cerita ini pun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak dapat disabitkan kerana Wadhin adalah merupakan perawi teratas, lahir pada tahun 80 H dan wafat pada 149 H, sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain di atasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

Dalam istilah ilmu hadits, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi di atasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulama’ rijal hadits tentangnya. Imam Bukhari, Muslim dan Nasa’i tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “Dia seorang yang dhaif.” Abu Hatim berkata, “Setengah-setengah riwayatnya baik tetapi sesetengah yang lain sangatlah buruk.” Jauzajani berkata, “Riwayat-riwayatnya adalah lemah.” (Mizan al-I’tidal, jilid 4, ms. 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “Ingatannya sangat teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariyah.” (Taqribu at-Tahzib jilid 2 ms. 331)

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan pula tidak disebutkan dengan jelas namanya, kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyidina Umar r.a? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak berani dilakukan dengan sengaja, kecuali oleh musuh-musuh Islam.

Link : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=175

# Lalu siapakah yang mereka cipta kisah ini? Siapa yang paling membenci Sayyidina Umar Al Khattab hinggalah ke hari ini? Anda tahu jawapannya.


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

8.11.13

SUBHANALLAH! JENAZAH 11 TAHUN TIDAK REPUT DI SEGAMAT - VIDEO




Subhanallah..... 
Allahuakbar.....

Masya ALLAH!!......TabarakALLAH di Johor 

Perkuburan yg terlibat dengan expressway Segamat-Tangkak yg telah di gali semula untuk permindahan. 

Di dapati ada 3 jenazah yg masih elok dan utuh meskipun telah berusia 7-11tahun manakala kain kafan jenazah itu berbau wangi.

* Dari en jalaluddin - JKR

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.

SubhanALLAH!!!

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok.

Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.

Untuk makluman perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak.

Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat

Al-Fatihah.

Nota kaki :

Gambar JENAZAH MASIH UTUH jadikan pengajaran di khabar ahli ibadah dan guru Al Quran.

Iktibar agar kita cinta pada Al Quran 





DALAM ISLAM ADA KAEDAH "ISTIBDAL" MEMINDAHKAN KUBUR , TANAH WAKAF JIKA ADA KEPERLUAN DALAM HAL NI JALAN SEMPIT KERETA MAKIN BANYAK PERLU DI BESARKAN MAKA KUBUR TERBABIT PERLU DI PINDAHKAN

* DENGAN SYARAT DI GANTI TANAH YANG BARU.

SAMA JUGA TAPAK MASJID TIBA2 TERLIBAT PEMBINAAN PARIT BAGI MENGATASI BANJIR MISAL KATA MAKA BOLEH ISTIBDAL. GANTI PINDAH TAPAK MASJID ITU .....

- Ustaz Muhammad Nazirul Al-Juhury

Sama2 lah kita ambil iktibar.......


Ya Allah jadikan  ini  tauladan buat diriku.
Jangan asik hadap blog dan fb je aiyang oiiii.....
Astaqfirullah...






✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

6.11.13

EKSKLUSIF : IBU CERITA PENGALAMAN NGERI HANTAR ANAK KE TASKA TAMAN MELATI


Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan rakaman penderaan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, Kuala Lumpur (baca disini). Video tersebut telah mencapai 6500++ share di fan page Tengoktvonline. Malah komen berbentuk nasihat, mengutuk dan mengkeji perbuatan pengasuh kejam tersebut tidak habis-habis diterima. 

Namun, Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:

Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..

Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja.. 

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..


PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia.. 

-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )


2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA

-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

3)TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO.. 

-TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )

4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..

4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..

5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..

6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..

7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..

8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..


PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)


2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )

3)  FINAL KEPUTUSAN DICAPAI.. 

Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT"

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..

NASIHAT PUAN NORLI
  1. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang.. 
  2. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check.. 
  3. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti.. 
  4. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
  5. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan.. 
  6. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM

Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Blog Peribadi Puan Raja Norli

Disclaimer: Artikel ini dihasilkan oleh Puan Raja Norli. Sekiranya puan merasa artikel atau gambar tidak bersesuaian. Hubungi admin untuk perubahan. Terima kasih

Artikel berkaitan:

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...