23.9.13

Tegar dulunya penghidu gam tegar rupanya

sedih juga membaca kisah hidup penyanyi cilik dari Indonesia ini.... apa pun dia sungguh bertuah kerana mendapat peluang untuk mengubah dirinya dan kehidupannya kpd yang lebih baik... semoga terus sukses ye dik!


Nama Tegar Septian kini semakin popular menerusi lagu Aku yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Lagu yang berkisar pasal kehidupannya sebagai memuzik jalanan cilik itu mendapat sambutan ramai. Dia kini sudah memiliki kehidupan kaya sebagaimana yang diimpikan.
Penyanyi cilik berusia 12 tahun itu seorang yang keciciran dalam pelajaran dan sehingga sekarang belum fasih membaca dan baru belajar menulis. Kehidupann kasarnya di jalanan sejak berusia tujuh tahun membuatkan peribadinya juga agak kasar. Kini dia dalam proses pembelajaran menjalani kehidupan biasa. Dia juga sudah mendapat khidmat guru mengajarnya di rumah.

Tegar juga sudah meninggalkann sedikit demi sedikit amalan buruk yang diperolehi daripada kehidupan jalanan yang keras. Dia pernah menjadi penghidu gam tegar yang menggunakan sebahagian wang daripada pendapatan jalanan untuk membeli gam.
"Dulu kalau dapat wang (daripada menynyi di jalanan) saya buat beli gam untuk dihidu dan khayal. Juga buat beli rokok," kata Tegar semasa ditemui media Malaysia dalam majlis Santai bersama media di Kuala Lumpur semalam.
Tegar mengatakan kegembiraannya kerana sudah mampu membelikan rumah buat ibunya hasil wang daripada kerjaya nyanyiannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Sebelum ini dia dan keluarga tinggal dalam rumah kotak berukuran 4 X 6 meter di kawasan penempatan miskin di daerah Subang.
Namanya sekarang sudah sebaris dengan penyanyi popular negaranya, Indonesia. Ia berpunca daripada muatan klip nyanyiannya oleh orang yang dihiburkan ke laman sosial youtube. Lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang nyanyiannya ditonton  jutaan orang. Akhirnya dia ke studio rakaman dan merakam kembali lagu itu dalam versinya  sekarang.

Alfas Hermansyah, pengurusnya yang juga bertindak selaku bapa angkat adalah orang yang bertanggungjawab membawanya ke studio rakaman sehingga mencetuskan fenomena baru di Indonesia tahun ini. Tegar bernaung di bawah mumbung Harpa Records.
"Bukan senang nak menjaga Tegar sebab dia menjalani kehidupan keras di jalanan. Kita kena pandai melayan karenahnya. Alhamdulillah saya dapati dia seorang anak yang mudah dibentuk. Tambahan pula dia ada keinginan yang tinggi untuk belajar dan mengubah diri menjadi lebih baik. Hanya dalam masa tiga bulan sahaja Tegar sudah boleh tinggalkan tabiat merokok dan menghidu gam.
"Alhamdulillah sebab dia belum sampai ke tahap mengambil dadah. Sebab itulah tak payah nak membentuknya," kata Alfas.
Sementara itu album Tegar berjudul  Tegar Dan Sahabat turut dipasarkan di Malaysia oleh Rusa Music. Album itu memuatkan lima lagu Tegar iaitu Aku Yang Dulu Bukan yang Sekarang, Sekolah, Rindu Ibu, Bnegawan Solo dan Sahabat Tegar. Lagu Rindu Ibu ciptaan Tegar sendiri yang sudah popular di youtube dengan judul Temanku Ini Mabok Cinta. Lagu itu dijuatkan di youtube daripada aksinya semasa menyanyi di jalanan.
Berlakon filem
Tegar juga akan berlakon sebuah filem yang berkisar kehidupan sebebarnya daripada zaman miskin sehingga mencapai kejayaan hari ini.
"Bulan depan Tegar akan memulakan penggambaran filem. Tapi kami belum lagi meletak judul filem Tegar ini," kata Donald Dewa Kusumo dari Harpa Records.
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Mati dipusat asuhan : Bapa lihat kepala anaknya sudah terkulai ....

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
Foto

"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

22.9.13

Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran

Banyak lagi gambar menarik ... nak tengok klik SINI

Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi.
Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.
Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.
Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.
Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.
Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal. 

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

20.9.13

TERSEREMPAK LINTAH GERGASI PEKERJA BINAAN BERTEMPIARAN LARI

EEEIIII...... INI BETUL2 RARE! GELIIII............  GELIIIIII..... DAN MENYERAMKAN JUGAK... MAKHLUK NI MAKAN APA ? BAHAM MANUSIA MACAM ULAR SAWA KE...

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
entah2 ini ular guni buruk/ular karung guni ...ehhh pasal apa banyak sangat makhluk ni kat Perak ye.... sereemmmm !!!! tengok kat sini kalau tak percaya.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Ambil Pengajaran! Sepasang kekasih hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!



Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?
Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..
Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)
Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..
__________________

sumber

Betul ke cerita di atas ni? Kalau betul memang elok sangat diambil jadikan pengajaran tapi jika tak betul harap maaf.... cerita ini dah tersebar di blog2 sejak semalam....

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

19.9.13

Omega Guard boleh kempiskan perut!

Wah banyak betul kelebihan omega ni ye.... baru je tadi berborak dengan seorang jiran pasal sakit lutut.
Dia tanya saya makan apa sakit lutut hilang?
Entahlah..... sebab makan omega ni kot!
Bila kakak tu tengok jenama shaklee..... oooooooooooooo.....
ni la yang mak akak makan duluuuuuu........
duluuuuuuuu tu tau bila punya dulu?
masa akak tu belum kawin, masih anak dara
sekarang akak tu dah nak masuk 50 tahun umur dia.... bayangkan punya la lama dulu... hehee
cerita dia...mak dia memang makan ni duluuuuu.... sakit lutut mak dia memang hilang, pastu shaklee ni stop tak de jual lagi tak tau la pasal apa..... tapi alhamdulillah mak dia sampai arwah tak pernah alami sakit lutut lagi jadi dari pengalaman dia yang lalu memang dia sgt yakin dengan produk shaklee ni.
Anda bagaimana? hehehe

Aku..... kalau cerita mungkin orang tak caya yang aku ni mengalami sakit lutut yg kronik gak la... start sakit awal tahun ni... sampai hari raya masih lagi ketat lutut aku.
kalau dah duduk nak bangun lurus kaki punya la azab.... terdengkot2 nak mulakan langkah.
kadang2 tengah tidur pun rasa  sakit ya amat.
sampai aku terfikir aku ni ada terpijak tempat makhluk halus ke.... kot la kena tampar ngan bunian ke... kekeke
sebab rasa macam tak logik orang semuda aku mengalami sakit lutut dan tumit dan sendi pergelangan tangan dan juga siku tangan kanan. Haaa...kauuuu.... 
aku rasa ni ada kaitan dengan asid urik aku yg tinggi jadi aku try makan alfalfa dan omega....
alhamdulillah.... omega tak habis lagi .... alfalfa pun ada lagi ... tapi lutut aku dah tak sakit.... tinggal siku dan pergelangan tangan je...

bawah ni ada lagi kebaikan omega.... baca lah ye...
ohhh selain tu yg aku sgt perasan ialah sejak makan omega rambut aku mcm sapu minyak..... ok gak tak la rambut kering. Tapi muka pun berminyak jugakkkk... huhhh.... nasib tak keluar jerawat. orang kata lebih baik muka berminyak dari kering.... hehehe... mesti nanti muka glowing youuuu.... kakaka


sesiapa yang nak beli omega boleh wasap atau sms 012 3117349 .... jgn call ye sbb sy bisu... ehh keluuu.... huhuu ...

harga RM 136 - 90 caps.... kalau nak murah boleh tapi meh la join jadi member dulu.... hehe 




> Pengambilan 3 biji sehari selepas sarapan/ lunch mampu memberi rasa kurang lapar kepada anda.

> berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma

> kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak badan hodoh & menggalakkan pembakaran lemak dengan cepat.

> Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan.

> membantu masalah perut buncit dan obesiti.

> kesimpulannya omega mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat..
>>memelihara dari penyakit stroke, penyakit jantung , kencing manis, gaot, tulang dan sakit sendi.

>>melincirkan saluran dan peredaran darah. Mengekalkan tekanan darah normal serta ketegangan dileher atau sakit kepala.

>> Sangat baik untuk wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin). Melicinkan kulit yg akan kelihatan kemerah-merahan.

>>mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yg menyebabkan PMS.

>>memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, proriasis dll.

>>Baik untuk ibu yg hamil (1 biji sehari) kerana membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. DHA & EPA dari omega ni sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi

>> Baik bagi ibu hamil untuk mengawal paras kolestrol dalam badan.
>> Baik untuk ibu yg sedang menyusu kerana pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat mengekalkan perkembangan otak anak.

>> membantu menghindarkan anak2 drp gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) / autisme.

>>kanak-kanak adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg pintar perlukan makanan yg kaya dengan asid lemak omega 3, DHA & EPA.

>>juga sangat bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema dll.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

17.9.13

Tepung beracun dan mengandungi babi?

Lihat video ni.....



Selepas mendengar penerangan apa kah perasaan anda.....  maknanya kita hari-hari makan babi? Ya Allah..... ampuni kami. Ada pilihan lain ke.... ? Tepung kat Msia ni yang ada tepung cap kunci dan cap sauh je kan.... ada ke brand lain lagi....? Dan itulah tepung yang kita guna.... yang peniaga2 kuih guna. Habis macam mana ni...... ??????


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...