18.7.13

(Sungai Besi) Menyayat hati ... Pelajar tersepit pintu lif


SUNGAI BESI – Seorang murid sekolah berusia 11 tahun meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di sebuah lif yang gagal berfungsi dengan sempurna ketika pulang dari sekolah di blok 8, Apartment Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Khairul Amir Azri Lani dikatakan cuba keluar daripada lif tersebut selepas tersangkut di antara tingkat 3 dan tingkat 2. Ketika hanya kepalanya keluar dari lif sedangkan badannya masih berada di dalam lif, secara tiba-tiba lif tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal lalu menyebabkan leher mangsa tersepit antara lantai tingkat tiga dan lif.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut maklumat rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, seramai 17 orang yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah turut berada di dalam lif tersebut semasa insiden menyayat hati ini berlaku.

Pihak Bomba telah menerima panggilan pada jam 1.16 petang dan mengambil masa selama lima minit untuk tiba di tempat kejadian dan turut mengeluarkan pengguna lain dari dalam lif berkenaan.

Ibu mangsa yang bekerja di sebuah bank pengsan selepas tiba ditempat kejadian dan menerima perkhabaran buruk terhadap kematian anak ketiga daripada lima beradik ini.

Semoga pihak keluarga Khairul Amir Azri tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.


ps: innalillahhiwainnailaihirojiun.... semoga ibubapanya redha atas pemergian anak tersayang. Sedihnya....  sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Kejam! Kanak-kanak Didera Sehingga Berlubang Tengkorak



Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Zhongbao dari Henan, China memberitahu pihak berkuasa bahawa dia kerapkali dipukul oleh ibu tirinya dengan menggunakan sudip kuali.

Ayah Zhongbao telah bercerai dengan ibu kandungnya ketika Zhongbao berusia 2 tahun dan kemudian bertemu dengan ibu tirinya di dalam laman sesawang. Dari kecil Zhongbao tinggal bersama dengan datuknya namun ketika dia berusia 4 tahun, Zhangbao berpindah untuk tinggal denganh ayah dan ibu tirinya.

Selepas 40 hari tinggal bersama-sama,Zhongbao mula didera dengan teruk sehingga koma dan dia hampir kehilangan nyawanya.  Selepas kejadian itu, Ayah dan Ibu tirinya tidak membenarkan sebarang rawatan ataupun siasatan dilakukan keatas Zhongbao. Namun begitu Datuknya berkeras mahukan Zhangbao menjalani pembedahan di Zhengzhou University Number One Auxiliary Hospital.

Berdasarkan keterangan daripada Ibu-bapa Zhongbao, Anak mereka tergelincir dan terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak dengan teruk.
Walaubagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan dijalankan, para doktor mengesyaki yang seseorang telah memukul kepala Zhongbao.


Kesan daripada keretakan pada tengkoraknya, dia akan menghadapi masalah seperti berjalan dan mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan pada masa akan datang.













✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Sah Ashraf Muslim telah bernikah kali kedua di Thailand


Akhirnya semua sudah terjawab. Spekulasi selama ini mengatakan pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim  bakal berkahwin dengan gadis bernama Sakinah bukan lagi khabar angin semata.
Memetik laporan mStar online, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu pemilik nama sebenar Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya itu atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.


Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada hari ini (Rabu) selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.
Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga.
Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.
Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

16.7.13

ARNAB YANG MEMILIH.....

apa??? ayam mahal??? kalau ayam mahal jangan makan ayam laaa.... daging ada...ikan ada... telur ada.... atau pun makan daun2 jeee... ahaksss

itulah untungnya jadi manusia ni.... banyak pilihan. 
Tak macam haiwan... ada ke kambing kejar ayam sebab takde rumput nak makan? Ular sawa telan  durian sebab tak jumpa binatang atau manusia ....ngeee... 

ehhh... sebenarnya nak cerita pasal arnab kat rumah ni yang dirasakan sangar ek  dan bercitarasa tinggi. 
bagi palet rm2 ringgit tak nak makan!
protes siap kuis2 lagi kasi keluar dari bekas makanan
eeiiiii saboooo je lahhhh
palet yang dorang makan harga rm19.90 sekampit
berlagak gilerrr .....

RM 19.90
satu kampit ni tahan 3 hari je....  untuk 13 ekor.
sapa2 yang bercadang nak pelihara arnab sebagai haiwan kesayangan kena budget betul-betul wooo...

RM 2.00
kalau kat pet shop biasanya dia bagi palet 2 hinggit je pun.... kat pasar tani pun sama gak....
boleh je pun arnab tu telan
memang mengada2 betul korang nih

ooooooo....... kutuk yewww huhuhuuu -opet

elehhhh..... susu ibu kami lagi sedap laaa...terbaik!!!
-anak2 abun

kami pun  ada hak nak makan yang sedap2!!!
- anak2 chebie

tau la nak raya ..... nak budget la tuuu ... - aires
eehhhhh.... apa nihhh.... tak baik dedahkan aib kami tauuuu.... lagi2 di bulan ramadhan yg mulia nih
- opet dan putih
wakakaka.... kesian korang... ada harapan la korang kena sembelih raya  ni ganti ayammmm
- kucing orang sebelah

senyap ahh ko.... nak kena wachaaaa????
ko tu tetiba je masuk rumah tuan aku pehal.... siap lompat balkoni lagi.
tau arrr ko cemburu tengok kami yang dipelihara penuh kasih sayang nih..
pergi balikkkk!!!
-chebi.
sampai hatiiiii..... aku cuma nak kawan ngan korang jeee
 tolongggg!!! sangkar ni bau kencing arnab ....uwekkkk2
- kucing orang sebelah

okey2..... 
arnab-arnab sayang buah hati intan payung bucuk2 semua
tuan ko nih berjanji tidak akan sembelih kamu sekalipun harga ayam mahal gilerrr...
tak kan serahkan kamu ke mana-mana pusat jagaan
tak kan buang kamu ke tepi jalan apatah lagi ke tong sampah
sebab kamu semualah penyeri rumah ini
waulaupun kencing kamu busuk tapi kamu tetap disayang dan dibelai tanpa berbelahbahagi
semoga Allah memurahkan rezeki tuan ko nih supaya terus dapat belikan korang palet yang mahal itu
harapan tuan ko jangan lah korang ubah citarasa kepada palet yang lebih mahal lagi
uhuk... uhuk
sekian~~~~




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

15.7.13

Begini Cara Orang Syiah Solat Terawih - Video


Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Ramadhan yang diberkahi Allah..
Seperti yang telah kaum muslimin ketahui mengenai penyimpangan-penyimpangan yang ada pada agama Syiah, baik dari segi aqidah, ajaran dan ibadah mereka.
Di video ini Anda dapat lihat sendiri bagaimana ibadahnya Syiah Rafidhah yang telah menukar agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan ajaran dan amalan-amalan ibadah yang mereka orang-orang Syiah telah buat-buat dan reka-reka sendiri..
Ini merupakan sholat tarawih mereka..
Dan lihatlah bagaimana cara mereka menghormati Al-Quran..
Dapatkah Anda semua memberitahu kami, darimana datangnya perintah kepada orang-orang Syiah sehingga mereka melakukan yang seperti ini?
Pernahkah ulama-ulama Islam dari zaman wafatnya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam hingga hari ini ada yang menyuruh kepada ummat Islam untuk melalukan yang seperti ini?
Semoga Allah melindungi seluruh kaum muslimin dari bisik-bisik syaithan yang menyuruh dan membawa kita kepada kesesatan. Na’udzubillah min Dzaalik..
“Semoga Allah melindungi kita semua dari yang seperti itu.”


‪#‎SyiahBukanIslam (http://nahimunkar.com)

http://www.ustazcyber.com


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TIADA MAAF BAGIMU! Pasangan persenda Ramadhan bakal didakwa




KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook boleh didakwa kerana memaparkan gambar dan kata-kata jelik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini.
Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 
Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini hari ini bagi memberi keterangan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Pasangan itu tiba di pejabat penguatkuasaan SKMM di sini pada jam 10.45 pagi. 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin memberitahu pemberita di pejabatnya bahawa siasatan akan dijalankan untuk beberapa hari sebelum laporan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. 

"Siasatan akan dilakukan dalam sehari dua," katanya. 

Beliau berkata selain SKMM, pihak polis juga akan turut menyiasat perkara itu mengikut perundangan yang ada. 

Sementara itu, pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan konsisten terhadap dua individu yang mempersenda bulan Ramadan biarpun mereka mengemukakan permohonan maaf. 

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ia sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak menjadikan isu agama sebagai bahan gurauan yang boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain. 

Katanya, Pemuda mahu dalam kes terbaru, mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal kerana ia mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini. 

"Sudah banyak insiden sebegini tapi tidak ada tindakan tegas. Ia membuka ruang kepada berlakunya perkara serupa pada masa akan datang. 

"Kita mahu suara rakyat didengari. Saya difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah mengambil keterangan. Tetapi ia tidak cukup, biarpun mereka sudah minta maaf tetapi tindakan ke atas mereka harus diambil," katanya pada sidang media di ibu pejabat pergerakan itu.


P/S: GOOD JOB KJ! Jangan jadi macam Namewee sudahlah.... jumpa menteri minta maaf pastu setel. Dorang ni ada buat video mohon maaf sebenarnya tapi kalau nak tengok google lah ye... takde kat blog nih...sebab tiada maaf bagimu di sini.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

BAPA BOREK, ANAKNYA GOLEK!!!


hehehe..... keras perut gelak baca sambungan peribahasa nih
entah siapalah yang mula2 sebarkan kat fb
kesian pun ada juga
jawapan  melampaui batas akal fikiran sungguh
atau inikah yang dinamakan berfikir diluar kotak ?

mungkin adik ni belum pernah belajar peribahasa lagi dan tak pernah pula baca di mana-mana
jadi bukan salah dia jika dia sesedap rasa jiwa raga dia je bubuh jawapan

contoh lain
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan mayat.... 
kalau ikut logik... betullah lah tu kan 
hehehe....



ps: alah mcmlah dulu2 korang teror peribahasa.... ngeee


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...