15.7.13

Kaki hancur dilenyek bas


“Tolong, sakit, kaki saya hancur,” raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.

Bagaimanapun, pergerakan lambat Fong Chan tidak disedari pemandu yang menyangka warga emas itu sudah benar-benar turun dari bas, lalu memandu kenderaan itu. Seorang saksi yang dikenali sebagai Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, wanita itu sedang menuruni tangga bas apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak.

“Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans,” katanya.

Menurut Haikal, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu bertengkar dengan pemandu bas serta cuba menyerang lelaki berkenaan, tetapi keadaan reda apabila polis tiba di tempat kejadian.

“Sebagai penumpang, kami berharap pemandu bas lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti ini berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Pemandu itu turut mendakwa tidak menyedari mangsa menuruni tangga bas. Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan lanjut,” katanya.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

14.7.13

Ucapan Selamat Ramadhan Obama Ditwitter Undang Makian?

Ucapan selamat Ramadan Presiden AS, Barack Obama di twitter telah dibanjiri makian. Ucapan Obama tersebut dipandang sinis oleh sejumlah pelawat  yang sebagian menyebutnya sebagai "presiden munafik".

Dalam pernyataannya yang juga diposting di akaun Twitternya, Obama menulis, "Saya berharap Muslim di seluruh Amerika dan dunia mendapatkan berkah dan kebahagiaan di bulan ini bersama dengan keluarga dengan penuh perdamaian dan kesefahaman."

Ucapan Obama ini langsung menuai kecaman dan sindiran dari para pengguna Twitter di seluruh dunia. Mereka mengatakan bahawa Obama munafik, bermuka dua.
Di saat mengucapkan selamat Ramadan, di saat itu pula pemerintahannya masih mengebom Muslim di Pakistan dan Afganistan.

"Barack Obama mengharapkan "Muslim seluruh dunia mendapatkan Ramadan yang berkah dengan keluarga mereka" ADALAH TWEET PALING MUNAFIK DALAM SEJARAH TWITTER," ujar pemilik akaun @saraahbaybee yang menulis dengan huruf kapital, muak benar rupanya. 

Seorang pengguna Twitter bernama @Assadk, bahkan mengibaratkan Obama dengan Hitler. "Obama mengucapkan selamat Ramadan pada Muslim selagi dia menjatuhkan bom, ibarat Hitler mengucapkan selamat hanukkah untuk para tahanan di Auschwitz," ujar pemilik akaun bernama lengkap Assad S. Khan ini.

"Jika Obama benar-benar ingin kami mendapatkan Ramadan yang damai, dia seharusnya menarik tentara dari menakluki negara-negara Muslim," ujar pemilik akaun lainnya, @BKan24.

Sebagian lain menyebut Obama munafik lantaran masih memberi makan dengan paksa terhadap para tahanan Guantanamo yang mogok makan. Ramadan ini, petugas di Guantanamo tetap akan menerapkan makan paksa.  Namun praktik ini dilakukan setelah maghrib, selepas waktu berbuka puasa.

"Senang karena Obama mengucapkan selamat Ramadan? Lol. Tidak. Bagaimana dengan Muslim di Guantanamo? Bagaimana Ramadan mereka?" tulis pemilik akun @@BeautyIsHijaab_.


Pemilik akaun lainnya berkomentar singkat,  tulisnya dia menyesal Obama mengucapkan selamat Ramadan padanya. "Sial. Obama memberikan kami ucapan selamat Ramadan. #munafik," tulis @_Palestinianism.

sumber http://www.atjehcyber.net






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

MANGSA DITETAK HANYA KERANA KEMALANGAN JALAN RAYA

Sedih ..... mangsa yang dalam perjalanan menunaikan solat terawih ditetak oleh lelaki India hanya kerana satu perlanggaran di Klang.
Macam-macam cerita yang tersebar di laman sosial sekarang ni berkenaan perganduhan antara India dan Melayu.
Ada cerita motosikal kena bakar.... keluar rumah bawa parang.... surau nak kena bakar.... wallahuaklam.
Diharap pihak polis dapat menjaga keamanan di kawasan terbabit.
Doakan semoga saudara kita ini cepat sembuh.




Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu

Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

13.7.13

Tahukah anda..PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI - Pedang Paling Tajam Di Dunia ?




[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]

Salahuddin Al-Ayyubi -
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

BLOGGER S3KS HINA ISLAM DILAPOR KEPADA POLIS

MCA Lapor Polis 2 Blogger Seks Hina Islam...




MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa’ dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.



“Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.“Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.“Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.“Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh,” katanya. - mStar



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tentera Syiah Mencium Dan Menjilat Kaki Seorang Budak Kerana Mengambil Berkah ( Gambar ) | Syiah Agama Yang Menyedihkan

 Tentara syi'ah iraq mencium kaki seorang anak penganut syi'ah, setelah anak kecil tersebut melakukan perjalanan jauh bersama orang tuanya menuju makam Husein.dalam rangka peringatan arbain imam Husein.
hal itu di lakukan dengan keyakinan untuk mendapat berkah.di karenakan perjalanan anak tersebut menuju makam Husein

Sungguh sesat perbuatan orang-orang syi'ah.





Dimanakah Akal Mereka? 

gambar kesesatan Syiah
Setelah mengotori diri dengan tanah karbala, 
orang orang syi'ah berjalan merangkak menuju kuburan imam mereka

 Orang-orang Syi'ah Merangkak Menuju Kuburan Imam Mereka 


Orang -orang syi'ah sedang merangkak menuju kuburan serta sujud di kuburan imam mereka


Lihat Videonya di sini:http://www.youtube.com/watch?v=wAduz3l63tw

sumber http://www.kakisembang.com

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

12.7.13

BIADAB!!! ALVIN DAN VIVIAN AJAK UMAT ISLAM BERBUKA PUASA DENGAN SUP BABI



BIADAP DAN TERUS KURANG AJAR!!!
BILA DUA ORANG NI MEMUATNAIK AKSI SEKS MEREKA DI INTERNET PELBAGAI KECAMAN DIBERIKAN OLEH MASYARAKAT. TAPI LANGSUNG TIADA TINDAKAN YANG DIKENAKAN KE ATAS MEREKA. SEBALIKNYA DIUNDANG KE STESEN RADIO LAGI ... SUNGGUH SENGAL STESEN RADIO TERSEBUT!
SEBAB ITULAH MEREKA INI SEMAKIN BERANI BERKURANG AJAR DENGAN MEMBUAT POSTER MENGAJAK UMAT ISLAM BERBUKA PUASA DENGAN SUP BABI PULA. LANGSUNG TAK SENSITIF DENGAN PERASAAN UMAT ISLAM! SIAP LETAK LOGO HALAL JAKIM LAGI. 
PIHAK JAKIM PATUT AMBIL TINDAKAN KEPADA DUA MAKHLUK INI SEBAB DAH MENYALAHGUNAKAN DAN MEMANIPULASI LOGO HALAL TERSEBUT.
KALAU SAMPAI KETAHAP MACAM NI PUN TIADA TINDAKAN DI AMBIL KE ATAS DUA 'MANGKUK AYUN' INI TAK TAULAH NAK KATA APA.....  



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...