15.6.13

Ngeri – Pakcik Ni Terbelah Separuh Muka Kena Serang!

terbelah dagu 2
Allah ngerinya tengok keadaan pakcik nih..... tapi pakcik ni rileks jeee..... macam tak sakit je..... darah pun takde? Dah kering agaknya darah pakcik nih...
Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang apabila tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang terus menetaknya menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.
Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya.
Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan.
Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.
terbelah dagu
Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.
Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring berlumuran darah di beranda rumah dan terus membawa mangsa ke Hospital Sipitang.
Keadaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut
sumber mynewshub

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Lecithin berjaya turunkan berat badan ku yang degil yahuuu....!!!

suka.... sukanya..... alahaiiii
pertama kali timbang berat badan turun 2 kilo youuuu..... selama hari ni tak pernah nak turun2 sampai rasa nak hentak2 je penimbang tu hihihi.....
jam tangan ketat .... rantai tangan ketat..... memang jarang2 sangat dah pakai..... nak beli baru tak de duit... ngeee....
lepas tu entah macam mana ternampak pasal produk lecithin  kat fb yang dikatakan berfungsi untuk cairkan lemak.
cairkan lemak??? bagus la untuk orang kolesterol tinggi macam aku ni...... boleh cairkan darah jugak ..... haa....memang darah aku ni pekat giler.... bila time ambik darah untuk test kolesterol tu hitam pekat kalernya.... keputusan pun mengesahkan triglycerides aku tak okey!
tak sampai sebulan makan ada kwn mesej tanya kenapa aku kurus.... hisshhh.... kurus ke??? ye lah akak nampak kurus! seminggu lepas tu dia mesej lagi tanya akak makan apa??? akak kurus la .... tolong belikan!!  huhhh..... macam tak percaya..... rupanya bila timbang memang betul jarum penimbang tu undur ke belakang sikit.... hahaha.....
sehari lepas kwn sy makan lecithin.... dia mesej.... kak baguslah produk tu.... senang nak membuang!

now dah lebih sebulan makan lecithin..... seluar pun longgar sikit. Baru2 ni jiran2 dekat pula tegur ehh.... nampak kuruslah ....fuhhh.... sampai ada kakak tu pun minta tolong belikan.... akak nak cepatttt....as soon as possible!

Lecithin yang saya makan ni jenama shaklee.
Tak mahal pun sebotol tu harga dia rm 52 dan ada 180 biji.

SMS/WASSAP 012 3117349 

Tengok Demo  


Kalau nak tahu  fakta lanjut tentang Lecithin sila baca info di bawah...
Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. 

ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel disini KLIK

Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.…
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin ni.
ada sesapa nak? saya boleh je belikan.... kos pos anda tanggung, okey!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Qari Perak, Qariah Pahang Juarai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56



FOTO Fathil Asri



KOTA BARU: Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini.
Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus.
Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini.
Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus.
Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik qariah Kedah Marzian Mohd Deli (84.34 peratus).
Bagi naib johan qari dan qariah, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang RM7,000 selain cenderamata dan sijil penyertaan.
Hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan diberi kepada semua peserta.
Hadiah disampaikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Seramai 14 qari dan 15 qariah memperdengar bacaan masing-masing pada tilawah yang berlangsung lima hari sejak Isnin lepas. - BERNAMA

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

14.6.13

Terus rasa nak muntah baca blog nih......

Isk....isk...iskk..... tak sangka pulak aku akan terjumpa blog cenggini..... terus senak perut.... nak muntah hijau sekali pun ada..... uwekkksss!
aku paham perasaan pengendali blog tersebut..... sgt2 paham.... kalau aku pun rasanya aku akan buat macam tu jugak..... tampal gambar penyamun tu besar2 dalam blog biar satu dunia tahu dia tu penyamun!
Apatah lagi kalau yang disamun itu ialah bini kita!
Tapi dalam kes ni bukan salah jebon sorang.... sang isteri  tu pun salah jugak! Sama2 salah....
Kes macam ni berlambak..... tak payah jauh2 nak cerita kisah dalam kain orang..... kain depan mata pun ada koyak rabak.....
Itulah realiti kehidupan.... kita diuji dengan dugaan2 yang kadangkala boleh buat kita rebah menyembah ke bumi jika tidak kuat iman.
Curang dengan pasangan ni memang ramai..... lelaki ada anak isteri yang penyayang pijak semut tak mati tu pun ada juga yang curang. Isteri yang lemah lembut sopan santun pun ada juga yang curang. Orang mcm ni tak takut dosa dan rasa dia kebal dari api neraka kot.

Balik semula ke cerita jebon di atas sebenarnya aku baru singgah blog  Jaybon ni lah. Hurmmm...... sabar je lah ye kepada suami yang isterinya curang. Semoga dapat isteri yang lebih solehah selepas ini.

ps: ustaz khalid selalu pesan (kelas dhuha) ibu2 selalu la baca doa rabitah bayangkan wajah suami ibu2 yeee..... tujuannya supaya hati kita dan pasangan sentiasa terikat. Ini dia  DOA RABITAH



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

13.6.13

Tudung sesumpah??? Sumpah!!! Tak caya tengok sendiri.......

Terkini, satu scarf yang unik ala2 sesumpah telah dicipta untuk wanita yang suka bergaya. Macam sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut situasi sekeliling begitulah juga dengan scarf ni.... cakap je nak kaler apa.....plinggggg bertukar! Haaa..... kagum tak?  Sapa tak percaya sila tengok video di bawah







ni namanya chameleon scarf...... nama melayunya skaf sesumpah hikhik.....
guna sensor LED untuk ubah warna yang dikehendaki
boleh juga buat sendiri kat rumah tau
tapi kena pandai set coding komputerlah
cer puan2 bayangkan kalau tudung layer ala2 fareda tu guna sensor LED ..... fuhh jimat youuuu....
dengan hanya satu tudung, pastu tukar2 je kaler ikut suka hati kita....
meriahhh!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

9.6.13

LELAKI DITEMBAK MATI DALAM CUBAAN ROMPAK KEDAI EMAS



Photo: Perompak yg ditembak mati oleh pihak polis dlm cubaan melarikan diri setelah merompak sebuah kedai emas diKota Bharu ..

tak trgamak lak admin nk uplod wajah simati ..melain kan ada permintaan admin boleh uploadkan itu pon klau ramai yng mintak..


Kota Bharu, 9 Jun - Seorang lelaki bersenjatakan pisau
mati ditembak polis dalam cubaan merompak bersama seorang lagi rakannya di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, hari ini.


Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri.

"Cubaan merompak oleh dua suspek lelaki bersenjatakan pisau dan pistol itu disedari tiga anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rentetan itu, seorang daripada anggota polis tersebut memperkenalkan diri sebelum suspek yang bersenjatakan pisau bertindak melarikan diri ke belakang bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki.

"Selepas ditembak, suspek berusaha melarikan diri kira-kira 15 meter daritempat tembakan dilepaskan sebelum rebah. Dua anggota lain (polis) kemudian sampai dan membantu mengikat paha suspek dengan kain untuk memberhentikan pendarahan, " katanya.

Jalaluddin berkata pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia akibat pendarahan.

"Seorang lagi suspek yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan diri dan polis kini menjalankan operasi mengesan penjenayah itu," katanya menambah polis akan mendapatkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup. - BERNAMA


ps: tadi dah tengok video perompak ni tgh  berguling kesakitan.... tengok tu rasa kasihan pulak..... mesti sakit sgt tu.... ya allah semoga jadi pengajaran kepada sesiapa sahaja... jgn buat jenayah!!!

*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

3.6.13

perghhh.... kaki pencuri besi putus dilibas parang

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
mangsa sedang mengerang kesakitan
adoiiii...... ni kalau tak mendatangkan insaf juga tak tau lah....!!!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...