3.2.13

Lara hidup Norish Karman



WAJAHNNYA pilu dan sesekali jari-jemarinya mengesat air yang tumpah dari kolam matanya yang berkaca, namun Norish Karman, 37, tetap mengagahkan diri. Dia bercerita dan terus bercerita tentang lara yang sedang dihadapi ekoran pelbagai kontroversi.
Tahun lepas namanya panas gara-gara kehadiran seorang bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang sehingga kini masih dirahsiakan identiti bapanya. Tahun ini, air muka pelakon berkaliber yang cukup dikenali dengan panggilan NK itu masih belum habis diconteng dengan arang.

BN tempah PSY untuk CNY



Dalam berita pendek The Star, akhbar itu melaporkan:

Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. 

Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang - The STAR



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Nama saya Osama bin Laden, bapa saya Bill Clinton

New Delhi: Seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama ‘Osama bin Laden.’

Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton’ sebagai nama bapanya.

Permohonannya sudah pasti ditolak kerana tidak akan ada orang yang mempercayainya.
Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu.

Seorang pemohon lain, kerana ingin menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris, meletakkan namanya ‘Abcdefgh’ dan nama bapanya Xyz.

Satu permohonan yang diterima pula, menggunakan nama Tuhan Hindu, Jai Sri Ram., dipercayai mungkin untuk menunjukkan dia dapat membantu meningkatkan ajaran agama Hindu di kalangan pelajar di negeri itu. Ada pula pemohon memberikan namanya Farji yang bermakna ‘palsu’. Dalam ruang nama bapa, dia meletakkan Farji Singh, yang jika diterjemahkan bermakna Singh Palsu.
Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - Daily Mail



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Laman Web JAWI Kena HACK

HACKER Siap Bagi Ceramah Agama Oleh UAI Lagi Bertajuk "Pemimpin JAHIL". Macam nak perli je..... hehe



Link:   http://www.jawi.gov.my/



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

2.2.13

(Video) Trak Berisi Mercun Meletup Musnahkan Lebuhraya di China


Kejadian menyebabkan sebahagian lebuh raya di Mianchi, wilayah Henan musnah manakala 25 kenderaan terhumban kira-kira 30 meter ke bawah.

Agensi berita Xinhua, yang memetik kenyataan pihak bomba melaporkan sembilan orang disahkan terbunuh namun hanya enam daripada 25 kenderaan yang terhumban ditemui.
Kejadian  berlaku 90 kilometer ke barat Luoyang, ibu kota purba China yang dikenali dengan patung Buddha yang terukir daripada batu kapur.
Bunga api amat popular sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi memenuhi permintaan, bunga api dibuat, dihantar dan disimpan dengan kuantiti banyak, dalam keadaan tidak selamat.
Beberapa kejadian kemalangan berlaku pada 2006 dan hari pertama Tahun Baru, sebuah gudang bunga api meletup di sebuah kuil di Henan membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh yang lain. – AP




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

VIDEO: PM Serbia Tergamam, Ditemuramah ‘Pengacara’ Tidak Berseluar Dalam!



SERBIA- Memalukan!
Itu saja yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri republik tersebut ‘dikenakan’ krew produksi sebuah stesen televisyen di negaranya.
Ivica Dacic pada mulanya dijemput untuk satu temubual eksklusif yang dihostkan seorang pengacara wanita.
Tanpa disedarinya, stesen tersebut sebenarnya ingin ‘mengenakannya’.
Lalu seorang model Playboy telah diminta untuk menyamar sebagai pengacara dan menemuramah Dacic secara langsung.
Sebelum rakaman bermula, model tersebut terlebih dahulu menanggalkan seluar dalamnya di belakang set.

Alfatihah...Bekas pemain Selangor Ezmi kembali ke rahmatullah



BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak  Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

Mohd Ezmi Mad Jan
Kanser dialami merubah wajah Mohd Ezmi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...