24.12.12
Meon oiii Meon apalah yang ko membebel nih?
Terrrjumpa kat blog Encik Ben.
Meon ni mesti kerjanya pak supir. Semua liku2 jalan kat Kelantan dia sudah lalui dan entah berapa puluh ribu kali agaknya punggung dia terhentak kat lubang2 yang memenuhi jalan kat Kelantan nih kekeke. Tu sebab otak dia ting tong dan tak berfungsi dengan baik. Stress agaknya!
Kelantan dapat royalti??? Sengal!!!
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Lelaki hina Al-quran dibakar hidup-hidup
HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.
Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.
Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.
“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.
Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai.
Sumber – Reuters
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
23.12.12
Panasss.....Tv3 diserang!!! (Gambar)
![]() |
| kredit gambar - Orenji Ren Oren |






Kerana biadapnya mulut mazidul yang dengan sengaja dikatakan cuba menjatuhkan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi, TV3 telah diserang oleh kira-kira 300 orang penunggang motosikal berkuasa besar.
Walaupun seri pentas dijaga rapi oleh sepasukan 30 orang anggota polis, tetapi Kumpulan tersebut, terdiri daripada kelab Motor Corner dan ARC Selangor, berjaya menyerahkan memorandu mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Dan lebih dari itu mereka mendesak mazidul mulut longkang perasan baik memohon maaf secara terbuka kepada mereka.
Walaupun TV3 sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan, tetapi bagi mereka kenyataan tersebut tidak lengkap dan masih mengelirukAN, mereka memberikan memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.
akil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran berkata
"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.
"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,"
Sementara itu Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.
Pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".
"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi: . sumber
![]() |
| Ehhh! Zizan pun ada? |
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
PELIK LAGI MENGERIKAN BUAT HUBUNGAN INTIM DENGAN MAYAT
Melakukan Hubungan Intim Dengan Rangka Manusia | | KEJAHILAN SEORANG WANITA BILA BERINTIM DENGAN RANGKA MANUSIA | GAMBAR PEREMPUAN BERINTIM DENGAN TENGKORAK |
Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks – dengan rangka manusia!
Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.
Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya.
Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.
Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.
Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;
” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”
Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi.
Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.
Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.
” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.
“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.
” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”
gilosss lah ini perempuan....
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
22.12.12
Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
sumber : Detik islam
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
21.12.12
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
Minggu lepas dalam rancangan Wanita Hari Ini, isu yang di bawa sangat menarik. Aku sempat la menonton rancangan tersebut (memang selalu sem...
-
B eberapa hari yang lepas jiran aku kasi teh ni....dia suruh aku try....dia kata bagus boleh turunkan kolesterol dan kawal gula dalam da...












