20.12.12

Pelik! Mayat terlalu berat dan tayar pacuan empat roda tiba-tiba tersekat.



KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. 

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.



“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

19.12.12

UPDATE: DR HEA IPD KUALA MUDA TENTANG RUSUHAN DI SUNGAI PETANI



abaikan cerita sebelum (di bawah ) jika tidak benar. Ohhh.... pasal tapak tangan berdarah tu yg turut tersebar memang betul ada tapi dah di delete dr fb ayahanda2  sebab gambar tu katanya adalah di ambil dr fb seseorang yang terlibat dalam kemalangan dan di manipulasikan. _cettt....sendiri sebar sendiri kata ada org manipulasi...sengal! Bahaya tau buat mcm tu....  

Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah ///

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & 
Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak 
ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu 
seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke 
Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan 
kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang
 terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta
 roadblock.

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta 
mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan 
parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat 
dikeluarkan oleh PDRM & FRU.

Harap semua pejuang-pejuang ­30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. 
Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang 
dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan 
pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ 
sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke 
kawasan lain.

Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak 
membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya
 perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak 
mengikut emosi.

Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan kongsi 
gelap india 35 melakukan serangan perkauman di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap 
kaum melayu & ancaman serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-4222222..Jangan 
buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum.

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.
*** Mohon mereka yang mengetahui maklumat lanjut mengenai hal ini memberi komen 
dibawah demi perkongsian bersama ***
sumber: http://www.blogpolitikus.com/2012/12/rusuhan-berlaku-di-sungai-petani.html

seriously tak tau pape... ada kuar berita ke tidak ekk....sebab  tak tengok berita sangat. 
Tadi belek metro tak ada pun jumpa berita nih.... tapi  jumpa nih kat fb : tapak tangan berdarah.
huhu... tumpang baca je.... pastu tumpang share kat sini. 





 
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

18.12.12

Misteri batu nisan bernyawa


Misteri Batu Nisan Bernyawa Di Kuala Lipis
Bagaimana yang dikatakan batu nisan boleh bernyawa? Mungkin para pembaca  tertanya-tanya. Di Kuala Lipis, terdapat sebuah kubur lama yang dipercayai batu nisannya semakin lama semakin meninggi. Biarpun cerita ini berlaku pada tahun 2011,misteri ini masih lagi belum diungkapkan. Oleh kerana kewujudan batu nisan bernyawa inilah, menyebabkan ada individu tertentu membuat cubaan untuk memuja. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu metermenimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.
Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.
Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan. Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.
Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.
“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.
“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.
Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.
“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.
“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu. Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.
“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya. “Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.
“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Peringatan: VIDEO KLIP INI MENGANDUNGI GAMBAR NGERI TUBUH-TUBUH YANG TERBUNUH!



Tentera syiah mengebom Masjid Al-Yarmouk di kawasan kem untuk pelarian Palestin di Syria, dengan 2 roket dari jet MIG-22. Mayat-mayat bergelimpangan dan kami masih menghitung jumlah angka yang terbunuh, ada yang hangus terbakar dan dikerat-kerat tubuhnya.

Peringatan: VIDEO KLIP INI MENGANDUNGI GAMBAR NGERI TUBUH-TUBUH SUNNI YANG TERBUNUH!



Ya Allah bantulah saudara kami di Syria mencapai kemenangan. Binasakan tentera Basyar laknatullah. Sedih...sedih...teramat sedih!

:::ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA :::

Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' 
(Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!


Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:


1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine,

walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..


2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..


3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.


kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.


di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..


SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!


*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..


*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh percaya.. yg lain tiada pmbawakan kpd Islam yg sbenar..

RENUNG2KANLAH... -KGB


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

17.12.12

ZALIM! KELAR BADAN KEMUDIAN LUMUR GARAM.


Gambar ini menunjukkan keratan daripada sebuah video yang dirakam daripada henset seorang syabbihah (tali barut Basyar) yang telah dirampas.

Video tersebut menunjukkan syabbihah menyeksa seorang umat Islam Syria dengan mengelar badan lelaki tersebut dengan pisau dan juga pedang. 

Selepas itu, mereka menabur garam ke atas luka-luka tersebut untuk tujuan menyeksa. Sambil syabbihah yang lain mengacukan pedang ke arah lelaki tersebut.

Alhamdulillah, henset yang merakam video tersebut berjaya dirampas setelah mujahidin berjaya membunuh syabbihah tersebut.

lihat video

lihat video bawah ni lagi

[BM] AMARAN: Ini bukannya di HOLLYWOOD, ini ialah aksi hero yang sebenarnya!!!

Video ini memaparkan aksi Mujahideen FSA sedang menembak askar Syiah ketika melindungi seorang sahabat mereka hingga mengorbankan dirinya demi menyelamatkan or
ang awam yang terperangkap dalam kereta putih tersebut.

Sesetengah media yang BODOH menggelarkan Mujahideen FSA sebagai "PEMBERONTAK"!!!






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kenapa tiba2 i-city bertukar jadi kebun kelapa sawit???

Assalam..... selamat pagi ye pren2 semua. 
Hari ni nak kongsi satu cerita yang mungkin ramai yg dah baca. Meletopsss!!! Cerita pasal i-city, i-city menipu, cekik darah dan bla bla bla....... 
Agak kelakar gak baca coretan penulis ni walaupun dia sebenarnya menulis dlm keadaan penuh amarah....hehhh. Pape pun jom baca...



Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".

Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.

Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"

Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.

Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.

Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit. sumber: sembang kencang


Jadi kalau lepas ni i-city tu tutup dan bertukar menjadi kebun kelapa sawit tu maknanya ramailah yang mengaminkan doa penulis ni..... kekeke.
Sebenarnya aku pun tak pernah sampai situ lagi walaupun duduk tak la jauh mana dengan Shah Alam.  Aku pun sebenarnya pernah turut terbako melihat aksi kawan2 bergambar sakan kat pokok2 berlampu warna-warni tu tapi hati dan akal aku tetap mengatakan apa bendalah yg best sgt setakat pokok2 berhias lampu dan haiwan2 kaku tu. Lepas baca citer di atas maknanya lagiiii laaaa tak akan perginya hehhh.... meh aku sama aminkan jugak... bertukarlah lah kauuuuu!

PLINGGGGG!!!

gambar ihsan google


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

15.12.12

Subhanallah Pemuda ini menjual motosikalnya gara-gara mimpi Palestin!

Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya.

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu 

katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.

Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.

900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.

Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini.

3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.

Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".

Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada."

Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya.


Dikopi dr fb Farrah Adeeba. Allahuakbar. Terharunya baca kisah ni..... Semoga Allah swt memberkati hidup anak muda ini dunia dan akhirat. Aamiin.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...