10.12.12

Berbaloikah kita lepak lama-lama di Padang Mahsyar hanya kerana sekeping gambar?

Bismillahirahmannirrahiim.....
Pagi ini saya mulakan n3  dengan tepekan apa yang telah saya baca di fb. Rayau punya rayau, punya rayau saya terjumpa ini. Bukan kali pertama baca.... banyak kali tapi kali ini ayatnya agak ringkas sikit dan saya rasa tertarik untuk mencurinya... lalu membawanya lari dan menyimpannya di dalam blog ini....muehehe (ini ayat pengkopipes yang beriman namanya). Sudi2kanlah baca.....


Nabi ada pesan dekat-dekat kiamat nanti akan wujud golongan yang:

" berpakaian tapi telanjang.... "

golongan ini ialah golongan yang dicelakakan....
hadis ini sangat luas pehamannya,ia juga bersifat tamsil dan kiasan yang boleh ditafsirkan de

ngan macam-macam tafsiran...
jadi hanya manusia yang wujud di akhir zaman je dapat faham siapa sebenarnya golongan tu?

sekarang terserah kita (umat akhir zaman) bagaimana kita melihat hadis ini dan kaitkan ia dengan fenomena depan mata (sebab ia memang merujuk kepada zaman kita pun) kita yang dulunya bukannya trend sekarang dan jadi trend dan dianggap biasa tanpa rasa dosa melakukannya?

sekarang ni wujud macam2 jenis wanita berpakaian tapi telanjang contohnya wanita yang tutup aurat tapi pakai ketat2,wanita yang tutup aurat tapi jarang,wanita yang tutup aurat tapi sengaja pamerkan diri di khalayak ramai tanpa segan silu?

ada 3 golongan yang terlibat:

berpakaian: menutup aurat dengan sempurna (tidak mahu dilihat)

telanjang: tidak menutup aurat (mahu dilihat)

berpakaian tapi telanjang: menutup aurat tapi dedahkan diri pada laki bukan mahram(nak-dilihat-tapi-tak nak-dilihat)

semoga allah bagi kita faham dan tarbiah isteri dan anak-anak perempuan kita dengan baik agar tidak menjadi sebagai salah satu wanita yang menjadi tanda dekatnya kiamat..........

celaan nabi ditujukan kepada yang tidak menutup aurat, menutup aurat tapi tak sempurna dan untuk yang menutup aurat tapi sengaja pamerkan diri sebagai tatapan lelaki ajnabi.....

dalam hadis yang lain,wanita yang sengaja lalu depan laki agar laki tertarik kat dia,wanita itu adalah az-zaaniy (pelacur/penzina) dan tak kan cium syurga...

berapa ramai wanita yang "sengaja" pamerkan diri depan laki ajnabi zaman sekarang?

kenapa nabi lihat ramai wanita di neraka?

apakah begitu sukar memahami kalam ini wahai muslimah sekalian? :'(

yang tak tutup aurat tu, confirm lah kena bakar kalau tak taubat....saya bukan tuhan nak tetapkan hukuman, tapi saya posmen yang telah baca amaran2 tuhan kepada golongan ini lalu saya ceritakan apa amarannya...bukan saya yang suka2 hukum...

yang bertutup pulak, jangan main-main dengan syariat, jangan sebab niat kita nak halalkan semuanya....










apa guna kita lepak lama-lama kat padang mahsyar yang matahari dekat sejengkal dengan kepala hanya kerana sekeping gambar kita di fb?

berbaloikah??????????

Allah..... :'(

~Copy paste dari wall Tengku Anita Tengku Arshad~


pesanan untuk diri sendiri yang kadang2 selalu lalai dan lupa.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

9.12.12

Bendera PAS di sambutan ulang tahun Hamas ke-25 (unedited version..)





Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza... Allahu Ahad..


Bendera PAS dan bendera Malaysia, berkibar megah di puncak bangunan tertinggi di Gaza..







http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2012/12


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

6.12.12

Gara-gara gendut, banduan ini tersekat dilubang dalam cubaan melarikan diri

ehehehe.....
malang betul banduan ni.....
hajat untuk melarikan diri dari penjara tidak kesampaian bila lubang yang ditebuknya tidak cukup besar baginya meloloskan diri.
Kejadian ini berlaku di sebuah penjara Brazil di kota Ceres.
Tengoklah wajah petugas penjara tu..... sengeh2 aje kan bila melihat Rafael Valadao tersekat di lubang.
Dikatakan ada dua lagi rakan Rafael yang turut membantu menolak tubuh Rafael dari belakang tapi disebabkan terlalu gendut maka misi untuk melepaskan diri gagal apabila Rafael berteriak kesakitan.

hahahaha..... macam2 aje kan.



Fat chance: 16-stone Rafael Valadao is surrounded by giggling guards after getting stuck in his escape hole

Lard luck: Despite his desperate attempts to squirm to freedom, portly Rafael reamained stuck fast

Get me outta here: With his face hidden to spare his blushes the hapless prisoner attempts to wriggle free

I give up: In the end the fire brigade had to be called in to cut the prisoner free

worlduh.com




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Terpukau panggilan misteri..... seramnya!!!





KULIM - Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.

Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

"Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.

"Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.

Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku," katanya. sumber


ps: seramnya! terbayang rupa mak lampir . Apa pun alhamdulillah kerana terselamat. Saya memang takut air....  jika berkelah di sungai saya hanya akan masuk ke kawasan yang airnya cetek dan jernih yang saya boleh nampak pasir di bawahnya. Saya memang mudah membayangkan macam2.  Dulu masa kecil memang selalu mandi sungai berhampiran rumah tapi airnya jernih hingga nampak anak2 ikan berenang. Bila hujan dan air menjadi keruh  dan dalam saya terus tak berani. Ohhh..... pobia saya bukan setakat itu sahaja.... merenung ke dalam perigi pun boleh buat saya tak tidur malam. Teringat zaman belajar dulu pergi ke Penang dgn kwn2..... saya pejam mata rapat2  masa bas melalui atas jambatan P. Pinang tu ...ngeee.... Sekarang ok sikit. Tapi yg menjadi masalah saya selalu bermimpi berjalan di tepi laut.... atau berenang di sungai.... waaaa.... sangat tak suka mimpi begitu.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

5.12.12

Misteri Siapa Mahsuri? Sini ada jawapannya!!!


Assalamualaikum

Agak boring bila masuk blog ni..... tak berupdate! Sejak baca novel Melur Jelita mood nak up entri pedas agak merudum.... yg ada dalam kepala adalah nak berjiwang-jiwang aje... kacau sungguh! 

Cuti sekolah ni uolls pergi mana yee..... pergi dengar amanat kat PWTC ke aritu.... ekekeke. Sesak jalan2 kat KL,  nasib la derrr........ Tajuk n3 kali ini  agak saspen.... uolss baca je la sampai habis jika nak tau.


papan tanda ni hanya ada di Kelantan sahaja..... kan..kan

Minggu lepas pergi Kelantan..... yesss memang dah lama tak pergi... kali terakhir pergi tahun 2004 dan sebelum tu tahun 2000. Memandangkan tidak ada sedara mara di sana maka silalah pandai2 bawa diri nak hidup di sana ye. Biasanya tuan tanah kalau pergi mana2 memang kegemaran dia main redah aje.... ada hotel kosong ke tidak dia tak peduli.... kalau hotel penuh kita tidur masjid....senang aje kan jalan penyelesaian dia. Tapi nasib la masih ada kekosongan di Grandriver View Hotel kat Kota Bahru tu lagi (dah balik kl terbaca komen2 dlm satu group menyatakan hotel ini menyeramkan.... waaa.... nasib baik tak jumpa pape yang pelik). Ni kali kedua tido sini. macam dah tak reti nak cari hotel lain aje tuan tanah ni....pasrah aje lah..... bising2 macam la aku tau jalan sangat kat sini.... sama je blur kat tempat orang haha.... cuma yg syoknya hotel ni dekat dengan Pasar Siti Khadijah..... jalan kaki boleh sampai.

Dalam banyak2 negeri yang aku pernah pergi Kelantan ni lain sangat....especiali KB..... petang2 masa jenjalan nak cari makan, rasa aman damai sungguh..... jalan tak sesak. Bunyi kenderaan pun tak membingitkan..... tak ada nampak anak2 muda berpeleseran...ajaib! Masih sama macam 8 tahun lalu. Mana pergi anak2 muda ni ye.... tak nampak pun remaja melepak atau memang tempat yg aku pergi ni tak fofular? Kebanyakan wanita dan remaja perempuan yang aku jumpa hampir kesemuanya bertudung. Dah petang tu kami pergi medan selera.... baru la nampak ramai sikit manusia sebab pekerja pasaraya berhampiran keluar makan. Ehh.... ada pasar malam... aku sempat beli baju kelawar 2 helai dan anak jantan beli JERSI KELANTAN. Wohoooo...... semangat!

Senja di KB sungguh hening.... malam tak usah cerita.... sunyi sepi hanya dengar bunyi kenderaan yang tak seberapa. Disekitar sini memang banyak kedai emas.... semua kepunyaan orang Melayu. Depan hotel seberang jalan ada KFC nak belikan anak2 pun seriau..... mcm tak ada orang jek....  tak tau buka ke tutup.... dorang boikot KFC jugak ke? Tido  je la anak2 oiii.... sebelum tu meh makan maggi... ibu dah siap2 beli tadi kat seven E... kakaka.... tu la tadi tak nak makan nasi kenyang2. Esok pagi2 kena bangun kita nak rayau Pasar Siti Khadijah cuci mata. Tuan tanah ajak ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor (dah 2 kali pun sampai sini) Kawan yg tinggal  kat PChepa pun tak pernah gi situ... mahal katanya. Jadi kali ni tak pergi.

Pagi2 buta lepas bekpes kat hotel kami dah sampai kat pasar Siti Kadhija.... pasar pun tak buka lagi.... melangut la dulu. Penat melangut kat bawah kami naik atas tengok peniaga baru nak buka kedai.... adoiii semangat betul! Tapi syiok la juga dapat harga pagi.... kononnya murah sebab pembuka rezeki.... ye ke.... belasah je lah. Konon nak kecek klate tapi lidah ni keras betul la.... yang keluar loghat KL jugak (seorang kwn selalu ckp peniaga di situ kalau ngan ore luar maha  tapi dengan ore samo dapat la muroh sikit  ). 

Balik hotel semula,  tuan tanah dengan anak bongsu naik beca. Aku lak  tak sanggup nak naik sebab pokcik2 tu tua dah.... larat ke nak kayuh bawak aku yang kusss semangat nih... kang silap hari bulan aku yang kayuh basikal.... dah lama aku tak merempit naik basikal nih tau. Ok sekarang mana jalan nak balik.... belah mana ehh.... jalan je.... eehhhh apsal kita pusing balik kat sini anak2 oiiii...... dua orang bodyguard dah bising... apa lah ibu ni... ingat tau sangat jalan balik. Relaxxxxx..... ok sekarang kita follow arahan bodigad 1 ni..... ikut jalan ni la buuu.... adoiiiyaiiii ibu niiii.... tu nampak tak kedai tuuuu kan kita lalu situ tadi.....  ha ah laaa apa laaa ibu niiii...... bodigad 2 berbunyi.... cettt...(saboooo).

Sampai bilik tak ada orang... yeaaa.... kita sampai dulu laaa..... mesti pakcik beca tu pusing ikut jalan jauh. " apanya bu..... tu nampak tak plastik barang.... abah dah sampai laaa"..... ekkkk??? Hp berbunyi....  "kat swimming pool ni". Dua orang bodigad melompat dan terus capai tuala.... ibu malas korang pegi laaa.... ehh panjang pulak aku punya story ni.... hehehe..... tak pernah2 buat karangan...selalu n3 kopipes je.....kekeke.

Tghari cekout...... destinasi seterusnya ialah Pulau Langkawi. Gilosss ini tuan tanah..... sanggup memandu dr KL ke KB tido semalam dan memandu  lagi ke Kedah ikut Jeli - Grik perghh. Sampai Pasir Mas pusing2 cari kedai makan..... tiba2... jeng2.... masa lalu depan sebuah bank ternampak la seorang lelaki berjubah berjalan ke arah bank dengan memegang seikat duit kat tangan. Makkk aiiii.....  macam tu je dia bawak duit? Ohh lupa nak cakap.... kat Kelantan ni kan....wajah2 wanita nya cantik2 dan manis aje.... lelakinya pula kacak2 je.... wajah beriman kot. Kat depan hotel tadi pun selamba aje sorang lelaki berkain pelikat dan berkopiah berborak.... pemandangan yang indah dan menyejukkan mata.... ohh mama kenapa dahulu takde  lelaki dr kelantan yang nak melamar anak mu ini.... keletuk!  ketuk kepala sendiri.

Akhirnya jumpa juga kedai makan....kat Tanah Merah.... kedai ni keblakangggg sikit (ikut cara johan cakap dlm lawak ke derr). wuhuuu ada lauk ayam kampung goreng..... peberet tuan tanah, kerana peberet dialah maka  kami selalu dipaksa ikut makan ayam kampung di kaw.  rehat AWAN BESAR.
Agak pelik sikit di sini tak ada budu.... tuan tanah minta budu mana tau tuan kedai ada spare kat dapur ke.... tak ada okey... nampak kuciwa wajah tuan tanah. Lima ketul ayam, sepiring gulai daging, sepiring sotong sambal (ada byk ekor tapi lupa nak kira)  sambal belacan..... nasi di hidang atas daun pisang.... ada pinggan dan tuan tanah memang minta nasi dalam pinggan tapi tak dilayan...kahkah...saboo..... sayur tak ada pilihan hanya ada taugeh goreng yang memang akan diletak sekali dekat nasi.... kemudian segala jenis kuah akan di kaut sikit2 dan dan campak atas nasi... aku telan air liur pahit.... boleh ke aku makan mcm ni punya cikai gaya persembahan. Tapi perut sangat laparrrr...... makan je jgn banyak songeh. Suapan pertama rasa sikit2.... suap lagi..... wallahhhh....sedapnya sambal belacan diaaaaaa..... dah lama tak makan sambal belacan sesedap rasa macam ni.... kejap aje licin nasi kat daun pisang aku.... gulai daging pun sedapppp.... sotong sedapppp..... ayam kampung goreng dah tentulah sedapppp kannnn....alhamdulillah..... tuan kedai sangat sempoi.... berjubah dan berkupiah putih...sangat tangkas dia menceduk lauk2 .... ohhh sekali lagi sejuk mata memandang. Time bayar untuk 5 orang makan..... tak sampai 40 hinggit??? Nasib baik la jauh dari KL ini kedai kalau tidak alamatnyaaaa hari2 la aku datang tapau sambal belacan.

Perjalanan merentasi banjaran titiwangsa adalah sangat memboringkan. Kiri kanan pokok.... sayup je..... ini kali kedua melalui jalan ni.... kali pertama dr Kedah ke Kelantan, jadi dah tau la sikit2 macam mana rupanya. Sampai Jitra dah senja.... hajat hati nak tido rumah kakak di Padang Perahu (tak jauh dah)  tapi sebab hujan lebat, perut pun lapar maka  perancangan di tukar... tuan tanah ajak tido hotel je so esok pagi senang kita gerak ke jeti Kuala Perlis. 


Berhenti di hentian rehat titiwangsa (kalo tak silap la namanya)

Kita tido sana ke balik hari abang? Entah..... bawak aje lah baju. Memandangkan ini adalah kali pertama pergi ke Langkawi jadi tak boleh nak bayang mcm mana. Tak excited sgt. Memang selalu pergi rumah kakak kat sini tapi hati tak teringin langsung nak pergi memandangkan anak2 kecik lagi. Malas nak dukung anak, malas nak bawak botol susu, pampers semua.... tunggu besar dan boleh bawak beg sendiri.... jadi hajat tercapai ibu cuma bawa henbag aje...muahaha.

Nasib agak baik ada 'seorang' yang tuan tanah kenal di kaw. kerja dia yang pernah kerja sebagai beach boy di Langkawi. Maka segala tempat tinggal dan pengangkutan dia yg tolong carikan.... bila kami sampai kat sana.... dah ada kereta tunggu dan hantar sampai tempat penginapan. Disebabkan tuan tanah minta tolong cari tempat penginapan yang murah tapi besar muat lima orang dan tepi pantai maka 'orang' tu cari resort di Pantai Chenang. Wallah..... memang tepi pantai pun.... sebelah McD dan sebelahnya kedai bebas cukai jadi three stooges boleh beli coklat di sini dan kemudian masuk  Underwater World pula . Apa nama resort ni ekk.... aduhh lupa nak tengok.... MALI RESORT la kalo tak silap. Harga RM 100 je ... dua katil besar. Okeyla tu kan.... saaaaaave budget abah.

Sewa kereta kancil.... RM 70.... untuk dua hari... murah tak.... janji boleh pusing satu pulau ekekeke. 
Apa yang best ekkk kat sini... mandi laut aku tak suka..... baik tido kat bilik...nnt terbakar kulitku yg gebu ni.... jadi korang semua pergila enjoy ibu nak ZzzZzzzZzz jap.

Dorang dah balik mandi..... siap cepat kita pergi pusing2. Destinasi pertama ialah pergi beli tiket balik untuk esok petang..... grrrr.....satu malam je tido sini? Okey..... anak2 tak ada bantahan. Memang dorang ni pun sama spesis dengan aku tak suka berjalan tinggalkan rumah lama2. Dah dapat tiket marilah kita bergambar kat burung helang besar tu.. Tak sah la kalo tak bergambar kat situ agaknya. Kemudian,  Mem nak pergi mana? Haji Ismail ye......? Makkk ramainya orang kat Kedai pak aji mail ni..... masuk situ gilosss sempit.... tuan tanah tunggu luar. Tak kuasa dia nak masuk. Aku pergi ke bahagian pinggan mangkuk ohlalala bukan kaum hawa aje ramai...kaum adam pun sama sibuk. 
tiga bodigad .... yg sorang tu bangga dengan jersey  Red Worrior.... 


Memandangkan aku ni pemegang kad ahli AKOJAYA, MENANG GLASSWARE, GIACOMO, dan pernah juga menjual MELAMINE SUPERWARE maka  pinggan mangkuk ini aku kureng teruja sangat. Bodigad kecik ni pun sound " tak payah beli la buuu.... dalam almari tu dah banyak pinggan" bila aku terkebil2 kat depan pinggan mangkuk semua tu. Hurmm..... okeylah anak2.... tengok ni ibu beli sudu aje.... sudu kat rumah tu hilang ntah kemana....mesti korang punya kerja beli maggi goreng mamak, lepas makan  sudu letak kat dalam bekas polisterin pastu letak kat singki... lepas tu ibu kemas dan campak aje bekas tu ngan  sudu2 sekali dalam tong sampah. 

Coklat kat Langkawi boleh tahan murah.... kalau  cadbury bar ni RM 4.80 kat kedai cina depan  rumah aku kat sini baru RM 3.90. Disebabkan anak2 hanya biasa makan cadbury, kitkat, ferrero  makanya  itulah yg jadi pilihan dorang kat sini. Dah nak senja.... balik singgah pasar malam... wuhuuu ada jual sotong bakar.... sedap  sebab sotong fresh.... rasa manis... tak cukup dan beli lagi. Kenyang isi perut balik tido.

Esok pagi2 dah keluar..... cari sarapan. Dengan map kat tangan maka kita pusing ini pulau tengok apa ada. Hurm oklah.....sampai dah kat padang beras terbakar tapi sebab tak ada sapa pulak yang nak masuk.... pusing lagiiiii...... kita pi makam Mahsuri.... jauh gak masuk dalam.... betul ke jalan niii.... patah balik laa .... tak nampak papan tanda pun..... tuan tanah dah bising.... sebab orang pegang map ni bising aje.... bukan nak bagi semangat ....huhu. Akhirnya sampai juga.... dah sampai berenti jap tengok2 dari luar..... waaaa bukan nak masuk punnn.... 'laaa... kubur je pun... tak payah la tengok' grrr.... saje aje lah tuan tanah ni.... anak2 memang tak teruja. Aku pun malas gak sebenarnya...  haila... cuma yang kecik tu aje sibuk bertanya Mahsuri itu siapa? Aku terangkan Mahsuri tu seorang perempuan.... aku cerita sikit2 yg aku tau tentang sumpahan dan darah putih yang penting aku dah tekankan Mahsuri tu wanita yang cantik macam ibu dan menjadi rebutan lelaki macam ibu....kahkahkah. Nasib baik tuan tanah tak tolak aku keluar dari dlm kereta. Yang kecik ni masih tak puas hati. Aku serah tab kat dia.... google la sendiri!!! Cakap ibu tak percaya...hehehe. Jadi dah tahukah siapa Mahsuri itu.... (sambil kelip2kan mata) kekekeke.
ada iras2 tak... muehehe (mood perasan sungguh)

http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.com




Kemudian pusing lagi.... anak2 nak pergi taman burung.... masa nak ke sana lalu Idaman Suri. Ooooyeeeaaa.... kat sini rupanya. Err.... apakata korang aje pergi tengok burung tu tinggalkan ibu kat Idaman Suri.... nnt balik baru ambik ibu. Anak2 tak kisah.... tapi tuan tanah ni hailaaaa....... tak boleh kita pergi sama2. Huhhh.... macam la kat KL tu takde taman burung... Idaman Suri tu memang la takde kat KL....waaaa tension makkk.


Balik taman burung dapat la cuci mata kat Idaman Suri sekejap...bangunan besar tapi premis jualan satu tingkat aje kat bawah.... laahaiiii ye ye lah aku ingat dua tiga tingkat tadi.... sini byk benda yang cantik2 .... sapa suka pinggan mangkuk tema english rose garden boleh pi sini ye...  kat sini aku beli mug aje.... murahnya laahhhh.... mug 2 biji rm10 hinggit so borong2 hehehe.... mcm biasa bodigad kecik memberi amaran ibu tak payah beli pinggan mangkuk k. Hurm Yo lahhhh.....


suka takkkk.....hikhik

Dah jom lah balik..... nnt2 aje lah datang sini shoping... tunggu korang nak kawen nnt. Alamak 3 bodigad memberi jelingan. 

Balik terus pi rumah kakak suami. Tido awal sebab esok pagi2 nak pergi Padang Besar pulak. Ini tempat wajib pergi kalau pergi rumah kakak ipar ni. Dah dekat. Sini macam biasa beli apa2 yang patut hehehe......  Kemudian selepas Zohor balik..... tapi kali ni nak try makan mee udang kat Sg. Dua.... selalu tengok kat fb orang upload gambar.... mcm best. Jenuh gak pusing2.... jumpa juga akhirnya. Sebab first time sampai sini jadi makan aje lah mee udang.... tak tau nak pilih menu lain. Mula2 kena pilih udang.... udang kertas tu 100g = RM9 (fuhh kalau sekilo?) .... sebab udangnya besar2 maka adalah dalam 10 ke 12 ekor udang aku pilih. Lagipun aku budget 2 bodigad tak pandai makan udang.... sekalinya sampai.... tudia.... semua makan dengan gelojoh... sedap la juga. Tapi sedap lagi maggi kari kekekeke.


 RM 72 untuk menikmati mee udang

Alhamdulillah.... akhirnya sampai juga ke sarang. Kali ini tuan tanah memandu dengan agak berhemah. Takut kena tangkap dengan AES la tuh...wakakaka. Kali terakhir pi Kedah 2 tahun lepas 5 keping surat cinta sampai. 3 hari berturut2 encik posmen datang ketuk pintu. Paling tak di lupa dua tahun sebelum itu lagi dahsyat.... encik polis memang dah standby tunggu kedatangan kereta kitorang.... bila dia nampak aje jauh lagi dia dah ketengah jalan nak menahan kereta. hadoilaa.... apa2 je lah pak encik ni.... macam nak tahan kereta penjenayah paling dikehendaki aje gayanya!

Terima kasih kepada yang telah membuang masa membaca cerita ini.










✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
-sinarharian.com




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1.12.12

Kisah di sebuah sekolah: 2+2=5


2 + 2 = 5 ini adalah  satu filem pendek Iran yang menunjukkan bagaimana cara kerajaan diktator mengawal pemikiran rakyatnya. Siapa yang menentang dasar pemerintah walaupun terbukti 'salah' akan dibunuh. 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...