16.10.12

PM NAJIB TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH?



Panas!! PM & TPM Negara ISLAM 1Malaysia Kantoii, 
MEMALUKAN!!! NAJIB TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH? 

Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. Ikuti video pada minit 1:46. Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling 
kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi. Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu. 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

15.10.12

Bosannya fb!

Ini luahan perasaan aku. Asik buat cerita tentang orang je... pekata mengumpat diri sendiri pulak. Tapiiiiiiii ada ke orang nak baca? 

Masuk tahun ketiga berfb rasanya mukabuku semakin membosankan. Mula2 dulu ya Allah..... semua rakan lelama nak di cari, semua artis yang diminati di add, tu belum lagi orang ternama dan tak ternama. Status pulak kan main lagi celik mata je terus ucap salam dan selamat pagi kat kawan-kawan mukabuku. Kemudian   menyusul pulak status masak apa, tengok citer apa, layan lagu la, hal anak-anak la, sampai ke hal kain tak berlipat sebab asik ngadap fb pun boleh berpuluh2 komen....cehhh..... itu pun seronok tak ingat. Belum lagi bab tayang gambar itu, tayang gambar ni..... sampai makan maggi pun ambik gambar gak nak masuk mukabuku. Dasarrrrr.........

Tapi bila masuk tahun ke 3 aku mula beralih arah.... aku mula jemu mengulas benda yang sama....merepek2 entah apa2  dengan kawan2 tak kira lelaki dan perempuan.
Lagi aku bosan bila ada yang terasa dengan status kita walhal kita tak tuju pun ayat kat dia. Lagi jelik kita tulis status pastu ada pulak yang terasa dan buat status mengulas balik apa yang kita tulis.


Bila aku mula share isu2 semasa tentang politik atau pemimpin  maka ada la yg tak suka.... bukan sekadar unfriend... block terus pun ada. Aku ni dikata tak tau bersyukur.... duduk negara aman macam ni. Aku ni tak tau berterima kasih pada kerajaan yg dah bagi segala-galanya...hahaha. Gelihati... Tak sangka aku ada orang macam tu..... aku pun pernah gak unfriend rakan tapi bukan sebab berbeza pendapat politik. Aku unfriend sebab ada unsur melanggar batas sikit... hahaha ....nnt jiran2 aku yang ada fb ingat aku ni ada skandal.... tak mau aku. Jadi jalan selamat tak payahlah la lagi aku kwn dengan org mcm tu..... aku nak jadi wanita solehah okey...tolong jangan cemarkan reputasi aku nih....ngeee~~~

Sekarang kalau aku mengadap mukabuku aku just baca dan cari bahan yang menarik untuk buat en3 blog. Cari ilmu yang bermanfaat.... ada banyak sgt ilmu agama ni kita boleh dapat kat fb.
Baca status rakan mb yg rapat .... asal jangan gedik2 punya status aku still boleh komen.
Paling aku malas nak baca status luahan hati sedih-sedih2..... sekali sepuluh kali pujuk bagi semangat cukuplah.... takkan sampai dua tiga tahun nak tiup semangat. Pastu gedik2 tulis status sayang2.... haila.... tak masuk jiwa aku langsung..... sayang itu dalam hati bukan untuk di tulis dan ditayang2 dimuka buku. Meluat okey!

Dan yang paaaalinggg aku tak suka baca status lepas geram dengan bahasa #%^&*. Boleh gugat emosi aku sama..... aku ni ada darah tinggi...percuma je naik bp aku hehehe.

Aku rasa bukan aku sorang saja yang dah slow.... ramai kwn pun mcm aku... tu yang buat dunia mbuku lebih suram.... nak cari kwn baru pun dah malas.... yg tutup akaun pun ada. 

Twitter? Ada, tapi aku ni bukan sesiapa.... tak ada follower pun.... hahaha kesian sungguh. Tutup sudaaa....












✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf

Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf. 



Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)


Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“



Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.


Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.



kopipes

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Budak 2 tahun maut dihempap TV



AMPANG JAYA – Sepasang suami isteri menyesal tidak sudah apabila anak bongsu mereka maut dihempap sebuah televisyen (TV) bersaiz 29 inci yang terjatuh dari atas almari sebelum menghempap mangsa di Taman Ampang Saujana di sini semalam.
Keluarga tersebut sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengalihkan TV dan almari tersebut namun belum sempat perkara itu dilakukan TV tersebut terlebih dahulu mengundang tragedi.
Semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Halif Hariz Khairil Anuar, dua tahun, ibu bapanya dan dua abang mangsa yang berusia lima dan lapan tahun berada di dalam bilik tidur utama rumah teres itu.
Bapa mangsa, Khairil Anuar Mohamed, 36, yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala ibunya, Nur Azlin Mohd. Ali, 31, yang berniaga sendiri sedang berehat di dalam bilik sama.
Halif dan dua abangnya semasa itu bermain-main di dalam bilik tersebut.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu terkejut apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di dalam bilik sebelum diikuti tangisan Halif.
Halif kemudian dilihat sudah berada di bawah TV dengan darah mengalir tanpa henti dari telinga, mulut dan hidungnya.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

14.10.12

Adakah Anda Pengguna Bijak?



Jumaat lepas kawan saya buatkan kad ATM Maybank untuk mak dia. Mereka beri kad ini tanpa ada apa-apa penerangan. Sebaik saya menerimanya, saya tanya... berapa saya kena charge untuk visa? 

Jawapannya: murah sahaja.... rm8.00 setahun.

Saya kata... mak saya sudah berumur 72 tahun. Dia tidak menggunakannya. Mengapa tidak beritahu pengguna awal-awal?
 Jawapannya: hanya senyuman sahaja...



Jika ada 100 ribu pengguna yang sekadar ambil card dan tidak mematikan khidmat visa atau master card tersebut, juga tidak pernah menggunakan servis itu... maybank akan membuat keuntungan sebanyak RM800 ribu setiap tahun. Itu jika 100 ribu.... jika 1 juta pengguna..????

Jikalau..., saudara pakai kad jenis ini dan tidak menggunakan servis visa atau master card pada kad ATM ini, sila pastikan untuk menamatkan/hentikan servis ini di Maybank berdekatan. Jika tidak... saudara/saudari sekalian akan dikenakan charges RM8.00 setiap tahun. - Sumber I luv Islam.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kaabah dihina di Pahang



Biadap! Mereka ni langsung tak sensitif perasaan umat Islam. Makin maju dan gah company makin bengap pulak otak orang yang buat event ni.  Menurut sumber event di bakal berlangsung di Megamall Kuantan.
Latar belakang Kaabah tapi kat depan ada aksi terkinja2 menari.... ada pulak kebaya fesyen show... dan entah apa2 lagi persembahan. Kalau nak sangat buat persembahan tu silakan.... tapi tolong turunkan banner tu dulu. Boikot nak????






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

13.10.12

UNTUK WANITA - APA TENGOK2?

WAHHH..... GANASNYA TAJUK EKEKEKE


NAK KASI HABIS STOK!!!

SEMUA BARANG2  NI HARGA LAMA.... 
MASIH DALAM KEADAAN BAIK SEBAB TAG HARGA PUN ADA LAGI

TERKINI - BARANG YG SAMA HARGA DAH NAIK

SESIAPA YANG BIASA TENGOK BELI BARANG ZHULIAN MESTI TAU EHEHEH......

EHH...LUPA NAK BAGI TAU.... NI SEMUA ZHULIAN TAU...




HARGA ASAL RM147
PANJANG 17.5
NAK JUAL RM 100.... TERMASUK POS


HARGA ASAL RM214
PANJANG 19 CM
NAK JUAL RM 150



HARGA ASAL RM 88
PANJANG 16.5 CM
NAK JUAL RM 56 JE....TERMASUK POS



LOKET RM 157
SAPA NAK RM 100 JE.... TERMASUK HARGA POS



RANTAI NI PANJANG 80CM
HARGA ASAL 299 ... KASI LELONG RM 230 JE.... TERMASUK HARGA POS




CEPAT LA.... SAPA CEPAT DIA DAPAT!


SIAPA BERMINAT SILA EMAIL - aiyangsari@gmail.com



SEKIAN... APA TENGOK2? MOH LERR MEMBELI........ AHAKSSS




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...