30.9.12
Heboh dapat tangkap toyol. Lihat!
Jakarta Percaya atau tidak, terserah Anda. Warga Kelapa Gading mengaku menangkap makhluk halus jenis tuyul. Lelembut yang biasa bertugas mencuri uang itu ditangkap menggunakan ember berisi air dan kepiting.
Penangkapan tuyul itu dikisahkan Jejen, anak pemilik warung nasi yang menemukan tuyul, Dedi Kusmadi, pada Kamis 6 Mei 2010 lalu pada pukul 23.00 WIB.
"Disediain air dalam ember terus di dalamnya dikasih kepiting. Katanya sih buat mancing. Terus habis itu tiba-tiba sudah masuk ada ke dalam botol tuyul itu," ujar Jejen yang ditemui di Kompleks Pergudangan BGR, Jl Kelapa Gading Raya, Jakarta Utara, Rabu (19/5/2010).
Menurut Jejen, Dedi meminta bantuan anak temannya yang berusia 11 tahun yang mempunyai 'ilmu'.
Lantas bagaimana penampakan tuyul itu? "Kecil, seperti aura, cahaya warna kuning... tapi kelihatan ada mata, ada tangan, ada kaki," jelas Jejen yang masih remaja itu.
Keluarga Jejen sendiri mengaku tak pernah kehilangan uang. Informasi yang didapatnya, tuyul itu sebelumnya 'beroperasi' di sebuah pusat belanja di Kepala Gading, yang merupakan kawasan elite di Jakarta Utara.
Penangkapan tuyul itu sempat menyedot perhatian warga sekitar. Warga berdatangan untuk menyaksikan makhluk dalam botol itu.
Lain Jejen, lain pula dengan pengakuan tetangganya, Bu Suroto, yang mengaku sering kehilangan uang sedikit demi sedikit.
"Kalau saya lumayan sering kehilangan uang, tapi dikit-dikit gitu. Misalnya tiba-tiba berkurang Rp 15 ribu," jelasnya.
Bahkan 3 hari lalu, uangnya yang disimpan di dalam dompet yang diletakkan di dalam lemari juga berkurang.
"Duit saya pertama saya hitung ada sejuta terus nggak lama, duitnya tinggal Rp 900� ribu," imbuhnya.
Bu Suroto juga mengisahkan, suaminya yang sering tidur malam di luar sering melihat anak kecil keluyuran malam-malam.
(nwk/nrl)
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Bangkai ular sawa untuk penganjur demo Pengerang.... Jom terjah!!!
Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya.
Bangkai yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok.
Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya.
Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu.
"Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh.
"Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan," katanya.
SUMBER
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Nakoula dipenjara bukan kerana filem anti-Islam
Dari kiri Cindy Lee Garcia, Steve Klein, Anna Gurji dan Nakoula
AKHIRNYA semalam Nakoula Basseley Nakoula dipenjarakan.
Namun jangan salah sangka. Dia bukannya dipenjarakan kerana menerbitkan filemInnocence of Muslims, tetapi di atas tuduhan melanggar syarat-syarat pengawasan atau parol kerana menipu bank.
Lelaki berusia 55 tahun dan penganut Kristian Qibti itu menjadi terkenal kerana menerbit filem anti-Islam yang mendapat kecaman seluruh dunia Islam.
Segalanya bermula pada 11 September apabila filem tersebut dimuatkan dalam Youtube milik Google Inc. sehingga menyebabkan empat rakyat AS dibunuh termasuklah Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Chris Stevens.
Tunjuk perasaan yang bertukar menjadi ganas membantah filem itu telah mencederakan berpuluh-puluh yang lain dalam beberapa siri serangan di Kedutaan AS di Tunisia, manakala di Sudan pula kedutaan AS, Jerman dan Britain diserang pada 14 September.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Malang.... anggota penguatkuasa disembur air!
![]() |
| Kenderaan Jabatan Penguat kuasa MPSJ disembur air oleh seorang pemilik bengkel ketika menjalankan tindakan penguatkuasaan. |
SERDANG – Rutin sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan tugas bertukar malang apabila pemilik sebuah bengkel kenderaan bertindak menyemburkan air dari pili bomba ke arah mereka menyebabkan kesemuanya kebasahan, pagi Selasa lalu.
Difahamkan, insiden berlaku ketika anggota penguat kuasa sedang menulis notis amaran untuk ditampal pada cermin kenderaan diletakkan di luar premis yang didakwa menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.
Bagaimanapun, tindakan anggota dipercayai tidak disenangi pemilik yang kemudian mengambil saluran paip menyambungkannya dengan sebuah kenderaan bomba sukarela dan pili bomba sebelum bertindak menyembur air ke arah anggota.
Tidak cukup dengan itu, pemilik bengkel itu juga dikatakan memancutkan air ke dalam van milik Jabatan Penguat Kuasa MPSJ dipercayai bagi menghalau dan menghalang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu daripada melaksanakan tugas.
Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan berkata, anggotanya ke bengkel terletak di Taman Seri Serdang itu selepas menerima aduan mengatakan tempat itu banyak kereta buruk yang menghalang laluan.
Katanya, anggotanya kemudian datang menyiasat aduan dan mendapati terdapat banyak kereta buruk di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, penerangan mengenai kesalahan diberi kepada pekerja bengkel sebelum notis amaran ditulis anggota untuk ditampal di kenderaan yang menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.
“Ketika sedang menulis notis itu, pemilik bengkel yang juga dipercayai anggota pasukan beruniform sukarela bertindak menyemburkan air daripada pili bomba kepada anggota penguat kuasa hingga menyebabkan kesemua mereka basah.
“Susulan kejadian, anggota membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya itu bukan kejadian pertama anggotanya diserang apabila baru-baru ini sepasukan anggota yang membuat serbuan di sebuah premis dikepung dan hampir diserang sekumpulan warga Myanmar bersenjatakan parang dan batang besi. SH
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
29.9.12
Anakku Hidup Sekali Biar Bererti - Nyawa tiada di kedai spare part!
best juga kandungan buku ni walau baru baca sedikit kat SINI . Buku ni penuh dengan nasihat dan pesanan untuk anak-anak tentang akhlak...tentang aurat dsb. Sedih tengok anak-anak yang hidup tersasar jauh dari landasan Islam.
Nak kongsi satu cerita yang berlaku kat sini (kaw, sy tinggal) Baru-baru ni seorang remaja telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah lori. Kejadian tersebut pada waktu pagi dan remaja lelaki tersebut berumur 17 tahun. Mula-mula dengar cerita rasa sedih.... Tapi bila jiran-jiran bercerita tentang perilaku buruk remaja terbabit yang sering membuat onar dan bising hingga mengganggu jiran-jiran dan adakala jika ditegur kereta pula yang jadi mangsa balas dendam rasa kasihan mula terpadam.
Yang paling tidak sedap didengar cerita tragedi yang meragut nyawanya itu berpunca dari sikap remaja terbabit yang hendak menunjuk lagak di jalan raya.... kata kawan2 yang mengenali, arwah di katakan berdiri di atas motosikal untuk menumbuk pemandu lori (puncanya tidak tahu) menyebabkan lori tersebut menghimpit ke tepi dan arwah hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan menyebabkan beliau digilis.
Ya Alah bila dengar kisah yg diceritakan rasa gigil badan ni..... kenapa nak.... kenapa nak tunjuk kuat sangat.... dan ditempat yg salah pula tu. Adakah kerana sudah terbiasa dengan perangai samseng macam tu maka rasa diri tu kuat sangat.... nyawa tak ada dijual kat kedai spare part dikkk.... tolonglah adik2... anak2 semua.... tolong hargai hidup kalian. Hidup hanya sekali.... jangan biarkan hidup diselubungi sumpah seranah jiran tetangga yang marah dengan kelakuan buruk tu. Jangan sampai orang mendoakan yang buruk-buruk kerana bila Allah memakbulkan doa-doa orang yang teraniaya maka diri sendirilah yang menanggung akibatnya. Ya Allah...... ku coretkan kisah ini bukan untuk mangaibkan arwah tapi ambillah secebis pengajaran terutama buat anak-anak remaja semua.
Ingat ye adik2.... hidup sekali biar bererti!!!
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
yaaayyyy...... gula naik harga!!!
esok tu maknanya hari ini.
terima kasih kerajaan kerana prihatin masalah rakyat
terima kasih yang tak terhingga sebab ambil berat kesihatan rakyat jelata
yaaayyyyy
lepas ni suami-suami boleh senyum lebar sebab belanja dapur dapat dikurangkan
suri rumah pula boleh la menabung untuk membeli gelang emas
yaaaayyyy
mamakkkk....teh tarik kurang manis satuuuuu......
bila gula naik harga maknanya barang2 makanan yang guna gula pun bakal naik harga ini sgt menjimatkan perbelanjaan.....
kalau dulu teh ais kat warung paling dekat kat rumah ni sehinggit lapan puluh sen sebungkus tapi lepas raya naik harga kepada dua hinggit lepas belanjawan ni berapa la agak-agaknya ekkk.....
teh ais kan pakai susu pekat manis
susu pekat manis pulak kan pakai gula
nampaknya kena la aku bancuh sendiri je teh ais kat rumah ekekeke
tapiiiii
tang rasa tu nnt ada sikit kurengggg huuuhuuu
benciiiikkkk!!!
benciiiikkkk!!!
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
Minggu lepas dalam rancangan Wanita Hari Ini, isu yang di bawa sangat menarik. Aku sempat la menonton rancangan tersebut (memang selalu sem...
-
B eberapa hari yang lepas jiran aku kasi teh ni....dia suruh aku try....dia kata bagus boleh turunkan kolesterol dan kawal gula dalam da...























