4.7.12

Suami rela merangkak 1 km di jalanraya demi memohon maaf dari isteri




Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di China rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf. Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas jalan raya bandar Putian, Wilayah Fujian. 
Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dirinya sengaja melakukan perkara tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya. Ia berniat merangkak seperti itu hingga ke Zhengrong Times Square yang terletak sekitar 1000 meter dari lokasi awal ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, terlihat seorang wanita turun dari motor, memanggil teksi dan membawa si lelaki pergi dari sana.


✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

Ini gambar mangsa tsunami bukan mangsa pembunuhan!



sejak semalam dan hari ini ramai yang share gambar kat bawah nih di fb
ramai yang melahirkan rasa simpati
ramai yang rasa marah dengan kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Islam minoriti di Myanmar
tapiiiiii
untuk pengetahuan kalian semua..... mayat yang terdampar dalam gambar ni bukan mati sebab di bunuh
mereka ini semua adalah mangsa tsunami yang berlaku pada tahun 2004. sila lihat!!

Gambar ini bukan di SYRIA bukan juga di Kampung BUNUHAN tetapi adalah di negara jiran kita iaitu MYANMAR. Kanak-kanak ini dibunuh RAKUS kejam tanpa simpati insani oleh Penguasa ZALIM. Secebis Do'a anda adalah penawar segala duka & luka-luka mereka yg masih bernafas disana.KEDUTAAN MYANMAR SILA BERAMBUS SEGERA!!!

tak salah jika kita menyebarkan penderitaan mana-mana umat manusia yang ditindas dan dizalami tapi sila pastikan dulu maklumat yang kita sebarkan itu adalah betul.

dah terlanjur cerita tsunami jom lihat gambar2 lain...








✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

Tengok je, jangan komen lebih-lebih, kang kena murka.... :)




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar. "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini. "Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. ~malaysiakini


terdahulu TM juga pernah mentwitt :

tengok lagi di sini

ps: sesiapa yang sering melawat blog uncle seekers (pakcik) tu memang dah 'lali' dan macam seronok baca tulisan beliau yang menghentam kerabat Johor ni dan takde sapa pun peduli hinggalah kecoh isu plat www 1 gara2 twit YB Nizar..... kemudian selepas itu ada blogger pr cabar supaya orang2 umno pegi buat laporan polis sebab blog dia nih lagi menghina sultan.
Bagi aku itu satu kesilapan lah....... biar je lah pakcik tu dedahkan apa yang berlaku... biar rakyat tahu...  lainlah kalau apa yang pakcik tu tulis adalah merapu dan fitnah semata2.
betul tak pakcik?



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

3.7.12

Macam Tak Percaya Ada Cicak Mirip Spiderman....



Memang gempak la haiwan ni.... tapi ini cicak ke? Cicak kubing? Hadoiii.... blurrr kejap.

Anda pasti kagum mengenai cicak yang satu ini kerana reptilia ini memiliki warna dan bentuk seperti superhero Spiderman.Dengan warna kulit yang ada dibadannya, merah dan biru,kelihatan seperti jelmaan spiderman.

Cicak spiderman itu ditangkap ketika merangkak di atas batu oleh sepasang suami isteri Cassio Lopes dan isterinya Alessandra ketika melawat Masai National Park di Kenya.Dalam sekelip mata pasangan suami isteri dan cicak spiderman ini menjadi terkenal diseluruh dunia.



Gaya cicak diatas sangat mirip dengan pose Spiderman ini bukan?


Cassio Lopes (kanan) dan Alessandra (kiri), pasangan suami isteri yang beruntung mendapatkan foto cicak spiderman yang menakjubkan



elehhhh..... entah2 cicak tu dah di spray tak..... (ayat tak percaya.... kikiki)

✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

SUBHANALLAH.... KEINDAHAN MORNING GLORY POOL YANG MENAKJUBKAN



Keajaiban Semulajadi Morning Glory Pool | Sebuah lagi keajaiban alam semulajadi yang patut kita kagumi ialah “Morning Glory Pool”, yang terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Dengan gelaran kolam‘seribu wajah’ kerana penampilan warnanya yang berwarna-warni, biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga. Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan “Morning Glory Pool” sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini.




Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai “Morning Glory Pool’ sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.

Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannyatelah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.


Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.


Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas “Morning Glory Pool” suatu masa nanti hanya tinggal kenangan yang terakam di dalam foto-foto sahaja.

p/s- Sungguh menakjubkan apabila fenomena pertukaran warna di kolam ini. Walaupun ia bertukar warna akibat tindak balas objek yang dilontar oleh pengunjung, ia tetap menghasilkan warna yang sangat menarik. Betapa indahnya kolam ini yang ternyata jernih dan menarik hati bagi sesiapa yang melihatnya.



✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

Walah....250,000 kanak-kanak Malaysia langgar batas usia di facebook



walah..... walahhhhh
hari ini blog2 negara jiran diisi dengan berita yang agak hangat 

Walah, 250.000 Anak Malaysia Langgar Batas Usia Facebook


wahhh..... hebat banget ini anak-anak Malaysia
kecil-kecil aja sudah pintar mengendalikan facebook
tidak tahu samada anak-anak ini suka mencari rakan melalui fb 
atauuuu
mereka sebenarnya suka bermain game di fb
masih ingat enggak fenomena pet society, farm ville dan sebagainya itu

aduhhh.....buk aiyang...kok bahasanya jadi lain yaaa
wkwkwkwk

okeyyy kali ni serius
sila baca sini

baik atau tak baik sebenarnya kanak-kanak bawah umur ada fb?
menipu tentang umur tu memang la tak baik
tapi bila dikatakan ibubapa turut membantu menipu
alamakkk..... sangat tak best okey
apapun sila awasi anak-anak anda
pastikan ibubapa memiliki password akaun fb anak-anak
selalulah jengah2 fb anak-anak
dr situ ibubapa dapat kenal siapa rakan anak2 dan aktiviti mereka
budi bahasa anak-anak pun boleh kita ketahui dengan membaca komen2  di status rakan2
tapi ada juga tak baiknya
yakni banyak buang masa
kalau orang tua pun ketagih menghadap fb apatah lagi kanak-kanak
betul tak?

✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

Artis seksi kini bertudung..



Tahniah buat pelakon Sharifah Sofia yang kini sudah bertudung. Sofia yang menyatakan hasratnya di Twitter beliau berkata sekarang dia tengah giat untuk men'delete' gambar-gambar tidak menutup aurat di Twitter dan juga Facebook.

Di Twitter, beliau sudah delete hampir 100 gambar-gambar 'uncovered' beliau dan sekarang ada la beberapa gambar Sofia yang kini bertudung.

Bagus la tu Sofia, semakin hari semakin menjadi yang terbaik. Mesti bukan senang nak berhijrah dari seorang yang penuh dengan glamour menjadi muslimah yang semestinya ada batas-batas yang perlu dipelihara apabila bertudung. 

Semoga terus istiqamah.



✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...