Angry dad in Cambodia chains his son, 13, to pole by his NECK after he skipped school to play computer games
Motorbike taxi driver Sok Thoeun, 40, wanted to 'teach his son a lesson' after spotting him in an internet cafe in the northern Cambodian town of Battambang playing online games when he should have been in class.
BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.
Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.
"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.
Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.
Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AFP
Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.
Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.
Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.
Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.
Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.
Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.
Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Malique sudah luahkan isi hatinya. Kalau benar lagu ini sudah diharamkan, marilah kita sama-sama tunggu penjelasan daripada pihak yang mengharamkannya. bnara
Pernah lihat gambar di bawah?
Menurut sesetengah blog, kanak-kanak ini berusia 8 tahun dan telah ditangkap kerana mencuri roti dan sebagai hukuman tangannya yang kecil di akan gelek.
Sedih lihat wajah ini.... mungkin benar dia mencuri kerana lapar?
Hukuman akan di mulakan...........
Lihat wajahnya yang basah dengan airmata.....
Sedang menahan kesakitan
dan ada sesetengah blog pula mengatakan ini adalah satu persembahan menunjukkan betapa kuatnya tangan kanak-kanak tu....yang mana satu? Apapun........ aku tak tergamak nak menatap wajah sayu kanak-kanak ini.
Ini yang depa dok kata kat Kedah sekarang nie... depa mohon supaya pimpinan atasan memahami situasi politik di Kedah. Orang Kedah bukan suka dok cerita bab dalam kain nie.. depa nak tahu isu pemerintahan.. salah guna kuasa...apa yang boleh pemimpin nak beri kepada rakyat...itu antara yang mereka hendakkan... Tetapi jika betina garik nie mai.. yang dia tahu cerita bab "DALAM KAIN SAHAJA" isu lain bukannya dia tahu... jadi kepada pihak yang dok bawak mai minah nie pikaiq la noo... Kami puak PR lagi suka bawak mai laa sekerap mana pun... tak heran aihh.. yg nak dengaq pun orang UMNO jaa puak kami tak mau aihh dengaq cerita langau tuu Kedahlanie
Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi 27, yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.
Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya.
Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.
"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.
"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.
"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.
Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.
Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.
Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi.
"Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya. Yeshi akhirnya meninggal dunia pada hari Rabu, dua hari selepas kejadian.
Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.
Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.
Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu.
Saya nak pesan kepada semua wanita - anak dara, isteri orang ataupun janda - andai ada lelaki yang merenung dada anda dengan pandangan yang luar biasa, anda hanya perlu berkata: “Saudara, janganlah percaya pada kajian itu ...”
Ini kerana, dia mungkin sudah ‘disampuk’ oleh laporan jurnal perubatan, New England Journal of Medicine bahawa lelaki yang merenung payu dara wanita (perlu disebut wanita kerana jenis yang tidak berjenis itu tidak terlibat dengan kajian ini) selama 10 minit, usianya bertambah sehingga enam tahun.
Pakar yang mengetuai kajian itu, Dr Karen Weatherby berkata, tempoh 10 minit merenung payu dara wanita kesannya dari segi kesihatan bagi lelaki, menyamai bersenam selama 30 minit di gimnasium. (Saya tertanya-tanya mengapa dipanggil payu dara walaupun yang ‘membawanya’ ke sana ke sini bukan semestinya anak dara sahaja.)
Dr Weatherby bersama kumpulan penyelidiknya dikatakan menjalankan kajian itu selama lima tahun, melibatkan 200 lelaki Eropah. Tempoh yang lama itu barang kali sengaja ‘dilamputinggikan’ supaya orang ramai lebih yakin dengan penemuan mereka.
Jadi, kepada wanita, jika dada anda menjadi sasaran renungan, ingatlah bahawa lelaki yang merenung itu hanya mahu umurnya panjang, bukan untuk apa-apa!
Secara peribadi, saya sendiri meragui usia seseorang boleh jadi panjang hanya dengan merenung dada wanita. Tetapi saya pasti tidak menafikan jika yang dikatakan bertambah panjang itu bukan usia.
Apa pun, kita kena faham bahawa yang mengkaji itu bukan Islam. Yang dikaji, pun kita percaya bukan Islam. Dan yang meyakininya, biarlah bukan Islam juga.
Kita yang Islam, ada pegangan tersendiri mengenai usia, iaitu apabila tibanya ajal, tidak akan terlewat, atau terawal walaupun sesaat. Apa yang kita boleh lakukan hanya dengan berdoa minta ALLAH SWT memanjangkan usia, bukan dengan merenung dada wanita.
Bayangkanlah, jika satu kelompok masyarakat yang besar meyakini fakta kajian ini, bagaimana nasib golongan wanitanya?
Di mana-mana juga, dan pada setiap masa, mereka sudah tentu akan menjadi sasaran renungan oleh semua lelaki atas satu sebab yang disarankan oleh fakta kajian kumpulan cerdik pandai itu yang diiktiraf oleh sebuah institusi yang diiktiraf dan disiarkan pula dalam jurnal perubatan yang diperakui.
Ya, saya katakan semua kerana sudah tentu semua orang mahu berumur panjang. Ada yang tidak mahu berumur panjang? Jika ada, sila angkat tangan!
Saya sendiri pun akan buat begitu - jika saya berkeyakinan dengan fakta itu - malah di depan isteri pun saya berani untuk merenung dada wanita lain. Jika ditegur, saya sudah siap satu soalan khusus yang mahu ditanya kepada isteri: “Apa awak suka jika saya mati cepat?
Awak tak sayangkan saya???”
Anda sendiri pun tahu jawapannya. Maka dengan itu, bebaslah untuk saya merenung dada mana-mana wanita yang saya suka.
Dan jika dia tanya mengapa saya hanya renung dada wanita muda, pun juga saya ada jawapannya: “Doktor mata pun nasihatkan, kalau mata kita letih, kita kena renung sesuatu yang segar, fresh, bukan yang sudah layu. Saya bukannya apa, bimbang kalau merenung yang sudah layu, akan buat saya pendek umur.”
Tetapi, itu hanya jika saya meyakini kajian oleh Dr Weatherby dan Rakan-rakan, sedangkan hakikatnya, saya tidak percaya!
Seorang kawan, lain pula pandangannya ketika kami berbincang mengenai topik ini.
Tanpa sebarang kajian, dia membuat kesimpulan seperti ini: Ada kemungkinan jika direnung payu dara yang sama setiap hari, boleh pendek umur. Sebab itu, lelaki dibolehkan berkahwin sampai empat kerana dengan merenung empat pasang payu dara yang berlainan, umur boleh panjang!
Seperti penemuan kajian Dr Weatherby dan Rakan-rakan, saya nak nasihatkan, pendapat kawan saya ini pun janganlah anda percaya!
Assalamualaikum. Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.
Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).
Al- Fatihah. Semoga Roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.