1.3.12

Abu Bakar Seru Pengikut Hancur AS


Abu Bakar Seru Pengikut Hancur AS

JAKARTA – Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir menuduh Amerika Syarikat dalang menyebabkan hukuman terhadapnya ditambah selepas mahkamah tertinggi Indonesia menguatkuasakan semula hukuman 15 tahun penjara atas kesalahan terbabit dalam keganasan.
Abu Bakar disifatkan sebagai pemimpin militan di Indonesia dan lantang menyokong perjuangan ala al-Qaeda tetapi sering menafikan dirinya pengganas.
Beliau yang muncul untuk menjalani pembedahan katarak kedua di sebuah hospital mata di Jakarta menggesa pengikutnya berjuang menentang Amerika sehingga negara itu hancur.
“Amerika adalah musuh Islam, jadi keputusan mahkamah terhadap saya semestinya arahan Amerika,” katanya ketika diiringi masuk ke dalam kenderaan polis.
“Kita perlu terus menentang Amerika sehingga ia hancur.”
Jun lalu, sebuah mahkamah rendah Jun lalu menghukum penjara 15 tahun terhadapnya kerana dikaitkan dengan kesalahan keganasan dan membiayai sebuah pertubuhan pengganas di wilayah Aceh yang didakwa merancang serangan maut terhadap Barat dan ahli politik.
Rayuan kepada Mahkamah Tinggi meringankan hukuman kepada sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usianya yang lanjut tetapi Mahkamah Agung pada Isnin lalu memutuskan hukuman asal 15 tahun penjara dilaksanakan. – AFP

29.2.12

Setelah 5 Hari Dipeti Mayat Seorang Nenek Bangkit Lagi .

Li Xiu Feng (95) ditemukan oleh tetangga berbaring di tempat tidur dan tidak bernapas setelah terluka di kepala. Chen Qing Wang, cucu berfikir sang nenek meninggal dalam tidurnya.”Aku mencuba membangunkannya dan saya sebut namanya.. Tidak ada jawaban. Saya merasa ada yang tidak beres.Dia tidak bernapas, tapi tubuhnya tidak kedinginan,” kata Qing Wang yang ditulis oleh Cermin situs, Rabu (29 / 2).

Karena hidup itu sendiri Xiu Feng, Qing Wang dan anaknya menyiapkan pemakaman neneknya.  Feng Xiu dibaringkan  dalam peti mayat di rumahnya supaya teman dan keluarga bisa memberikan penghormatan.

Li Xiu Feng Setelah 5 Hari Dipeti Mati Seorang Nenek Bangkit Lagi

Xiu Feng dikuburkan dalam peti mati pada 19 Februari, dua hari . Qing Wang memilih untuk tidak menutup peti mati sampai hari pemakaman, 24 Februari.Sehari sebelum pemakaman, peti mati itu kosong!”Kami sangat ketakutan, dan meminta tetangga untuk mencari tahu di mana nenek saya,” kenang Wang Qing
.
Setelah pencarian yang panjang untuk “mayat” yang hilang, penduduk desa yang terkejut melihat Xiu Feng duduk di bangku di dapur, dilihat memasak.”Saya tidur lama. Setelah bangun, saya langsung lapar dan masak,” kata penduduk desa Feng Liu Xiu Lou, di mana dia tinggal.

Menurut sebuah rumah sakit setempat, Xiu Feng menjelang kematian pengalaman.
“Untungnya, ada tradisi lokal yang memungkinkan peti mati berada di rumah selama beberapa hari, jadi dia bisa diselamatkan,” kata dokter.Tradisi lokal yang tepat juga, karena Xiu Feng adalah kematian orang bodoh, ia diperlukan untuk membakar semua barang-barangnya.

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan



[FB] Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.


video - picit keluarkan ulat2 dr anjing

besar gedabak la pulak tv nih...hahaha




Afraid we squeeze out the larvae of the dog.



geli.......geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Tun Mahathir kata Hudud Tiada Dalam Al-quran -video




Apabila orang yang jahil dalam agama berkata-kata..maka timbullah karut marutnya..!
Yang mengikut nafsu serta mengikut logik akalnya...!

(Sama-samalah kita insaf.. Kalau kita jahil maka akan terselahlah lagi kejahilan kita..
Lebih baik kita diam sahaja daripada berkata..
Yang menerima ialah mereka yg jahil sahaja..
Yang terpelajar dan berilmu tidak terpengaruh sama sekali..)

**JANGAH JADI JAHIL MURAKKAB (Dah jahil menyesatkan orang lain pulak)

Firman Allah:-
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkannya kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya."
(Suran Al-A'raaf, Ayat : 33)

janganlah melampau sangat, kalau tak mampu nak laksanakan katalah tak mampu, jangan pula mempermainkan hukum Allah..

http://bodek-umno-sampai-mati.blogspot.com/




bawah ni pula adalah jawapan ustaz Azhar Idrus



ni kata-kata dari seorang tuan guru....


Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Satu daripada azab Allah SWT kepada manusia ialah dikeraskan hati perut. Hasilnya, mungkin dia boleh menerima pelbagai ilmu, tetapi tidak akan dapat menerima hidayah. Sebabnya ialah hatinya telah dikeraskan, dikunci atau dicop. Sebagaimana kita letak surat di dalam sampul, bila sampul tersebut telah dicop untuk dihantar, ia tidak boleh lagi dibuka untuk dikeluarkan isinya atau dimasukkan bahan lain untuk menambah isi kandungannya. Demikianlah hati bila dicop, hidayah dari Allah SWT tidak akan dapat masuk lagi."

Antara Artis Malaysia Yang Tak Puas Hati Konsert Erykah Badu Dibatalkan


amboi artis kita nih....bukan main lagi mempertahankan si erykah badu nih....ehhhh kalau yg bukan beragama islam tu tak heran sangat tapi yang heran ya amat-amat ni artis yg beragama islam pun bek up juga.... tak salah eh tatoo?
memang tak salah pun.....sapa kata orang kafir bertatoo salah....ko nak tatoo satu badan pun ada orang kesah.... tapi yang salah tu dia dah menghina Islam dengan melukis tatoo nama Allah di badan dia (atas dada)pastu posing ambik gambar....ehhh camtu pun artis kita nih leh tak rasa pape ekkkk....eiiiiii ngokngeknyaaaaaaa!!!!
agak-agak la dorang ni ada rasa sedih tak ekkk bila orang kapir bakar al-quran baru2 nih... rakyat negara Islam lain siap buat demo bagai sebab marah....ntah2 dorang ni selamba badak je kot makan tido makan tidooo...eiiiii geramnyaaaaaa.
nihhh...baca bawah ni aku copy dan pasti dari blog abang nara
Rata-rata selebriti tempatan menyatakan kekesalan mereka terhadap pembatalan konsert Erykah Badu. Daphne Iking yang telah menemuramah Erykah Badu sebelum konsert berlangsung menyatakan yang dia tidak nampak sebarang tatoo pada badan Erykah. Antara reaksi selebriti tempatan menerusi Twitter apabila mengetahui tentang pembatalan ini ialah:-
1. Baki Zainal
baki zainal
2. Adibah Noor
baki zainal
3. Daphne Iking
baki zainal
4. Hunny Madu
baki zainal
Namun reaksi yang paling menarik bagi Abang Nara sudah tentu datangnya daripada Erykah Badu sendiri.
baki zainal
Sempoi jugak Erykah Badu nie. Hahaha ~~

Video - Kes Taska Plaster Mulut Bayi Terjawab

Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.


Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya. -hm

Dua wanita dipanggil

JOHOR BAHRU: Polis menerima tiga aduan berhubung penyebaran rakaman video memaparkan tujuh bayi sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, di sini, didera pengasuh dan dua pengasuh disyaki terbabit sudah dipanggil untuk disoal siasat.

Dua wanita terbabit, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, Sabtu lalu, bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, selain itu, polis menyiasat laporan pengusaha pusat asuhan berkenaan berhubung rakaman video terbabit yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mel.-hm





TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...