5.5.11

Istikharah - Jadikanlah Amalan


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan solat sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa."

Perlu juga diingat bahawa tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin).

Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan (dalam hal nikah kahwin).

Solatlah istikharah sebanyak 7 kali berturut-turut. Adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu :
“Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “…berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah seterusnya dibuat. Sebaiknya mulakan dengan berbincang dengan pihak terbabit.

Cara Solat Istikharah.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

• Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


“Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as’aluka min fadlika al-azim, fa’innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [sebutkan perkara] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati ‘amri (or ‘ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati ‘amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma ‘ardini bihi.”

Terjemahan Doa’ :
"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." 
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Allah Sebaik-baik Pelindung, Sebaik-baik Penolong.

Sumber :
1. www.zaharudin.net
2. nurjeehan.wordpress

Hadis : 15 maksiat yg menurunkan bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. bersabda;
"Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana di takuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah di minum merata tempat
12. Kaum sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak di mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain."

H.R. Tirmizi

Petikan dari buku '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman' susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Nota : Semua perkara yang disebutkan memang nyata berlaku dalam masyarakat sekarang. Apakah tindakan kita? 
Berpeluk tubuh dan hanya menunggu? 
Tambahkan ibadat dan berdoa, tapi tidak melakukan amar makruf nahi mungkar? 
Menjerit marah dan geram menyalahkan orang lain, tapi diri sendiri tidak langsung melangkah memperbaiki diri?

Kesilapan Dalam Mendidik Anak

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa.
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif.
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber http://www.ustazmelaka.net

3.5.11

2 kepala...sadis!!!



jumpa gambar kat ohdunia.com.
apa kisahnya tak tau lah...

Majlis Pernikahan Zed Zaidi Dan Nelly Natalia

gambar pernikahan zed zaidi

weeeeeeeeeeeee~~~~~~
sama cantik sama padan.....
semoga bahagia ke anak cucu......

gambar pernikahan zed zaidi
ni mesti tengah berdebar ni....


gambar pernikahan zed zaidi
ahahaha......lawak pulak pengantin nih....

gambar pernikahan zed zaidi
sukeeeeeee~~~~
gambar pernikahan zed zaidi




1.5.11

Al-Hambra lambang gemilang Dinasti Nasrid


AL-HAMBRA adalah sebuah istana yang terletak di Sepanyol pada hari ini dan ia merupakan salah satu bukti visual seni bina Islam yang unik dan indah. Al-Hambra membawa maksud 'yang berwarna merah'.
Ia merujuk kepada warna bangunan dan kawasan sekitarnya yang dikelilingi taman. Istana ini dibina pada pertengahan abad ke 14 Masihi oleh pemerintah Dinasti Nasrid iaitu Sultan Yusuf I dan Sultan Muhammad V
.
Sultan Muhammad V memerintah pada tahun 1354-1359 sebelum digulingkan dan mendapat semula takhta baginda pada tahun 1362-1391. Dinasti Nasrid adalah kerajaan Islam terakhir di wilayah Eropah Barat.
Dinasti ini diasaskan pada tahun 1232 oleh Sultan Muhammad I dan seterusnya menjadikan Granada sebagai ibu kota pemerintahan kerajaan Nasrid.
Sultan Muhammad V dikenali sebagai seorang arkitek yang mengilhamkan seni bina yang unik dan mengagumkan yang ada pada hari ini. Kerja-kerja pembinaan yang awal dijalankan sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf I yang memerintah sebelum Sultan Muhammad V.

Istana ini terletak di atas sebuah bukit yang diberi nama Assabika. Kompleks istana ini disiapkan oleh Sultan Muhammad V sewaktu kali kedua baginda menduduki takhta kerajaan Nasrid.
Semasa pemerintahan baginda, Granada merupakan pusat kebudayaan dan seni Islam di wilayah Eropah Barat. Ramai cendekiawan Islam dilahirkan daripada sistem pembelajaran yang diasaskan seperti dalam bidang agama, sains, sejarah, pertanian, perubatan, farmasi dan lain-lain.
Minat mendalam baginda dalam bidang seni dan kesusasteraan telah menghasilkan satu kumpulan sasterawan di dalam istana. Baginda sendiri amat meminati penulisan dan deklamasi puisi.

Salah satu gaya puisi yang digemari baginda adalah puisi tradisional Arab, tawriya. Salah seorang pemuisi Islam yang terkenal pada zaman Sultan Muhammad V ialah Ibn Zamrak.
Puisi yang dikarang oleh Ibn Zamrak dijadikan sebahagian daripada hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra.
Dipercayai terdapat lebih 10,000 hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra. Kebanyakannya adalah puisi yang diukir di atas batu dan dihiasi dengan lingkaran motif dedaun.
Motif kaligrafi diletakkan di beberapa bahagian, terutamanya di pintu gerbang dan di tiang-tiang yang menyokong seni bina Al-Hambra. Kebanyakan puisi merupakan puji-pujian kepada sultan yang memerintah kerajaan Nasrid. Antara puisi Ibn Zamrak yang terdapat di Al-Hambra ada yang menggambarkan tentang keindahan taman-taman istana ini yang bermaksud seperti berikut: "Ini adalah taman yang menyimpan khazanah yang mengagumkan, yang tiada tolok bandingnya, baginda yang menghimpunkan gambaran taman syurga di dunia, semoga Allah memberkati baginda setiap masa".

Selain puisi, Istana Al-Hambra juga terkenal dengan taman-taman botani yang terdapat di dalam kompleks istana. Taman ini dikatakan mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang di bawa dari kawasan luar Granada. Tumbuhan di dalam taman ini dijadikan bahan kajian para ilmuwan Islam yang bertugas di istana.


Satu lagi kawasan di dalam Istana Al-Hambra yang sering menjadi sebutan adalah Taman Singa. Nama taman ini berasal daripada rekaan air pancutan di bahagian tengah taman yang dihiasi dengan ukiran 12 singa.
Seni bina istana di sekitar kawasan taman ini mempunyai gabungan seni bina Islam dan Kristian pada waktu itu. Kawasan sekitar taman di bina dengan menggunakan 124 tiang alabaster yang menyokong ukiran gerbang yang unik, halus dan indah buatannya.

Moto yang sering digunakan oleh kerajaan Nasrid iaitu Wa la Ghalib illa Allah ('Tiada kemenangan selain Allah') diukir berulang kali sebagai hiasan di dalam Istana Al-Hambra.
Moto ini juga boleh dilihat di atas kebanyakan artifak yang dihasilkan untuk pemerintah Nasrid seperti kotak barangan simpanan, ukiran kayu dan kerusi.

Untuk mengetahui lebih lanjut sumbangan kerajaan Islam Sepanyol dalam perkembangan ilmu pengetahuan, sila lawati pameran Al-'Ilm: Sains dan Inovasi Di Dunia Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia sehingga 29 Mei 2011.

“Saya menderita ketumbuhan rahim”

Diana bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik kini meski pernah melalui satu episod duka melalui kesakitan yang ditanggung.


SEBELUM berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mendalami bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan Akademi Filem New York awal bulan lepas, Diana Danielle sempat menghabiskan masa untuk berlibur bersama keluarga.
Kesempatan sekitar Februari itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh gadis yang mesra disapa D ini dengan memilih China sebagai destinasi percutian.

Bagaimanapun, ada yang membocorkan cerita, kunjungan itu bukanlah sekadar atas tujuan bercuti. Sebaliknya, D dikatakan berkunjung ke China untuk mengubati penyakit yang ditanggungnya dalam diam sejak sekian lama.
Mengesahkan perkara tersebut, D tanpa berselindung membuka mulut untuk bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga membawanya ke China untuk menjalani rawatan.

Menurut duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk ini, sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa penyakit yang dihidapi adalah disebabkan ketumbuhan yang bersarang di bahagian rahimnya.
Ia cuma terbongkar selepas D menyedari penyakitnya berlanjutan sejak dua tahun kebelakangan sehingga kadangkala menyebabkan dia gagal menjalankan aktiviti seni dan belajar dengan baik.

“Biasalah perempuan, kalau datang bulan, sakit senggugut itu adalah satu perkara biasa. Pada awalnya memang itulah yang D fikirkan.
“Tetapi, lama kelamaan, keadaan D semakin teruk. Sampai tak boleh buat apa-apa kerja kalau ‘masa’ itu datang.
“D hanya mampu menangis sebab sakitnya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Langsung tak dapat bangun.
“Dah macam-macam D cuba untuk legakan kesakitan. Telan panadol dan ubat tahan sakit, tapi memang tak jalan juga. Sampai mama pun hairan.
“Lepas buat pemeriksaan di hospital, D terkejut bila doktor kata sebenarnya sakit tu berpunca daripada ketumbuhan dalam rahim,” katanya.

Turut melahirkan rasa terkejutnya, kata ibu Diana, Norsiah Ramli, doktor itu juga memberitahu bahawa ketumbuhan yang dihidapi anak gadis tunggalnya itu juga sekiranya tidak dibedah, ia akan membesar di dalam rahim sebagai kanser.
“Tentulah mama risau dan tak mahu perkara itu terjadi. Doktor bagi nasihat supaya D dibedah untuk membuang ketumbuhan yang berukuran lebih kurang 7 sentimeter panjang dengan ketebalan 3 sentimeter.
“Mujurlah mama ada kawan yang mencadangkan supaya D dirawat menggunakan kaedah perubatan cina, Chi.
“Sebab itu kami ke China. Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi ia antara usaha mama untuk memulihkan D dari penyakitnya,” katanya.

Pesakit terakhir dirawat
Usai sahaja komitmennya menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, kata D, dia bergegas bersama ibunya ke China.
Peluang selama seminggu berada di daerah Huangzhou dan Huangshan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Cerita D, kesempatan bertemu dengan Grand Master Xuan Kong yang terkenal dengan kehebatannya dalam perubatan Chi adalah peluang keemasan bagi D.
Apalagi, dia merupakan sifu Shaolin yang terunggul, tertua dan yang paling disegani di negara itu.

“Rawatan Chi memang menakjubkan. Tanpa menggunakan sebarang peralatan, sifu Xuan membantu mengeluarkan ketumbuhan D menggunakan kaedah tenaga dalaman.
“Ketumbuhan itu dibuang melalui darah. Bayangkanlah, macam mana tak terkejut D bila tengok darah yang keluar berwarna hitam dan pekat.
“Lepas menjalani rawatan itu, D mengalami datang bulan yang agak panjang, 19 hari lamanya. Mungkin itu kesan daripada rawatan yang D buat,” katanya.

Bagaimanapun, cerita gadis berusia 20 tahun ini lagi, hatinya tersentak tatkala menerima perkhabaran mengenai kematian sifu Xuan dua hari selepas dia kembali ke tanah air.
“Terkejut D bila dapat tahu dia meninggal di usia 82 tahun. Lebih sedih bila diberitahu, D dan mama merupakan pesakit terakhir yang dirawat oleh dia.
“Meski rasa beruntung sebab sempat merasa rawatan Chi dengannya, namun kami rasa sedih sebab rupa-rupanya itu merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai rawatan Chi, kata gadis ini, kesihatannya semakin baik malah menjadikan dia semakin aktif.
Malah, ujar D, dia juga tidak lagi merungut sakit teruk selain tidak perlu menjalani proses pembedahan dan makan ubatan herba sahaja.
“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Paling penting, kita merawat penyakit sebelum ia melarat,” katanya.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...