17.12.15

Banjir 2015

Disember datang lagi....



Tak sangka pula kusangka panas sampai kepetang rupanya banjir selepas tengahari... hihi.

Ahad baru ni.... hajat hati nak berehat2 selepas meraikan majlis perkahwinan anak saudara di Melaka, rupanya tidak.

Wasap kecemasan masuk.... gambar air dah penuh di belakang rumah.
Tak lama kemudian masuk lagi wasap... "Yang rumah dah masuk air!!!"

Fuhhhh.... apa lagi berdesup  kami balik dr Sungai Besi ke Sungai Buloh.
Sepanjang jalan ke kg cuaca ok je. Jalan depan KTM komuter pun kering takde banjir ... ehh pelik pula. Sampai Paya Jaras pun takde pun nampak air naik.

Bila sampai kg sendiri.... masuk je jalan menuju ke rumah....tudiaaaa
Macam tasik!



Masa kami sampai ni air tengah menyurut.
Kali ni paling dalam ..... tak pernah lagi la sedalam ini. Memang tiap2 tahun sekali mesti ada dilanda banjir tapi tak teruk. Belakang rumah tu ada sungai. 





Mujur anak2 bulus yang ditinggalkan selamat.

Sabo jelah....
nasib baik dah memang nak pindah rumah ni hujung tahun ni.

Ohh... nak cerita pasal karpet kat atas tu lah.
Ceritanya begini...
masa kami sampai air dalam rumah dah nak kering dan penuh lumpur tanah merah. Masa tu dalam rumah gelap sbb tak berani lagi nak on lampu.
Jadi kami tarik la karpet2 dr dlm rumah keluar. 
Karpet atas tu sy yg tarik bawa keluar dari bilik ... mula2 tak perasan juga.... bila dah sampai luar baru perasan ehhh nape karpet ni bersih. 
Walhal air naik lebih sekaki dlm rumah.
Bila pegang memang kering... cuma bahagian tepi je ada basah sikit.

Allah.... terharunya rupanya masih ada tempat untuk bersujud.
Memamg karpet tu pun tempat solat.
Tak kisahlah apa teorinya... anggap ni satu peringatan dari Allah. 

Itu je lah nak cerita...

Ni tengah pulun basuh kain baju. Banyak giler kain baju sebab dah angkut dari rumah Sg. Besi. Angkut dengan plastik hitam je hari tu. Lepas tu letak je kat bawah dlm bilik...memang selamat la berenang2 dalam banjir lumpur .
Adehhh.... sengal2 rasa nak terpeleot dah tulang temulang ... hehehe







1 comment:

HAMIDIsP said...

Sabar je la ye. Pasti ada hikmahnya..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...