1.12.18

kenapa kau madukan aku ha???

malam ni aku sendiri lagi
suami ku siang-siang dah mengendeng beg berisi baju seluar
yang abang nak pergi shah alam tau
aku diam
tangan yang dihulur kusambut
dia mencium pipi dagu dan dahiku
aku keraskan hati
aku tak mahu menghantar dia ke pintu
memandang pemergiannya pun aku tak sudi
bencinya aku pada dia saat ini
setiap kali dia pergi membawa beg besar aku pasti rasa terluka
hati bagai disiram cuka
walaupun tak dihiris tapi tetap pedih
aku sedih
bang sampai bila nak begini
aku tak suka bila kau pergi
aku tak suka tidur sendiri
aku jadi tak lalu makan maggi
sedangkan itulah yang paling aku gemari

mungkin beginilah nasib bila dimadukan
harus sabar pasrah dan redha
hati berduka mulut ketawa
saja je la bersandiwara
konon-konon kitalah pasangan bahagia

weiiii madu ku yang bulat
aku rasa nak sepak-sepak je kau
eeeeiiiii...geramnya akuuuu
nape laaa laki aku terpikat kat kau
dah terpikat melekat pulak
tak boleh pisah
ke hulu ke hilir kau di usung
merata tempat kau di sanjung
grrrrrr.....aku rasa nak cucuk-cucuk je kau ngan pisau ikan nihhh
kau tunggulah
satu hari kau pasti akan dapat balasan
kau dah rampas suami aku
tak kan senang-senang aku nak lepaskan
kau tunggu yeee...kau tunggu
malam ni separuh kesabaran aku tak ada
jadi dengan perasaan marah yang meluap-luap aku nak upload muka kau kat blog aku nih
biar semua pelawat yang datang tau dan kenal siapa madu aku
selama ini aku bersabarrrrrrrrr
tapi malam ni tak boleh tahan dah
woiiii orang semua
meh tengok nihhhh

taraaaaaaaaa.....



lawa tak madu aku???
kus kus kus......

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...