KALAKATAR & KACANG POOL DI MAHA 2014

By
Advertisement

Akhirnyaaaaa......dapat juga merasa bagaimana rasanya kuih kalakatar.
Semangat ai nak pergi MAHA 2014 sebab ada ternampak seseorang post  kat fb ada gerai jual kuih ni kat sana. Alhamdulillah..... pergi pagi dapat park kereta kat atas sekali dekat dewan makan. Masuk pintu je dah jumpa.
Kalakatar ni kuih tradisional orang banjar (kulaan nireng jangan tak  kuriheng). Rasanya seperti kuih bingka.
Oooooh...... macam ni je kuihnya ye....
Nama lain bagi kalakatar bingka nyiur anum.... nyiur anum tu kelapa muda.

Masa nak balik singgah makan lagi..... pusing2 tengok juadah apa yang belum pernah makan.
Jumpa gerai jual kacang pool.
Tengok ramai yang beli ...ai pun beli jugak la... tak pernah rasa la katakan.
Lagi pun tengok roti bakar dengan telur tak berapa masak tu macam mengancam je.
Rasanya...... hurmmmm..... tak tau nak cakap sedap ke apa ye.
Roti dan telur tu sedap....kuah kacang tu yang tak biasa ...
mungkin sebab first time.....
jadi sesiapa yang belum pernah rasa  dua jenis makanan di atas boleh cuba. 
Kacang pool tu memang  terkenal  di Johor Bahru je kan. 





0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.