12.9.13

WARGA NEPAL BUNUH DIRI DI TTDI - VIDEO





Seorang warga Nepal berumur lebih kurang 30 tahun telah bunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di antara Starbucks dan Alliance Bank di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 10.55 pagi. Sumber berkata, mangsa tidak mahu pulang ke kampung halaman. Apabila kawan beliau datang untuk memujuk mangsa, mangsa dikatakan berpatah balik ke arah kawannya tetapi kemudian menukar fikirannya dan terus baring serta menggulingkan diri dari atas bumbung tersebut dan jatuh ke jalan di hadapan Alliance Bank TTDI.


Image Credit: ArmandPJU (Instagram)



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

11.9.13

9/11 - A day to remember





NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar .


Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.
Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.
Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.
"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.
"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.
Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.
Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah. kecikbeso.









✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

10.9.13

Akibat jilatan serigala?


Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan diterkam "dijilat" dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya.
wolf
Atas insiden itu, dia dipercayai terjangkit penyakit dan terpaksa mendapatkan perawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menakutkan membuat kehidupan kesehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai menjadi terganggu.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

9.9.13

KISAH BENAR : PENGALAMAN PEMANDU UNTUK PERINGATAN KITA SEMUA


Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.


Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.



Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”



“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.



“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.


Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.



“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.



Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.



“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.



Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.



Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.



Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.



“Besok saya call” kata saya.



“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.



Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.



Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.




Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!


Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.



Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.



Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.



Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.



- kongsikan kepada rakan-rakan anda - sumber aans



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

7.9.13

Pelakon Maimon Mutalib kembali kerahmatullah





KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

4.9.13

Pemilik Kedai Emas Selamat Walau Kena 2 Das Tembakan



Allahuakbar.... inilah pemilik kedai emas yang dilaporkan cedera parah terkena dua das tembakan dalam kejadian rompakan semalam. Tapi jika dilihat dia kelihatan steady je kan. Menurut cakap-cakap orang, beliau seorang yg sangat baik... baik bagaimana entahlah. Mungkin saja banyak sedekah banyak keluar zakat atau banyak amalan hingga menyebabkan dia terselamat. Bukan apa bila lihat gambar ni teringat dengan cerita seseorang yang terlibat dengan kemalangan ngeri hingga orang yang melihat tidak akan menyangka mangsa hidup. Tapi atas izin Allah mangsa selamat bila ditanya apa amalannya, baca ayat Qursi sebelum naik kenderaan. wallahuaklam...sekadar perkongsian.




KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang pemilik kedai emas cedera parah terkena dua das tembakan di bahu dan perut selepas bertindak nekad bergelut bagi menghalang empat penjenayah merompak premisnya di Lebuh Ampang di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Abdul Rasul Abd. Razak, 58, sedang berada di dalam pejabatnya manakala empat pekerjanya berada di ruang pameran kedai.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tiba-tiba muncul empat lelaki memakai topi keledar penutup muka penuh dengan seorang daripadanya terus melompat ke dalam ruang pekerja.

Beliau berkata, seorang lagi suspek berdiri di ruang pelanggan sambil mengarahkan kesemua pekerja tidak membuat bising dan menuruti arahan mereka manakala dua lagi suspek di luar kedai.

"Ketika itulah mangsa keluar dari pejabatnya dan terus bergelut dengan dua suspek di dalam kedai. Dua lagi suspek yang berada di luar premis dan melihat pergelutan itu lalu masuk campur.
"Salah seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan empat hingga enam das tembakan.

"Dua tembakan itu mengenai Abdul Rasul dan kesemua suspek kemudian melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Difahamkan, suspek yang kesemuanya memakai topi keledar penutup muka penuh dilihat melarikan diri dengan menggunakan dua buah motosikal dan tidak sempat melarikan sebarang barangan berharga.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_02/Pemilik-kedai-emas-cuba-halang-rompakan-parah-ditembak#ixzz2dui31tfj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

31.8.13

Uturn - semakin dicari!!!

Assalam....

Semalam ada orang minta tolong promote kan produk belalai gajah UTURN kat jiran2  di sini jadi dia bagi la serba sikit produk mcm kat bawah ni....





walaupun dah tahu khasiat belalai gajah dari sebelum ada produk ni tapi nak bercerita dengan orang memang agak payah.... aku ni bab pr memang lemah.... haha tambah2 nak meyakinkan kan orang tentang sesuatu produk.
Tapi mujurlah ada seorang kakak kat sini bila dia nampak produk ni dia terus teruja
dia yang ye ye explain kat jiran2 lain
sebab kakak dia dah makan produk ni
kakak dia ada ketumbuhan dekat hidung ke mulut mcm tu lah
dari gaya percakapan dia mcm produk ni berkesan sbb dia kata nnt dia nak beli lagi
'ooooo kau jual ye nnt akak beli ngan kau je senang'
fuhhh.... alhamdulillah allah permudahkan urusanku 


ini pokok belalai gajah yg ditanam oleh seorang jiran depan rumah dia.
alkisah suami jiran aku ni memang ada kencing manis yang kronik berbelas mmol/L (bacaan gula) dan tak mau turun2 walaupun dah cuba pelbagai produk selain ubat hospital ( sbb dia mmg tak mau makan ubat hospital)
lepas dia minum air daun ni bacaan gula turun kepada 4.++ je!!!
jadi jiran2 lain yang memang ada kencing manis takkan la nak tumpang petik daun yang tak seberapa banyak helai tu kan... botak la pokok tuh
jadinya tak perlu la aku susah2 nak explain
contoh keberkesanan produk memang ada depan mata
alhamdulillah
semoga allah terus permudahkan dan allah beri kesembuhan kepada kami yang ada macam2 penyakit ni..... aamiin

lagi info

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...