15.11.12

Pam bayi dalam tandas


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas. 
RAKAM...wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.

GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian



SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.

SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan. 
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

14.11.12

Bagaimana boleh ada kalimah الله di kepala Cristiano Ronaldo???


Tengok video di bawah - memang nampak jelas kalimah Allah tu kan..... apa maknanya? Video ni dah kena edit atau memang kepala Cristiano Ronaldo tu yang kena edit. 

 Video ini dirakam ketika Ronaldo menerima rawatan akibat matanya berdarah disiku pemain lawan ketika menentang Levante pada 11 November lalu.

Mungkin ramai beranggapan ianya hanya kebetulan. Tapi tidak mustahil satu hari nanti pemain ini akan menerima hidayah dan memeluk Islam. Sama-sama kita doakan. 







✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

13.11.12

BENDERA MALAYSIA DIBAKAR DI JAKARTA RAKYATNYA PULA MAHU LANCAR PERANG!

Panasssss......
Bendera Malaysia di bakar lagi..... di mana lagi kalau bukan di satu-satunya negara di dunia ini yang sangat suka membakar bendera Malaysia.....
Inilah satu2 negara (agaknyalah) yang sebahagian rakyatnya sangat kepingin memerangi Malaysia!
Ada satu komen dari pa_lurah_swasta
katanya:

mungkin para komentator disini belum nyadar kale yg negara kita ada lah pengekspor babu yg terbesar didunia...kalau ga mo ada kasus perkosa ekspor barangan dong jgn ekspor manusia. Kenapa ga demo dirumah mentri yg ga bisa ngasi peluang pekerjaan. Hanya satu perkataan untuk BENDERA...bodoh dan dungu, negara kita yg ga bisa ngasi kerjaan pada rakyat marahin negara yg ngasi kerjaan..


BACA SINI

wahhh senang banget ya pak kamu mahu memerangi Malaysia, mentang2 aja rakyat jelata kamu rame di sini.... apa kamu pikir Malaysia ni enggak ada undang2? Apa ingat pak polisi kami yang jika terbukti bersalah akan terlepas begitu saja. Kamu tau enggak berapa rame perempuan kamu yg jadi gro dan pelacur di Malaysia.... tiap2 minggu pak polisi kita bikin operasi tau enggakkkkk????
tu belum lagi yang menggoda pak polisi hingga sanggup jadi isteri kedua....huhhh 
ehhh..... emonya aku!


JAKARTA - Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.
   
Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.
   
Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.
   
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.
   
Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.
 
Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis 'Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia'.
   
Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom, mengawal ketat di kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung.
   
Sejumlah besar anggota polis Indonesia turut berkawal di luar bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jalan H.R. Rasuna Said, Kuningan bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi di situ, namun bas yang membawa kumpulan dari Bendera itu hanya melalui kawasan itu.  - Bernama





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Zizan: "INi makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan"




Zizan: "INi makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan"

Fuhhh.... sarkastik betul lawak zizan malam tuh.....  memang terbaiklah kan walaupun nampak tidak sopan tapi peduli apakan.... hahaha

Ada lagi kata-kata Zizan yang best.... "badan besar. miang rupanya" ....wakakaka
tak terasa ke? Siapa suruh dukung2 bagai..... siap2 pegang2 peha nak kasi stabil...

dan yang last tu pun best juga..... "aku ada air sembahyang" ..... lawak spontan yang menyengat! 





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

12.11.12

Syabas! Zulfahmi lari dari semburan arak buat kali ke 2

Taniah !!!! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.Beliau berjaya menaiki podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol.

Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah air dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Taniahhh ...semangat Zulfahmi Bolehhhh.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

11.11.12

Apa dah jadi dengan Pierre Andre???







Pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.

Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paing bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :

 "Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Boleh lihat DI SINI  bagaimana hangatnya respon yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang ternyata teruja dan bersyukur dengan perubahan diri beliau....Alhamdulillah.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Pembaca berita ini menangis kerana kekejaman berita di Syria



Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya’ yang ditembak oleh Rejim Bashar.
Ayah Muhammad Dhiya’ menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.
Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim.
http://www.harian-metro-online.com


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...